Saturday, May 30, 2009

Kenduri Kahwin season. Boleh kah kita ubah tradisi?

The dreaded musim dah mai.
Musim yang sinonim dengan cuti sekolah. Apa lagi kalau bukan musim kenduri Kahwin( kenuri kawin).

Aku dah lama dok musykil. Mengapa pasai apa awatnya kenuri kawin orang suka buat masa cuti sekolah? Memang la waktu lain pun ada yang buat kenuri kawin tapi yang paling popular bagi orang Melayu ialah waktu cuti sekolah.

Antara alasan yang terpopular dalam carta alasan-alasan mengapa kenuri kawin di buat pada cuti sekolah ialah kerana " Masa tu cuti sekolah".

Alasan tu tak payah la hangpa bagi...cari alasan lain awat mesti buat masa time cuti sekolah?
Yang cuti budak-budak sekolah.Yang nak kawin bukannya budak sekolah.Tak betoi ka? Yang nak buat kerja-kerja persiapan kenuri kawin bukannya budak budak sekolah. Yang nak buat pelamin bukan budak budak sekolah.

Yang jadi mak andam atau pak andam bukan budak-budak sekolah. Yang tukang masak kontrak bukan budak budak sekolah. Yang nak perdiri khemah kenuri bukan budak budak sekolah.

Dan kalau kita perhati tenang betoi betoi yang pi makan kenuri tu ramai budak sekolah ka? Ada hangpa pernah tengok Pak Mat Makcik Saerah buat kenuri kawin anak depa Siti Nur Fairuz Cahaya Lutsinar yang baru gagal uji bakat untuk Akademi Fantasia dengan Mat Noor Aizat Faisal yang baru accident kerana jadi Mat Rempit, bila buat kenuri kawin, ada depa panggil budak budak sekolah di kampung depa pakat pakat mai makan kenuri?

Atau depa panggil kanak-kanak Tadika Kemas dan tadika yang tak kemas di kampung depa mai makan kenuri? Dak pun. Aku tak pernah dengaq lagi ada mak pak buat lagu tu.

Jadi mengapa apa pasai awatnya kita seolah-olah 'wajib' buat kenuri kawin pada waktu cuti sekolah?

Satu lagi. Masa cuti sekolah adakah mak bapak atau abang kakak budak budak ni yang kerja di ofis ka di kilang ka buka bisnes sendiri ka jugak akan cuti? Dah tentu tidak melainkan depa pun amek cuti tahun depa.

So apa rasional yang nak buat kenuri kawin pada waktu cuti sekolah.

Bila ini berlaku, berlakulah beberapa masaalah yang ada sangkut paut.
Aku nak tanya hangpa. Sejak seminggu ni hangpa dah dapat berapa banyak jemputan kenuri kawin? 5? 10? 15?

Berapa jemputan yang hangpa dapat jatuh pada hari yang sama? Banyak kan.
Okay...sekarang aku tanya lagi: Dalam hari yang sama berapa biji rumah di kampung atau taman atau kondo atau atau lane hangpa yang buat kenduri serentak? Ada la 2 atau 3 .

Next question: Kalau hangpa dapat 5 jemputan dalam satu hari..adakah hangpa akan pi dan makan di semua rumah? Kalau hangpa dan(sempat) pi semua rumah memang aku tabik spring .Sebab hangpa termasuk dalam kategori manusia yang benar-benar menghormati jemputan dan tidak mahu kecewakan tuan rumah.

Aku pernah bertanya pada pegawai syarak(di Melaka pegawai syarak adalah masjid officials iaitu tok imam tok bilal dan tok siak atau noja). Pegawai-pegawai syarak ni pun banyak yang dah penin kepala.Mana tak penin. Bila cuti sekolah dalam khairiah depa sampai dekat 10 acara akad nikah yang nak kena pi. Ada yang kena start dari 8 pagi sampai 11 malam. Sebab di Melaka nikah masih boleh di buat di rumah pemgantin. Di Perak, menikah kena buat di masjid jadi tok imam tak perlu kelam kabut nak pi sana sini.Sapa nak menikah pakat mai ke masjid.

