Friday, July 11, 2008

Tazkirah Jumaat: Kita sering lupa musuh No 1 kita.

Assalamu'alaikum sahabat semua.

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk ALLAH yang memanjangkan nikmat kehidupan kepada kita sehingga hari ini.

Dengan pelbagai kemelut yang kita hadapi hari ini dan pelbagai onak yang kita pijak dalam melangkah cabaran hari ini dan dengan kesibukkan kita mencari rezeki dan mencari keadilan serta kesaksamaan kita sering lupa akan musuh nombor satu kita.

Kita sering lupa kebanyakkan pergolakan antara sesama insan di mana saja adalah hasil dari usaha tidak mengenal penat lelah musuh nombor 1 kita ini.

Siapa musuh nombor 1 ini? Adakah dia musuh untuk rakyat Malaysia? Atau musuh Melayu sahaja?Atau musuh orang Islam sahaja? Atau musuh untuk seluruh umat manusia?

Ini lah musuh yang semangat kebenciannya tidak pernah luntur dan dendam kesumatnya tidak pernah luntur.Dia tidak pernah lupa pada kita walau sesaat.Hanya kita sahaja yang sudah di beri peringatan berkali-kali tetapi masih alpa dan tidak hiraukan akan musuh ini. Ada kalangan kita yang berjaya di perdaya atau di pengaruhi oleh musuh nombor 1 ini.Malah ada yang menyembah musuh ini.

Jadi siapa musuh yang amat berpengaruh ini? Mengapa dia menjadi musuh kita?Mengapa dendam kesumat dan kebenciannya pada kita tahap maksima?

Firman ALLAH SWT:
"Dan(ingatkanlah peristiwa)ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam;maka mereka sujud melainkan Iblis;dia(iblis)berkata:Patutkah aku sujud kepada(makhluk)yang Engkau jadikan dari tanah(yang diadun)?Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepada ku,inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku?Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat,tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya,kecuali sediki(di antara mereka)
(Al-Qur'an Surah al-Israa' ayat 61-62)

Itulah musuh nombor 1 kita.Musuh manusia.Bukan sahaja musuh umat Islam tetapi umat manusia seluruhnya.
Dek kerana kesombongan dan keangkuhan iblis terhadap asalnya dari api yang dia anggap lebih mulia dari manusia (dari tanah) beliau sanggup mengengkari suruhan ALLAH untuk sujud(menghormati) kepada Adam(manusia). (Atas dasar ini ada ulamak menyatakan mengengkari arahan ALLAH lebih teruk dosanya dari melanggar larangan ALLAH)

Kerana keengkaran terhadap suruhan ALLAh,Iblis laknatullah di buang dari rahmat ALLAH.Di keluarkan dari syurga.Dan kerana ini,kerana dia merasakan dia di buang oleh sebab manusia(Adam) maka dia berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Itu lah misi dan visi Iblis sejak manusia di turunkan ke bumi sehingga hari kiamat nanti. Misi dan visi yang di laksanakan tanpa penat lelah. bagi Iblis: I will not go down alone!

Sepanjang zaman iblis dan konco-konconya berusaha menyesatkan manusia dengan pelbagai cara .ramai manusia terpedaya dan terpengaruh lalu menjadikan Iblis sebagai rakan atau sebagai pembimbing malah sebagai pemimpin mereka.

Firman ALLAH SWT:

" Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebaranmg pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanya terhadap orang-orang yang menjadikan dia(syaitan)pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada ALLAH."
(al-Quran ,Surah An-Nahl ayat 99-100)

Entah mengapa,manusia hari ini tidak mahu mengendahkan peringatan-peringatan ALLAH SWT ini.Kita umat Islam sendiri nampaknya telah lupa akan akujanji Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan setiap manusia dari jalan yang lurus.

