Monday, March 9, 2009

Maulid-ar-Rasul : benarkah kita ikut Nabi?

Salam buat semua.

Hari ini, sekali lagi rakyat Muslim Malaysia bercuti bersempena Maulid-ar-Rasul( sallahu'alaihi wassalam).

Sana sini di hampir kesemua ibu negeri di Malaysia di adakan perarakan besar-besaran dengan sepanduk-sepanduk dan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam.
Syarahan dan ceramah di berikan di setiap masjid dan surau di segenap pelusuk negara.

Bintang-bintang kehormatan diberikan kepada individu-individu yang banyak 'berjasa'.

Kalau kita menatap akhbar dan television kita dapati begitu bersemangat Melayu Islam merayakan perayaan Maulid ini. Begitu cinta Melayu Islam pada Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam.

Tapi adakah memang begitu sebenarnya? Cinta kita yang amat mendalam pada Nabi sallahu 'alaihi wassalam. Atau kita hanya berlakun sahaja untuk menyedapkan hati dan jiwa perasaan kita. Atau untuk habuan selepas berarak( di utara di sebut belarak). Apa pun tujuannya hanya individu tersebut dan ALLAH yang mengetahuinya.

Dari mana datangnya acara meraikan Maulid-ar-Rasul ini?Pernahkah kita bertanya: adakah Baginda Nabi sallahu 'alaihi wassalam celebrate hari kelahiran baginda? Adakah para sahabat di arahkan atau dengan sukarela meraikan birthday baginda Nabi sallahu 'alaihi wassalam?

Benarkah tarikh kelahiran Nabi sallahu 'alaihi wassalam pada 12 Rabi'ul Awal? Apa buktinya?

Yang aku tahu yang ada cuma hadith menyatakan Baginda Rasul di lahirkan pada hari Isnin( hadith riwayat Muslim). Tarikh dan bulan tidak pulak di nyatakan.

Day yang aku tahu permulaan perayaan Maulid ini di lakukan pada zaman pemerintahan Fatimiyyah di Mesir.

Mana lebih penting antara merayakan maulid-ar-Rasul atau mengikuti dan mengamalkan sunnah Rasul? Adakah hebat jika kita merayakan maulid-ar-Rasul dengan perarakan besar-besaran(yang di beri permit Polis) dengan segala sepanduk-sepanduk bersemangat dan selawat berterus-terusan dan kemudian kita berkumpul di padang atau dewan atau stadium untk mendengar ucapan pemimpin negara atau negeri dan kemudian di hiburkan dengan bacaan al-Quran dan alunan lagu-lagu nasyid. Tetapi bila selesai majlis kita bertebaran melakukan resam amal kita yang sering tidak mengikut sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam. Semangat kita tinggalkan di padang atau stadium atau dewan. Yang tinggal hanya kenangan dan peluh yang melekat di baju Melayu dan songkok kita atau di baju kurung dan kerudung sahaja.

Atau kurangkah cinta orang yang tidak mahu belarak tetapi setiap tingkah dan perbuatan dan tuturkata dan amalan harian mereka lakukan mengikut sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam.

Aku yakin, tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu seperti dekad-dekad yang lalu, orang Melayu Islam Malaysia hanya setakat berslogan sahaja bila menjelang Maulid-ar-rasul.Hanya semangat sahaja yang kita ada.

Kita sedar kita semakin jauh dari sunnah Nabi dan al-Quran. Al-Quran hanya menjadi bahan bacaan orang-orang pencen atau sekadar dendangan mendayu-dayu tanpa kita ambil pengajaran dari al-Quran. Bila datang antara al-Quran dan sunnah atau adat-adat tok nenek kita, ramai yang akan mempertahankan adat tok nenek demi bangsa Melayu itu sendiri.

Namun kita tertanya-tanya mengapa kita semakin jauh dari Islam.

2 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
It is a matter of intepretation to some.
We follow what we want to follow and leave those which we think do not benefit us behind although we should be practising what the Prophet Muhammad SAW did in his lifetime at all times.
Sayangnya kita hayati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sehari dalam setahun sedangkan kita wajib mengingati Baginda sepanjang masa.

tajudin said...

Harapnya kita mampu amalkan sunnah Nabi, kalau tak semua,sedikit pun jadilah, yang penting kita istiqamah.