Showing posts with label Mat tyson. Show all posts
Showing posts with label Mat tyson. Show all posts

Monday, March 31, 2008

Still a stormy weather


Apparently the political game is not gonna go away just like that.


We thought the Trengganu saga is the last we'll see for the next few weeks but it was not meant to be.


1- ZAM the former Information Minister had taken a swipe at Dr M. He said Dr M is to blamed too for the poor BN showing at the recent 8th March PRU12.
Dr Mahathir’s various accusations swayed the people to vote against Barisan, he said here.


2-Ketua Penerangan UMNO Muhammad Muhammad Taib pula telah memberi amaran keras kepada ahli-ahli UMNo agar tidak menghadiri perjumpaan ini yang akan di hadiri oleh Dr M serta Mukhriz, Dr Khir Toyo dan Dr.Fuad Zarkashi di Singgahsana Hotel PJ. Aku hairan sebab perjumpaan ini adalah anjuran ahli-ahli UMNO atau yg menyokong UMNO. Mungkin Mat Taib tahu perjumpaan ini akan menghentam Pak Lah.


Kehadiran Dr Khir Toyo membuat aku hairan dan mula terfikir: Khir letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO/BN di Selangor atas kerelaan sendiri atau kerana di arahkan lepas jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada Mat Tyson? Hanya Khir ada jawapan tersebut.


3- Di Perak, kerajaan Barisan Rakyat bakal goyah dengan tindakan Adun Buntong A.Sivasubramaniam meninggalkan DAP kerana merasa tidak puas hati kerana hanya ada seorang ahli EXCO India di Perak. Beliau bagaimana pun masih mengekalkan kerusi Adun Buntong sebagai wakil bebas dan berkata tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Aku tak tahu samada A.Sivasubramaniam akan cross-over jika terdapat dangling carrot yang menyelerakan. Bagi aku ini satu tindakan hendak mengugut DAP dan kerajaan Barisan Rakyat.

Yang pasti MSM akan meningkatkan serangan ke atas kerajaan Perak. Aku boleh nampak Tajol Rosli sudah mula tersenyum semula.


4- Sistem kuota pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini. Ada 2 kem dengan 2 pendapat yang berbeza. Satu kem terutama dari Johor bersetuju sistem kuota di hapuskan dalam usaha melakukan pembaharuan dalam UMNO. Yang setuju di hapuskan antara lain ialah Muhiyuddin,Shahrir dan Khaled. Satu lagi puak yang mahu sistem kuota dikekalkan seperti Mat Taib,Khir Toyo,Noraini Puteri dan Noh Omar. Aku rasa ini terpulang kepada ahli-ahli akar umbi UMNO samada nak ada kuota atau tidak. Kalau ikut keputusan pemimpin mesti yang risau kecundang akan mahu sistem kuota di kekalkan. Yang nak lawan kepimpinan tentu mahu sistem di hapuskan agar senang mendapat laluan bertanding.


Najib pulak kata terpulang kepada ahli-ahli UMNO samada nak atau tak sistem itu di teruskan. Tapi najib jugak kata MT yang akan putuskan perkara ini. Betoi...najib kata kat sini.

Jadi mana satu najib oii..??? Ahli decide atau MT decide? Statemen kartun la najib buat.Lantak hang pa lah....