Friday, March 13, 2009

Alhamdulillah tak terhingga.....

Hafiz with both grandma at PLKN Asahan Melaka


Assalamu'alaikum buat semua.

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya buat ALLAH Azza Wa Jalla.Pencipta dan Pengendali seluruh alam. Pemberi segala nikmat. Penghilang segala resah dan gundah. Pemenuh segala harapan dan doa.

Aku amat bersyukur pada Mu Ya Rabb kerana memakbulkan segala harapan dan doa selama ini.Nikmat kecil yang amat bermakna bagi kami sekeluarga Kau makbulkan jua Ya MAHA Pemurah.Titisan airmata kami tidak akan dapat menggambarkan rasa kesyukuran ku. Dan aku tahu nikmat ini hanya boleh di bayar dengan penambahan iman dan amal. Dankami merasa gentar jika tidak termampu berbuat demikian. Lalu ku pohon pada Mu Ya Rabb, teguhkan iman ini. Istiqamahkan amalku.

Penantian berbulan-bulan untuk saat ini tidak aku ragui akan Kau perkenankan Ya ALLAH. Aku memang sedari dulu amat meyakini Kau akan makbulkan harapan dan doa-doa aku dan isteri ku.

Hanya titisan airmata dapat menggambarkan persaan ini. Hanya sebak dada yang akhirnya mententeramkan gelora ini.

Alhamdulillah. Muhammad Hafiz akhirnya berjaya dalam SPM. Kejayaan yang menjangkau harapan yang ada.


Tahniah anakanda kerana berjaya mendapat 11 A1 untuk SPM.


Among the 11 A1's with GPK SMAP Kajang

Ingat, ini hanya antara langkah-langkah ke arah mercu. Masih banyak lagi dugaan dan kerja keras yang perlu di lakukan. Ingatlah kejayaan ini adalah anugerah dan ujian dari ALLAH. Sambutlah dengan kesyukuran di atas nikmat ini.

Jangan sekali-kali kita rasa bongkak atau sombong atau riak dengan nikmat ini.


Hafiz and friends at Mak Nab's Kajang

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Terima kasih buat teman-teman yang mengirim ucapan tahniah :
Hj Usop Janggut,Pakcik Chot KL, Yunuih, Saadon, Hj Salim,Hj Zainal Pilah, Abang Man PLUS, Dr Usop Adon, Dr Ud, Ujang, Bronk, Halim Injin, Mad Diah Ipoh,Che'gu Kata Tak Nak, Shah Cakapaje, Uncle Kerp, Sis Raden Galoh, Pak Zawi, Mior Azhar, Elviza( with her always ceria wishes),Suhaimi KT,Car9,Ajit Arshad, Pak Lanh and Mak Lang, Mak Njang,Pak Ndak and Mak Ndak, Pak Tam, Pak Uda, Mak Su, Uncle Morni Samarahan, Uncle Dr Zamri O&G, Clarke Gable of Pulau Duyong, Uncle Mute Razlin.

23 comments:

Anonymous said...

salam TA,
Tahniah TA atas kejayaan Hafiz..moga ia beroleh apa yang diimpikannya selama ini..

Kama At-Tarawis said...

Alhamdulillah syukur.. tahniah young man! semoga semakin berjaya.

Makcik Blogger Kama

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Tahniah untuk Hafiz.

Unknown said...

Aku cadangkan yang hang pujuk dia jadi doktor macam hang, tu pun kalu dia suka la. Kalau pak dia tak berpeluang jadi specialist, biaq dia yang jadi specialist. Kita perlukan tenaga2 mahir ni semua.
Tahniah sekali lagi kat Hafiz dan tahniah kat hang sama. You have done a good job doc so pat yourself in the back. His success is partly your success too.

mokk said...

salam Mamat..

Aku tumpang gembira atas kejayaan Hafiz..

Sampaikan salam tahniah kpd Hafiz..Uncle doakan semuga Hafiz terus berjaya..Amin

jaflam said...

Salam Doc,
Tahniah buat Hafiz serta kedua ibu bapa. Semoga dia akan terus berjaya berkat doa, sokongan serta kasih sayang keluarga.

Anonymous said...

Hafiz, I am so proud of you and was so overjoyed when your father texted me the good news. Semoga bertambah cemerlang di masa akan datang.

Doc TA,

Sedih nya I baca posting nih... I can only imagine how happy you must have been. Please share the secret. InsyaAllah boleh lah Luqman ikut jejak langkah Hafiz.

Anonymous said...

Maaf saya terlambat Doc, tetapi saya tidak mahu ketinggalan.
Alhamdulillah dan tahniah kepada Hafiz, Doc dan isteri. Semoga sentiasa memperolehi kejayaan di masa akan datang!

mantra-indeeptots said...

Salam doc
Hope not too late to congrate the fatherlah above all... hehehehe

So whats the next plan?

Anonymous said...

..doc, my tahniah to u & wife for your son very fine achivement...sori lambat sikit ( sebab hang jugak...blog hang ni sat ade sat rehat..???) tq & wassalam...omaq

Kerp (Ph.D) said...

one more time doc, Tahniah Hafiz!

cant imagine how proud you and akak are of his achievement. he sure is one brilliant kid.

Alhamdulillah.

ربيع said...

ok doc
how is everything?
i was in malaysia last december , and i liked it very much , also i fell in love with gudang garam
the prob;em is : when i went back to egypt i coudnt get any gudang garam here , i read that you were in egypt 2 years befor , so can u help me getting these gudang garams here in cairo?

Wan Nordin Wan Hussin said...

To Hafiz and his proud parents,
Maaf lewat lagi menghantar ucapan TAHNIAH. Semoga terus berjaya di peringkat pengajian tinggi.

Anonymous said...

Tahniah,
buat Doc sekeluarga dan tentunya Hafiz sendiri,
sebenarnya bukan mudah,
bukan semudah itu...
Tahniah!

Selamat Maju Jaya
pada masa-masa kehadapan,
Tahniah.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Tahniah. Walaupun terlambat menyampaikan ucapan. Didoakan moga anakanda Hafiz bisa terus menggapai kejayaan di hari muka dan menyambung tugasan ayahandanya. Memakmurkan alam ini dengan sumbanganmu, itu saja pengharapan saya yang kerdil ini.

Anonymous said...

http://greenboc.blogspot.com/

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.