Kata pegawai syarak lagi, dulu-dulu mak pak akan mai jumpak tok imam dan tanya bila elok nak menikah. Tok imam akan buka book dan tengok. Secara tak langsung tok imam boleh adjust supaya nikah dan kenuri kawin tak clash antara satu sama lain.

Sekarang, mak pak dah set semua ikut pandai masing-masing baru pi bagitau kat pegawai syarak. Tengok-tengok dalam satu kampung ada 4 kenuri serentak. Ke empat-empat rumah akan jemput orang kampung yang sama.

Jadi pada tetamu kenduri bila ini berlaku akan membebankan depa. Kalau 4 rumah berapa banyak 'sumbangan' nak kena sediakan. Kalau satu rumah RM5( sekarang mana ada lagi orang bagi 5 ringgit. palin koman pun RM10) pun dah jadi RM 20 untuk 4 rumah. Dan mana ada orang boleh makan di 4 rumah kenuri dan satu hari?

Jadi, apa kata kita ubah minda dan style kenduri kawin kita lepaih ni. Bukan saja kita buat di luar musim sekolah, apa kata kita JANGAN buat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Buatlah pada hari Isnin atau Selasa atau Rabu atau Khamis atau Jumaat sama.

Awat hangpa takut orang tak mai kenuri hangpa dan kurang 'masyuk' envelope? Kita nak buat kenuri nak bagi orang makan secara ikhlas atau kita nak buat kenuri sebagai bisnes catering?
Aku kenai ada 2-3 orang yang anggap kenuri kawin anak depa sebagai peluang dapat duit banyak.

Aku ingatkan kenuri kawin ni sebab kita nak raikan anak kita kawin dan kita dapat menantu. Kita nak kongsi kegembiraan kita menyambut ahli baru dalam keluarga kita dengan saudara mara dan sahabat handai kita. Tapi rupanya dah jadi macam perniagaan pulak.

Aku ingin bila anak aku nak menikah nanti aku nak buat bukan time cuti sekolah dan bukan pada weekend tapi aku rasa tentu Mrs TA tak akan setuju punya.

Dan supaya memudahkan aku sekeluarga dan para tetamu aku ingat mungkin nak buat di dewan ka atau mana-mana yang patut.Aku bukan jenis yang nak buat di hotel mewah dengan kek pengatin setinggi Menara Petronas.Tidak jugak setinggi Jaya Supermarket yang dah runtuh tu. Aku nak buat cara paling simple.Tak payah nak suruh adik beradik pakai sedondon.

Aduhai...esok aku ada 4 jemputan kenuri kawin tapi aku ingat aku dan pi 2 saja kot.Satu staff Mrs TA anak dia nak kawin.Satu lagi breakfast geng aku dia buat 2 anak kawin serentak.

20 comments:

Hasbullah Pit said...

Hari sabtu ahad yg tak cuti sekolah sesuai juga.

Kalau buat malam, hari kerja pun OK juga

kalau buat sabtu malam ahad atau jumaat malam sabtu boleh juga.

Yang peliknya kenapa nikah malam boleh, kenduri tokleh malam?

tokasid said...

Bul:

betul. Eh esok ngkau gi rumah Cik Zul Chang tak?
Aku kena gi Merlimau da. Ingatkan kau kawin satu lagi rupanya staff nurse mem aku da.

Nampaknya Cik Zul tunggu Umar cuti supaya ngkau dpt bawak Umar pergi kot.

abu muaz said...

Payah ni bang oooiiii nak cakap.Hari apa yang ada untuk anak cucu cicit berkumpul kalau tak musim cuti sekolah? Cuti raya tak sempat bang. Ada dapat cuti ada tak dapat. Kalau keluarga ada keje soljer atau polisi. Cuti sukar bang nak dapat. Pening-pening......nanti abang nak kahwinkan anak-anak abang, abang buatlah pada bulan puase.... jemputlah bebudak tadika tu datang kenduri...

Anonymous said...

Apa kata kalau jangan buat kenduri kahwin yang macam sekarang tetapi buat majlis doa selamat sahaja. Sebahagian duit belanja kenduri RM20-30 ribu tu bagi kat anak yang baru nikah buat belanja mula hidup baru.

Gar

Anonymous said...

awat lah hang ni bangang sangat,masa cuti sekolah lah masa yang paling sesuai.
janganlah sempit sangat fikiran.

Anonymous said...

saya setuju sangat dengan ubaidah.hang jemput budak tadika datang,atau mintak orng asli tolong hang.


adoi.

cakapaje said...

Salam Doc,

Tang "Awat hangpa takut orang tak mai kenuri hangpa dan kurang 'masyuk' envelope? Kita nak buat kenuri nak bagi orang makan secara ikhlas atau kita nak buat kenuri sebagai bisnes catering?
Aku kenai ada 2-3 orang yang anggap kenuri kawin anak depa sebagai peluang dapat duit banyak.", den setuju bonau!

Ramai lupa kut, kenduri ni patutnya simple dan kalau ikut ajaran, ianya sepatutnya sebagai satu pengisytiharan tang pernikahan itu.

Satu lagi, jemputan yang diberi makan biasanya terdiri dari orang yang berada (di kalangan orang berada). Dan hidangan untuk mereka juga lebih spesial dari yang lain. Namun, jemputan ini mampu makan dan beli yang lebih!

Ontah lah, bak kata Doc, penin.

tokasid said...

ubaidah:

memang payah kalau kita tak cuba nak ubah.
Saya sering dapat jemputan bertindih2 .Bila dah banyak ada yang terpaksa miss.Bila jumpa tuan rumah kemudian hari di tanya: Ngapa hari tu kenduri rumah saya tak datang?

Bulan puasa tak boleh lah nak buat kenduri kawin, Satu kerana orang berpuasa.Kalau nak buat malam org nak bertarawehah. Jugak kalau buat bulan puasa nanti pengantin baru buat hal siang Ramadhan kan dah nanya.Nak kena berpuasa berterusan selama 2 bulan pulak si suami tu.

Bab nak jemput bebudak tadika...itu lah maksud posting ini.Bukan kita jemput pun mereka so tak perlu buat masa cuti sekolah sahaja.

tokasid said...

Gar,

sesiapa yg mampu(tanpa perlu berhutang) buatlah kenduri seadanya tapi jgn lah sampai membazir.Jgn lah sampai "aku boleh buat kenduri lebih canggih dari si fulan dan si fulan".

Saya setuju jika sebahagian dari perbelanjaan kenuri di hadiahkan pada pasangan yg hendak memulakan hidup berumahtangga.

tokasid said...

Anon yang panggil aku bangang:

cuba habaq mai awat time cuti sekolah paling sesuai?
Pasai tak sempit fikiranlah aku lontarkan pendapat ni. Kalu sempit aku ikut saja apa yg org kita dok amalkan selama ni.

Ada aku kata jangan buat kenuri masa cuti sekolah. Aku kata kita ubahlah style dan mindset kita.

Di tempat aku ni ada yg bila time cuti sekolah bila mai jumpak aku mula mengelu: Auhai... Sabtu Ahad ni saya ada 6 jemputan. Semua kawan rapat dan sedara.Tak boleh tak pergi.Lari lagi budget saya awal2 bulan ni.

Kalu yg pendapatan sebulan 5-6 ribu mungkin tal mengeluh. Tapi yang kurang dari 2 ribu mana nak bayar rumah mana nak bayar kereta tuisyen anak2, nak bawak anak2 'makan angin;.

tokasid said...

adoi:

thats the whole point. Kalau kita nak jemput bebudak tadika atau sekolah rendah dan menengah sesuai lah buat waktu cuti sekolah sahaja.

Tapi kita nak jemput org dewasa yg tidak lagi bersekolah.

tokasid said...

Shah:

Kenuri kawin org Melayu sekarang dah tersasar .Dah jadi medan nak tunjuk siapa lagi hebat.
Kenduri siapa lebih grand.Kenduri siapa dapat banyak envelope.

Tentang perbezaan lauk pauk memang ada terjadi.Den selalu lihat. Dan seingat den ada hadith yg larang kita hadiri majlis walimatul urus jika tuan rumah membeza bezakan makanan terhadap orang ramai dan orang2 yg berharta.

