Salam buat teman teman bloggers dan pelawat Ikan Pekasam,Cincalok dan kepoklekor.......
Akan tiba hari Lebaran 'Eidul Fitri dalam beberapa hari saja lagi.Selama aku menulis dan berinteraksi dengan kalian aku pasti ada yang terasa hati dengan apa yang aku tulis atau utarakan. Ini kerana kita insan memang secara fitrah akan mempunyai pandangan yang berbeza-beza jadi pasti ada pertentangan pandangan atau pendapat .
Oleh itu,aku dengan ikhlas memohon maaf atas apa-apa kesilapan yang telah aku lakukan pada kalian.
Bagi diri aku,tiada apa yang aku simpan di hati ke atas sebarang komen-komen yang kalian kongsi bersama-sama selama ini.
Aku rasa beruntung berinteraksi dengan kalian kerana telah membuka minda ku.
Kepada teman teman yang akan pulang ke kampung halaman, memandulah dengan cermat dan selamat dan bergembiralah dengan sanak saudara.
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI.tokasid melaka dan famili.
7 comments:
same here doc, jika ada terkasar bahasa, kutuk mengutuk ikhlas dari hati aku mintak maaf. thanks for being there for me bro, i owe you one.
selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Mana ada terasa hati? Terhibur dan ter'educated' ada la.
Bro, Selamat hari Lebaran kat hang dan family.
Aku rasa beruntung dapat kawan seperti hang.
Kerp,
tq tq tq
Che'gu,
All of us felt the same way to you.
hang on hp tau musim raya ni, mana la tau......kot2 aku tersesat ke sana
DocTA,
Cantiknya kad Raya. Pak Zawi dah print dan simpan.
Pak Zawi sekeluarga ucapkan selamat hari Raya Idil Fitri dan ampun dan maaf jua dipinta. Terima kasih kerana tak jemu menghantar berita dan doa-doa untuk keberkatan.
Salam Doc
Walau langkah tak bertemu,tangan tak berjabat,ucap tak terdengar, namun hati ini mengucapkan “MINAL AIDIN WALFAIZIN”
mohon maaf zahir dan batin
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana memautkan web/blog anda kepada www.darulkautsar.com.. Disebabkan serangan siber baru-baru ni web tersebut telah dihapuskan..dan untuk menggantikan web tersebut kami membangun semula web dengan nama www.darulkautsar.net.. Kami masih mengekalkan konsep dan kandungan web asal.
Kami amat-amat menghargai sokongan anda dan amat berharap sekiranya anda dapat membuat pautan semula ke www.darulkautsar.net. Juga kami amat berterimakasih sekiranya anda dapat mewar-warkan kewujudan web kami kepada kenalan-kenalan.
Semoga usaha kita diberkati Allah dan bermanafaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Wassalam.
Pasukan Pengendali www.darulkautsar.net
Post a Comment