Hafiz with both grandma at PLKN Asahan MelakaAssalamu'alaikum buat semua.
Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya buat ALLAH Azza Wa Jalla.Pencipta dan Pengendali seluruh alam. Pemberi segala nikmat. Penghilang segala resah dan gundah. Pemenuh segala harapan dan doa.
Aku amat bersyukur pada Mu Ya Rabb kerana memakbulkan segala harapan dan doa selama ini.Nikmat kecil yang amat bermakna bagi kami sekeluarga Kau makbulkan jua Ya MAHA Pemurah.Titisan airmata kami tidak akan dapat menggambarkan rasa kesyukuran ku. Dan aku tahu nikmat ini hanya boleh di bayar dengan penambahan iman dan amal. Dankami merasa gentar jika tidak termampu berbuat demikian. Lalu ku pohon pada Mu Ya Rabb, teguhkan iman ini. Istiqamahkan amalku.
Penantian berbulan-bulan untuk saat ini tidak aku ragui akan Kau perkenankan Ya ALLAH. Aku memang sedari dulu amat meyakini Kau akan makbulkan harapan dan doa-doa aku dan isteri ku.
Hanya titisan airmata dapat menggambarkan persaan ini. Hanya sebak dada yang akhirnya mententeramkan gelora ini.
Alhamdulillah. Muhammad Hafiz akhirnya berjaya dalam SPM. Kejayaan yang menjangkau harapan yang ada.
Tahniah anakanda kerana berjaya mendapat 11 A1 untuk SPM.
Among the 11 A1's with GPK SMAP KajangIngat, ini hanya antara langkah-langkah ke arah mercu. Masih banyak lagi dugaan dan kerja keras yang perlu di lakukan. Ingatlah kejayaan ini adalah anugerah dan ujian dari ALLAH. Sambutlah dengan kesyukuran di atas nikmat ini.
Jangan sekali-kali kita rasa bongkak atau sombong atau riak dengan nikmat ini.
Hafiz and friends at Mak Nab's KajangAlhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Terima kasih buat teman-teman yang mengirim ucapan tahniah :
Hj Usop Janggut,Pakcik Chot KL, Yunuih, Saadon, Hj Salim,Hj Zainal Pilah, Abang Man PLUS, Dr Usop Adon, Dr Ud, Ujang, Bronk, Halim Injin, Mad Diah Ipoh,Che'gu Kata Tak Nak, Shah Cakapaje, Uncle Kerp, Sis Raden Galoh, Pak Zawi, Mior Azhar, Elviza( with her always ceria wishes),Suhaimi KT,Car9,Ajit Arshad, Pak Lanh and Mak Lang, Mak Njang,Pak Ndak and Mak Ndak, Pak Tam, Pak Uda, Mak Su, Uncle Morni Samarahan, Uncle Dr Zamri O&G, Clarke Gable of Pulau Duyong, Uncle Mute Razlin.