Showing posts with label Hari ibu. Show all posts
Showing posts with label Hari ibu. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Syurga...di telapak kaki ibu

Assalamu'alaikum.

Aku ada 3 emak.Pelik.Tapi itulah kenyataannya. Ketiga-tiga mak aku masih ada.Masih hidup walaupun mereka tidaklah berapa sihat seperti yang di idamkan.

Tak.Bapak aku hanya ada satu saja isteri.Bapa bukan ada 3 isteri kalau itu yang hangpa fikirkan.Satu saja isteri bapa sehingga akhir hayat bapak beberapa tahun yang lalu.

Walaupun bapak ada seorang saja isteri,tapi aku ada 3 emak.

Mak pertama adalah mak ori aku. Mak yang melahirkan aku.Mak yang memboyot membawa aku ke hulu dan ke hilir selama 40 minggu dan akhirnya berperang dengan nyawa bagai nak rak ketika nak melahirkan aku seorang bayi yang hitam tapi tak melegam.Mak yang dengan susah payah membesarkan aku,menyusukan aku, yang tak tidur ketika aku sakit atau melalak pura-pura sakit atau mungkin kerana aku lapar atau berak atau kencing dalam lampin atau perut aku kembung kerana terlalu suka hisap trompet putin getah yang pelbagai aroma.Mak ori yang bernama Hawa bte Salleh aka Che'gu Hawa.

Mak kedua aku adalah adik mak aku. Makcik Jah atau yang kami selalu panggil Cik Jah saja.Atau nama dalam my kad Khadijah bt Salleh. Dia yang memelihara aku ketika aku bersekolah di Alor Setar sebelum aku dapat masuk asrama KSAH. Di rumah Cik Jah lah aku menumpang kasih dan menumpang hidup. Di Gunung Reyang( nama official Gunung Keriang). Makan minum aku pakaian sekolah aku Cik Jah yang uruskan. Anak-anak Cik Jah umpama adik-adik aku sendiri.Cik jah tak pernah bezakan aku dengan anak-anaknya. Arwah Pakcik Hashim juga begitu. Aku di tegur bila berbuat salah.Tak akan aku lupa jasa-jasa Cik Jah hingga akhir hayat aku.

Mak ketiga aku adalah mak mertua aku.Fuziah bt Wan Omar aka Che'gu Poziah. Mak yang menerima aku dengan hati terbuka sebagai menantu.Yang yang menganggap aku sebagai anak sendiri. Yang mengambil berat tentang aku sekeluarga walaupun kadangkala berat yang keterlaluan for her own good.







Seperti orang lain dalam dunia ini, mereka tidak terlepas dari kelemahan dan kesilapan. Mereka tidak sempurna. Aku juga tidak sempurna.Hangpa pun tidak sempurna. Tapi dalam ketidaksempurnaan ini ketiga-tiga mak aku ini tidak pernah kurang dalam kasih sayang mereka kepada anak-anak walaupun cara tunjuk kasih sayang mereka kadangkala mengconfusekan kami atau terlalu berlebihan tahap merimaskan. Tapi itu adalah cara meraka masing-masing.

Kepada ketiga-tiga mak aku ini, aku pohon maaf jika banyak mengecilkan hati dan perasan kalian dengan cara aku. Aku mohon halalkan makan minum yang kalian berikan pada aku selama ini.

Pada mak ori aku ingin pohon: Mak...halaikan ayaq susu yang mak bagi kat cek na...

Aku doakan ketiga-tiga mak aku ni kesihatan yang membolehkan mak-mak terus beribadah pada ALLAH Azza Wa Jalla dan kebahagiaan dan ketenangan hati mengharungi sisa-sisa hidup ini.

Aku sangat-sangat sayang pada Mak.

Selamat Hari Ibu.

Friday, May 9, 2008

Buat Mak.....


Ibu... Ibu... Engkaulah ratu hati ku....
Itulah antara bait-bait indah dari lagu P.Ramlee IBU.

Aku punyai 2 orang mak. Really.Memang mak aku dua orang.Namun bapak hanya punyai seorang isteri. Habis?

Emak yang pertama ialah Mak.
Emak kedua ialah Mak Mertua( but she's not like ibu mertua si Kassim Selamat pemain saxaphone tu. Alah...yang teriak "Alaa ..Kasimmmm.....").

Ibu panggilan bahasa standard.Tapi aku panggil Mak. Ada yang panggil Ummi.Ada yang sebut bonda ada yang sebut Enchik ada yang sebut Mami ada yang sebut Mummy atau Mommy atau Mum atau Mom atau Ama atau Mama.Ada yang sebut Induk ada yang sebut Mok.
Apa sebutannya ia adalah sama.Ia melambangkan wanita
yang telah mengandungkan kita dan melahirkan kita sehingga bertarung dengan nyawa sendiri.



Mak(mertua) dan Hafiz


Kita sering dengar: Syurga di telapak kaki ibu.
Malah Islam amat memandang tinggi kepada ibu. Redha ALLAH kepada kita bergantung kepada redha ibu kepada kita.

Begitu tingginya taraf ibu dalam Islam boleh kita lihat dari sebuah hadith soheh yang membawa makna:

Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Siapakah yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayang dariku? Jawab Nabi s.a.w.: Ibu mu. Sambung orang itu lagi: Kemudian siapa? Jawab Nabi s.a.w.: Ibu mu. Ia bertanya lagi: Kemudian siapa pula?Jawab Nabi s.a.w.:Ibu mu.Bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Nabi s.a.w.:Ayahmu."





Oleh itu selagi ibu kita masih ada kita berikan lah bakti yang terbaik buat mereka.

I have this to say to both my mothers: I love both of you.

Selamat Hari Ibu.