Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Monday, October 22, 2007

Nak RM 20.....

Bebi(my cat)
foto by tokasid

Salam to all. Semoga boleh kita jadikan iktibar.

Seorang bapa pulang lewat ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?

Ayah: "Ya... nak tanya apa?"

Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"


Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula
menengking.

Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat
sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.

Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"

Anak: "Oh... " si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian
memandang wajah ayahnya ambil bertanya, "Ayah... .boleh tak Amin nak
pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10
ringgit ?
Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja
penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur,
dah lewat dah ni... "

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke
bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa
anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam
kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya
benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya
tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan
membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini",
berkata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih
banyakayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu
di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah
renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana
kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi
10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab
si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin
rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani
memandang wajah ayahnya.






Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa