The dreaded musim dah mai.
Musim yang sinonim dengan cuti sekolah. Apa lagi kalau bukan musim kenduri Kahwin( kenuri kawin).
Aku dah lama dok musykil. Mengapa pasai apa awatnya kenuri kawin orang suka buat masa cuti sekolah? Memang la waktu lain pun ada yang buat kenuri kawin tapi yang paling popular bagi orang Melayu ialah waktu cuti sekolah.
Antara alasan yang terpopular dalam carta alasan-alasan mengapa kenuri kawin di buat pada cuti sekolah ialah kerana " Masa tu cuti sekolah".
Alasan tu tak payah la hangpa bagi...cari alasan lain awat mesti buat masa time cuti sekolah?
Yang cuti budak-budak sekolah.Yang nak kawin bukannya budak sekolah.Tak betoi ka? Yang nak buat kerja-kerja persiapan kenuri kawin bukannya budak budak sekolah. Yang nak buat pelamin bukan budak budak sekolah.
Yang jadi mak andam atau pak andam bukan budak-budak sekolah. Yang tukang masak kontrak bukan budak budak sekolah. Yang nak perdiri khemah kenuri bukan budak budak sekolah.
Dan kalau kita perhati tenang betoi betoi yang pi makan kenuri tu ramai budak sekolah ka? Ada hangpa pernah tengok Pak Mat Makcik Saerah buat kenuri kawin anak depa Siti Nur Fairuz Cahaya Lutsinar yang baru gagal uji bakat untuk Akademi Fantasia dengan Mat Noor Aizat Faisal yang baru accident kerana jadi Mat Rempit, bila buat kenuri kawin, ada depa panggil budak budak sekolah di kampung depa pakat pakat mai makan kenuri?
Atau depa panggil kanak-kanak Tadika Kemas dan tadika yang tak kemas di kampung depa mai makan kenuri? Dak pun. Aku tak pernah dengaq lagi ada mak pak buat lagu tu.
Jadi mengapa apa pasai awatnya kita seolah-olah 'wajib' buat kenuri kawin pada waktu cuti sekolah?
Satu lagi. Masa cuti sekolah adakah mak bapak atau abang kakak budak budak ni yang kerja di ofis ka di kilang ka buka bisnes sendiri ka jugak akan cuti? Dah tentu tidak melainkan depa pun amek cuti tahun depa.
So apa rasional yang nak buat kenuri kawin pada waktu cuti sekolah.
Bila ini berlaku, berlakulah beberapa masaalah yang ada sangkut paut.
Aku nak tanya hangpa. Sejak seminggu ni hangpa dah dapat berapa banyak jemputan kenuri kawin? 5? 10? 15?
Berapa jemputan yang hangpa dapat jatuh pada hari yang sama? Banyak kan.
Okay...sekarang aku tanya lagi: Dalam hari yang sama berapa biji rumah di kampung atau taman atau kondo atau atau lane hangpa yang buat kenduri serentak? Ada la 2 atau 3 .
Next question: Kalau hangpa dapat 5 jemputan dalam satu hari..adakah hangpa akan pi dan makan di semua rumah? Kalau hangpa dan(sempat) pi semua rumah memang aku tabik spring .Sebab hangpa termasuk dalam kategori manusia yang benar-benar menghormati jemputan dan tidak mahu kecewakan tuan rumah.
Aku pernah bertanya pada pegawai syarak(di Melaka pegawai syarak adalah masjid officials iaitu tok imam tok bilal dan tok siak atau noja). Pegawai-pegawai syarak ni pun banyak yang dah penin kepala.Mana tak penin. Bila cuti sekolah dalam khairiah depa sampai dekat 10 acara akad nikah yang nak kena pi. Ada yang kena start dari 8 pagi sampai 11 malam. Sebab di Melaka nikah masih boleh di buat di rumah pemgantin. Di Perak, menikah kena buat di masjid jadi tok imam tak perlu kelam kabut nak pi sana sini.Sapa nak menikah pakat mai ke masjid.
Kata pegawai syarak lagi, dulu-dulu mak pak akan mai jumpak tok imam dan tanya bila elok nak menikah. Tok imam akan buka book dan tengok. Secara tak langsung tok imam boleh adjust supaya nikah dan kenuri kawin tak clash antara satu sama lain.
Sekarang, mak pak dah set semua ikut pandai masing-masing baru pi bagitau kat pegawai syarak. Tengok-tengok dalam satu kampung ada 4 kenuri serentak. Ke empat-empat rumah akan jemput orang kampung yang sama.
Jadi pada tetamu kenduri bila ini berlaku akan membebankan depa. Kalau 4 rumah berapa banyak 'sumbangan' nak kena sediakan. Kalau satu rumah RM5( sekarang mana ada lagi orang bagi 5 ringgit. palin koman pun RM10) pun dah jadi RM 20 untuk 4 rumah. Dan mana ada orang boleh makan di 4 rumah kenuri dan satu hari?
Jadi, apa kata kita ubah minda dan style kenduri kawin kita lepaih ni. Bukan saja kita buat di luar musim sekolah, apa kata kita JANGAN buat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Buatlah pada hari Isnin atau Selasa atau Rabu atau Khamis atau Jumaat sama.
Awat hangpa takut orang tak mai kenuri hangpa dan kurang 'masyuk' envelope? Kita nak buat kenuri nak bagi orang makan secara ikhlas atau kita nak buat kenuri sebagai bisnes catering?
Aku kenai ada 2-3 orang yang anggap kenuri kawin anak depa sebagai peluang dapat duit banyak.
Aku ingatkan kenuri kawin ni sebab kita nak raikan anak kita kawin dan kita dapat menantu. Kita nak kongsi kegembiraan kita menyambut ahli baru dalam keluarga kita dengan saudara mara dan sahabat handai kita. Tapi rupanya dah jadi macam perniagaan pulak.
Aku ingin bila anak aku nak menikah nanti aku nak buat bukan time cuti sekolah dan bukan pada weekend tapi aku rasa tentu Mrs TA tak akan setuju punya.
Dan supaya memudahkan aku sekeluarga dan para tetamu aku ingat mungkin nak buat di dewan ka atau mana-mana yang patut.Aku bukan jenis yang nak buat di hotel mewah dengan kek pengatin setinggi Menara Petronas.Tidak jugak setinggi Jaya Supermarket yang dah runtuh tu. Aku nak buat cara paling simple.Tak payah nak suruh adik beradik pakai sedondon.
Aduhai...esok aku ada 4 jemputan kenuri kawin tapi aku ingat aku dan pi 2 saja kot.Satu staff Mrs TA anak dia nak kawin.Satu lagi breakfast geng aku dia buat 2 anak kawin serentak.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago