Friday, March 27, 2009

Thursday, March 26, 2009

Sah parti Cap Ayam parti RASUAH

Pertama:

Keputusan Orang Muda Cap Ayam sudah di ketahui.

Nampaknya perwakilan Orang Muda Cap Ayam merestui orang di hukum melakukan rasuah/politik wang telah di pilih menjadi ketua mereka yang baru.

Bak kata ex-memanda Madet: Orang yang sokong perasuah bermakna sokong rasuah.

Yang aku pasti ada hulubalang Melaka pasti frust menonggeng kerana tak dapat bertanding. Dgn keputusan nalan tadi pasti hulubalang boleh menang besar kalau dapat bertanding.

Hidup RASUAH!

Kedua: Di luar dewan di lapurkan(secara langsung dari spy aku di PWTC) budak-budak KJ dan budak-budak Mukhriz dok bertumbuk sakan.

Mari kita lihat mata sapa yang LEBAM.

Hidup GOCHOH!

Monday, March 23, 2009

Tak boleh bertanding.

Rabu 25 March 2009 jam 4.00 ptg.
Lokasi: Kapeihaus PWTC(Parto World Trade Centre)

Mat: Woi Mit!! Hang dah dengaq ka?

Mit: Dengaq natang apa nya?

Mat: Laa....tadi announcement Pengurusi Lembaga Disiplin Parti cap Ayam lepaih depa mesyuarat.

Mit: Apa kata dia?

Mat: Mengejutkan hang tau ka. Penuh sensasi.Tapi memang jadi ghopla semua yang dengaq.Memang jadi celaru Parti Cap Ayam.

Mit: Ya laa....apa yang celaru apa yang ghopla ni Mat oi...

Mat: Ni....Pengerusi Lembaga Disiplin kata, semua calun calun yang bertanding untuk jawatan Parti Cap Ayam di larang bertanding. Semua di dapati bersalah melanggar etika Parti.

Mit: Semua calun? Hang biaq betoi Mat. Kot telinga hang pekak kot.Kot telinga hang penuh taik telinga kot...

Mat: Sungguh aih Mit! Bukan aku sorang yang dengaq.Ramai lagi. Ada yang sampai jadi tarik sawan babi kot depan PWTC ni hang tau ka.

Mit: Tarik sawan babi? Awat sampai lagu tu?

Mat : Mana dak nya....bila dengaq nama bos-bos depa di larang bertanding pakat menjerit semua.Ada yang boo.Dok tak dok pakat rebah ataih jalan pakat dok tarik sawan meleleh ayaq lioq...Tu di luaq penuh ambulan hang tau ka....

Mit: Abih kalu semua di larang bertanding sapa nak pegang jawatan? Tak berfungsi la Parti Cap Ayam.

Mat: Laa....apa pulak tak berfungsi nya Mit. Kan Calun Presiden depa da menang tanpa bertanding hari tu? Yang lain dari jawatan Timbalan Presiden hingga Majlis Tertinggi sampai Pemuda Pemudi semua ada pertandingan.Semua tu kena ban dari bertanding. Jadi Parti Cap Ayam jadi Parti one man show la....Dia la Presiden dia la Timbalan, dia la Naib dia la ketua Wanita dia la Ketua Pemuda dan Pemudi sekali.

Mit: Wuih! Mesti dia syok punya lagu tu dak ka?

Friday, March 13, 2009

Alhamdulillah tak terhingga.....

Hafiz with both grandma at PLKN Asahan Melaka


Assalamu'alaikum buat semua.

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya buat ALLAH Azza Wa Jalla.Pencipta dan Pengendali seluruh alam. Pemberi segala nikmat. Penghilang segala resah dan gundah. Pemenuh segala harapan dan doa.

Aku amat bersyukur pada Mu Ya Rabb kerana memakbulkan segala harapan dan doa selama ini.Nikmat kecil yang amat bermakna bagi kami sekeluarga Kau makbulkan jua Ya MAHA Pemurah.Titisan airmata kami tidak akan dapat menggambarkan rasa kesyukuran ku. Dan aku tahu nikmat ini hanya boleh di bayar dengan penambahan iman dan amal. Dankami merasa gentar jika tidak termampu berbuat demikian. Lalu ku pohon pada Mu Ya Rabb, teguhkan iman ini. Istiqamahkan amalku.

Penantian berbulan-bulan untuk saat ini tidak aku ragui akan Kau perkenankan Ya ALLAH. Aku memang sedari dulu amat meyakini Kau akan makbulkan harapan dan doa-doa aku dan isteri ku.

Hanya titisan airmata dapat menggambarkan persaan ini. Hanya sebak dada yang akhirnya mententeramkan gelora ini.

Alhamdulillah. Muhammad Hafiz akhirnya berjaya dalam SPM. Kejayaan yang menjangkau harapan yang ada.


Tahniah anakanda kerana berjaya mendapat 11 A1 untuk SPM.