Berkesannya tipudaya Iblis sehingga ada yang dengan jelas mengisytiharkan syirik kepada ALLAH. Sedangkan Iblis laknatullah itu sendiri cukup arif dengan hakikat bahawa ALLAH adalah Rabb sekelian alam.

Jangan kita lupa bahawa akan ingatan ALLAH di dalam Surah Ibrahim,ayat 22, yang mana Iblis kelak akan berlepas tangan dari menerima tanggungjawabnya menyesatkan manusia.

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(al-Quran , Surah Ibrahim ayat 22)

Syaitan menempelak manusia yang telah terpedaya oleh pengaruh syaitan di akhirat nanti. Manusia yang di dunia menyangkakan mereka paling bijak atau paling berkuasa kerana termakan tipu daya syaitan akan bersendirian menanggung azab pedih yang bakal menunggu.
Na'uzubillahi min zaliq.

Oleh itu ,aku berpesan pada diri ku sendiri dan sahabat-sahabat ku, jangan sekali-kali kita lupa akan akujanji syaitan pada ALLAH suatu ketika dahulu.berhati-hati lah kita dalam menjalani hidup ini agar kita tidak lupa dan alpa akan kebencian dan dendam syaitan ke atas kita.

Kita berlindung kepada ALLAh dari syaitan yang di rejam.

Wallahu'alam.

17 comments:

cakapaje said...

Salam Doc,

Syukran, Jzkk. Dalam pergolakkan politik negara, sememangnya ramai yang terlupa perkara ini menyebabkan Musuh No 1 ini mudah memasukkan godaannya.

Namun, dalam masa yang sama, jangan pula kita lupa dengan satu lagi musuh kita yang si laknatullah itu bekerjasama rapat...nafs.

Anonymous said...

salam doc,
InshaAllah, akan kami ingat selalu.
saya selalu kaitkan sifat malas dan marah kita tu sebagai tanda kita menyetujui 'dia'.

tajudin said...

salam. terimakasih atas tulisan (tazkirah) ini.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Tok Asid

Memang benarlah apa yang dicoret oleh Tok Asid itu. Kadang-kadang dengan membaca peringatan sebegini amat menyegarkan kembali minda saya yang selalu juga bercelaru tambah pula bila merantau. Kita selaku insan, memang begitu mudah alpa. Syaitan itu musuh utama yang datang dalam pelbagai rupa, jihad yang utama menentang nafsu yang serakah.

Alam ini pasti aman dan harmoni jika kita semua sentiasa berwaspada kepada dua perkara ini. Jika pemimpin pula sentiasa mengingat kita tentang hal ini maka bertambahlah damai dunia ini. Jika kita rakyat marhaen juga bisa mengingati pemimpin hal yang sedemikian maka bertambahlah makmur kehidupan ummat.

Moga saya akan lebih beringat-ingat dengan pesan Tok Asid ini.

Terima kasih

Unknown said...

Salam bro...

Peringatan begini memang saya nantikan... jazakallah di atas tazkirah ini.

Abu Abdullah Anas Al Banji said...

Assalamu alaikum

Terima kasih di atas ingatan itu. Semoga kita saling ingat dan mengingatkan (dengan kebenaran dan kesabaran).

Wassalam

Anonymous said...

Salam Doc,
.....TQ for the takzirah Jumaat..but apasal sekarang diam sahaja tak macam dulu....kan banyak isu2 semasa yang panas2 sekarang... nak dengar juga komen dari kawan2 yang lain....

Omaq, tengganu kite...wassalam.TQ

tokasid said...

Wassalam Shah:

Maaf kerana lambat reply.
Saya ni memang sering terlupa ttg peranan syaitan dan nafs dalam kehidupan harian.

Semoga ALLAh pelihara kita dari si laknatullah tu.

tokasid said...

Wassalam E:

Actually banyak lagi sifat-sifat negatif yang kita lakukan adalah kerana kita terpedaya dgn pujukan syaitan.Kadang2 dalam melakukan kebaikan pun 'dia' mempengaruhi kita di mana si simbahkan sifat riak atau takabur dalam hati kita.