Pernah hadir ke sebuah kenuri beberapa tahun lalu...tetamu-tetamu 'istimewa' di beri ice cream mangkuk. Ada beberapa anak kecil dari kalangan org kampung terkulat-kulat memandang lalu meminta aiskrim dari kendarat. Apa kata kendarat?"Aiskrim ni tuan rumah kata hanya utk org kaya saja.

Jadi bapa anak kecil ni menarik anaknya utk pulang( dgn muka merah padam) lalu meminta izin dari tuan rumah.
Eh! Dah nak balik ke?
Aha...ni anak saya nak sangat aiskrim jadi ni nak bawak dia ke mini market nak beli aiskrim untuk orang miskin.

I am sure like me,you too have witnessed lots of adegan yang tak ingin kita lihat at these kenuri kawins.

Unknown said...

Aku pernah buat kenuri kawin anak akau dulu, sehari sebelum Tsunami, ya memang cuti sekolah. Pasai apa? Pasai aku cikgu, time tu aku cuti panjang.
Lani di Penang orang suka buat di Dewan. Dewan pulak tak banyak so kena booking about setahun awai. Bagi yang tak dapat dewan ramai dah mola buat weekend bukan cuti sekolah.

Aku ingat kan, depa buat time cuti sekolah so that depa tak payah masak lebih, lebih. Cuba hang pikiaq, hampir semua orang dapat multiple jemputan dan hampir semua orang lani ada darah tinggi so depa tak buleh makan nasi minyak banyak-banyak so depa pi pelahap di rumah mola saja. Di rumah kedua dia makan sikit or tak makan langsung so dia huloq envelope saja so tuan rumah lega la.

Aku pon kalu takdak apa-apa aral, tahun depan nak buat kenuri kawin 2 hari berturut2. Hari pertama kenuri anak bongsu aku, hari kedua bapak dia pulak (hehehe tau kat mak dia pekak telinga aku nanti)

mokk said...

Mamat..ada seorang kawan buat loan kooperasi untuk kahwin..sampai anak tiga dok bayaq loan lagi..loan bayar 7 tahun..
Kan menyusahkan..

Apa salah buat secara sederhana dan jgn membazir dan jgn nak berlumba-lumba..

Nona Azizah Razali said...

Pada saya make sense buat kenduri masa musim cuti sekolah, sebab aktiviti2 yg melibatkan anak2 sekolah tak terganggu. Contoh nak balik kpg awal sikit dan lama sikit nak menolong2 dan membantu saudara yg buat kenduri tu dan sebagainya, tak payah nak risau hal nak tinggal anak yg sdg bersekolah. It just make sense!

tokasid said...

Mamat:

Bab buat loan koperasi atau bank atau mungkin Ah Long ni aku tak terkejut. Ada yg sebab nak kenuri yg hebat akhirnya menanggung hutang sampai anak dah besar.

Aku teringat cerita P.Ramlee Bujang Lapuk. Kan ada Minah Yem jadi makcik dok berkelahi ngan laki dia. Laki dia pinjam kat ceti pasai nak awin ngan dia.

Apa salah kenuri buat sekadar kemampuan kita sahaja?

tokasid said...

Nona Azizah Razali:

Okay, satu alasan yang munasabah dan saya terima.

Itu kalau kita ramai saudara mara yang jauh-jauh.

Tapi kalau saudara mara kita dekat-dekat sekadar 20-30km saya rasa itu tak menjadi masaalah besar sebenarnya.

Unknown said...

Kalau kat area USJ ni rasanya ramai gak yang dah buat luar musim cuti sekolah.... ya lah menyusahkan nak berebut time dan venue bagai ngan org lain.. kena2 puak nak buat majlis dlm waktu cuti.
Aku pun nak jadi mcm hang, nak wat simple jer masa anak aku kawen nanti... tapi lain la kalau jodoh depa kawen anak raja ... baru ler buat grand2

Cik Ina Do Do Cheng said...

kalau aku apakata kita buat bulan puasa, lagi jimat.

sekacip said...

boleh...tepuk dada tanya selera..