Among the 11 A1's with GPK SMAP Kajang

Ingat, ini hanya antara langkah-langkah ke arah mercu. Masih banyak lagi dugaan dan kerja keras yang perlu di lakukan. Ingatlah kejayaan ini adalah anugerah dan ujian dari ALLAH. Sambutlah dengan kesyukuran di atas nikmat ini.

Jangan sekali-kali kita rasa bongkak atau sombong atau riak dengan nikmat ini.


Hafiz and friends at Mak Nab's Kajang

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Terima kasih buat teman-teman yang mengirim ucapan tahniah :
Hj Usop Janggut,Pakcik Chot KL, Yunuih, Saadon, Hj Salim,Hj Zainal Pilah, Abang Man PLUS, Dr Usop Adon, Dr Ud, Ujang, Bronk, Halim Injin, Mad Diah Ipoh,Che'gu Kata Tak Nak, Shah Cakapaje, Uncle Kerp, Sis Raden Galoh, Pak Zawi, Mior Azhar, Elviza( with her always ceria wishes),Suhaimi KT,Car9,Ajit Arshad, Pak Lanh and Mak Lang, Mak Njang,Pak Ndak and Mak Ndak, Pak Tam, Pak Uda, Mak Su, Uncle Morni Samarahan, Uncle Dr Zamri O&G, Clarke Gable of Pulau Duyong, Uncle Mute Razlin.

Monday, March 9, 2009

Maulid-ar-Rasul : benarkah kita ikut Nabi?

Salam buat semua.

Hari ini, sekali lagi rakyat Muslim Malaysia bercuti bersempena Maulid-ar-Rasul( sallahu'alaihi wassalam).

Sana sini di hampir kesemua ibu negeri di Malaysia di adakan perarakan besar-besaran dengan sepanduk-sepanduk dan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam.
Syarahan dan ceramah di berikan di setiap masjid dan surau di segenap pelusuk negara.

Bintang-bintang kehormatan diberikan kepada individu-individu yang banyak 'berjasa'.

Kalau kita menatap akhbar dan television kita dapati begitu bersemangat Melayu Islam merayakan perayaan Maulid ini. Begitu cinta Melayu Islam pada Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam.

Tapi adakah memang begitu sebenarnya? Cinta kita yang amat mendalam pada Nabi sallahu 'alaihi wassalam. Atau kita hanya berlakun sahaja untuk menyedapkan hati dan jiwa perasaan kita. Atau untuk habuan selepas berarak( di utara di sebut belarak). Apa pun tujuannya hanya individu tersebut dan ALLAH yang mengetahuinya.

Dari mana datangnya acara meraikan Maulid-ar-Rasul ini?Pernahkah kita bertanya: adakah Baginda Nabi sallahu 'alaihi wassalam celebrate hari kelahiran baginda? Adakah para sahabat di arahkan atau dengan sukarela meraikan birthday baginda Nabi sallahu 'alaihi wassalam?

Benarkah tarikh kelahiran Nabi sallahu 'alaihi wassalam pada 12 Rabi'ul Awal? Apa buktinya?

Yang aku tahu yang ada cuma hadith menyatakan Baginda Rasul di lahirkan pada hari Isnin( hadith riwayat Muslim). Tarikh dan bulan tidak pulak di nyatakan.

Day yang aku tahu permulaan perayaan Maulid ini di lakukan pada zaman pemerintahan Fatimiyyah di Mesir.

Mana lebih penting antara merayakan maulid-ar-Rasul atau mengikuti dan mengamalkan sunnah Rasul? Adakah hebat jika kita merayakan maulid-ar-Rasul dengan perarakan besar-besaran(yang di beri permit Polis) dengan segala sepanduk-sepanduk bersemangat dan selawat berterus-terusan dan kemudian kita berkumpul di padang atau dewan atau stadium untk mendengar ucapan pemimpin negara atau negeri dan kemudian di hiburkan dengan bacaan al-Quran dan alunan lagu-lagu nasyid. Tetapi bila selesai majlis kita bertebaran melakukan resam amal kita yang sering tidak mengikut sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam. Semangat kita tinggalkan di padang atau stadium atau dewan. Yang tinggal hanya kenangan dan peluh yang melekat di baju Melayu dan songkok kita atau di baju kurung dan kerudung sahaja.

Atau kurangkah cinta orang yang tidak mahu belarak tetapi setiap tingkah dan perbuatan dan tuturkata dan amalan harian mereka lakukan mengikut sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam.

Aku yakin, tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu seperti dekad-dekad yang lalu, orang Melayu Islam Malaysia hanya setakat berslogan sahaja bila menjelang Maulid-ar-rasul.Hanya semangat sahaja yang kita ada.

Kita sedar kita semakin jauh dari sunnah Nabi dan al-Quran. Al-Quran hanya menjadi bahan bacaan orang-orang pencen atau sekadar dendangan mendayu-dayu tanpa kita ambil pengajaran dari al-Quran. Bila datang antara al-Quran dan sunnah atau adat-adat tok nenek kita, ramai yang akan mempertahankan adat tok nenek demi bangsa Melayu itu sendiri.

Namun kita tertanya-tanya mengapa kita semakin jauh dari Islam.