'Dia' memang mempunyai lesen besar utk tarik kita jadi jemaah nya dalam Narr nanti.

tokasid said...

Tajudin:
Wassalam. Hanya ingin berkongsi sebab saya memang sering lupa dan terpedaya dgn pujuk dan kelentong syaitan.

tokasid said...

mamadou:
Wassalam ya akhi.

Memang benar. Syaitan will use all his resources and wits and tricks.

Hanya satu cara utk menentang godaan iaitu sentiasa ingat tipu dayanya dan sentiasa luruskan aqidah sebagaimana yg Nabi saw ajarkan.Insya ALLAH. Walaupun its easier said than done.

Semoga ALLAh beri kekuatan iman kepada kita semua.

tokasid said...

Raden:

Wassalam sis, Alhamdulillah semoga memberi kebaikan kepada kita semua.

tokasid said...

al-Binji:

Alhamdulillah. Sama2 kita ingat mengingati.Tak ada rugi apa pun kita berbuat begitu malahan semoiga ALLAh berikan ganjaran tak terhingga.

tokasid said...

Wa'alaikukussalam Omaq:

Isu2 sekarang memang hangat dan panas.Cuma bila sampai peringkat macam ni, bagi aku ini bukan lagi termasuk dalam bab membela rakyat atau keadilan rakyat atau melawan rasuah. Ini sudah jadi bab peribadi antara mereka samada anwar atau najib.

selama ini aku lebih minat komen ttg apa yg aku rasa tidak adil kepada rakyat dan sikap2 pemimpin pusat atau negeri yang lebihkan hal kumpulan mereka dari rakyat.

Tuduhan terhadap anwar adalah hal peribadi beliau.Tuduhan terhadap najib adalah hal peribadi dia.
Buat masa ini mereka terpaksalah melaui prosedur yg mungkin mereka sendiri tidak yakini atau percayai.

Bagi aku sekarang ini negara dalam keadaan krisi yang meruncing bukan saja dari segi ekonomi tetapi dari segi kepercayaan terhadap pelbagai institusi. Ramai yang sudah tidak percaya kepada kepimpinan yang ada.Ramai yg ragu2 dgn ketelusan Polis dan perundangan negara.

kemelut ini akan membayangi kita terutamanya rakyat awam.

Ahli2 politik dari pelbagai pihak mesti kurangkan permainan politik mereka dan bekerja utk membantu rakyat menghadapi kemelesetan sekarang. Itu yang mereka di pilih oleh rakyat samada sebagai pemerintah atau pembangkang.Samada peringkat parlimen atau DUN.

Buat masa ini aku tak mahu komen ttg masaalah anwar dan najib.

Mungkin aku akan sentuh ttg penangkapan BPR yang amat aku alu-alukan.

Anonymous said...

rasanya kan doc, apa yg terjadi antara najib dan anuar sekarang pun memang gara2 musuh numero uno ni jugak lah! the RM1m question is sapa yang lebih? dalam memihak, kita di seru memihak kepada yg benar bukan batil dan bila tak pasti siapa benar dan siapa batil, yang kurang mudharat dari yg lebih mudharat. tapi yang pasti ialah ketidakpastian! Siapa ya yang sekarang berbohong?

arsaili said...

salam doc..good reminder..

tokasid said...

mak ayang:

Benar tu. Banyak kesengsaraan manusia dia dunia ini yg di lakukan ke atas sesama sendiri adalah kerana berpunca dari tipudaya syaitan.

Sifat keterlaluan dalam kaum atau bangsa atau puak atau kumpulan adalah bisikan syaitan kepada hati kita dan pemimpin kita.
Rasuah menipu mencuri berbohong berzina berliwat berjudi berbunuh tanpa alasan syari'e adalah hasil terpedaya bujukan syaitan.