Friday, May 29, 2009

Taubat: Akhirnya

Salam buat semua sahabat-sahabat.

Banyak waktu aku begitu lalai pada suruhanNYA. Banyak ketika aku langgari larangan NYA. Banyak detik aku tidak ambil peduli arahan NYA. Banyak ketika hati ku tidak menampung NYA. Jutaan saat bibirku tidak melafaz Kebesaran dan Kesucian NYA.

Banyak ruang lagho ku mengatasi Kemurahan NYA.

YA RABB....sesungguhnya jiwa ku di dalam genggamanMU dan hidupku adalah kerna RahmahMU....KAU terimalah taubat ku. Ya RABB, KAU istiqamahkan aku pada jalan yang lurus.Sirotalmustaqim.KAU jauhkan aku dari jalan yang zalim. KAU simpangkan aku dari jalan yang sesat.

Astaghfirullah.....






6 comments:

mamasita said...

Salam..terima kasih kerana saya pun rasa dalam keluhan yang sama. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa2 kita yang tak putus2 ni..

Raden Galoh said...

Terima kasih bro di atas suntikan tazkirah seperti ini...

Saya juga berkeluh kesah dalam nada yang sama...

ya Allah ampunilah aku atas mudahnya aku lupa bilamana nikmat kesihatan ini begitu mengasyikkan... amiiinnn.

edelweiss said...

Doc..

terima kasih sbb berkongsi tazkirah nih...

chek pun sama doc...terasa serba tak kena nih...banyak sangat dosa-dosa ...Ya Allah ampunkan hamba Mu ini :(

tokasid said...

mamasita:

lama sangat dah saya leka dalam perjalanan.

Org yg sesat kerana tidak tahu jalan boleh maaf sikit.Yg yang sesat tapi tak mahu bertanya jalan kira degil.

Tapi yang yang tahu jalan tapi suka ambil jalan yang dia sendiri tahu akan tersasar dah kira sengaja menempuh kesesatan.

Itu lah yang bermain di hati setiap hari.

Namun.....

tokasid said...

Sis Dalilah:

Insan yang ALLAH uji dengan penyakit ngeri jika sedar Alhamdulillah.
Org yg tidak pernah di timpa penyakit tapi tidak 'sedar' akan nikmat sihat...apa yang patut kita kata?

Itu yang saya 'buta' setiap hari.

tokasid said...

Mynn:

Tu lah yang dok gelisah ni.
Myn kena ingat apa2 pesanan Hj Abdullah Sabil tau....