Showing posts with label derhaka. Show all posts
Showing posts with label derhaka. Show all posts

Saturday, March 22, 2008

Woi UMNO! Mengata dulang paku serpih.....

DERHAKA!!

Itu lah perkataan yang sesuai bagi ADUN-ADUN BN Trengganu.
Derhaka terhadap Sultan.
Derhaka terhadap Sultan merupakan suatu pantang dalam adat Melayu.


All Umno state assemblymen from Terengganu DEMAND Idris Jusoh to be Menteri Besar OR they will resign from their post - By-election. Story coming.....
News alert

Semua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu sebulat suara memboikot majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadual berlangsung di Istana Maziah Kuala terengganu esok dan bertegas mahukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh memegang jawatan itu selepas parti berkenaan menang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata semua wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum lalu juga sebulat suara menyatakan sokongan penuh kepada Idris dan tidak rela pentadbiran negeri diterajui pemimpin lain serta ada kalangan mereka menyatakan kesanggupan meletak jawatan sebagai Adun jika calon lain dilantik menjadi Menteri Besar.

"Kami Adun-Adun sebulat suara ingin menegaskan bahawa calon untuk Menteri Besar Terengganu adalah Datuk Seri Idris Jusoh. Tidak ada calon lain yang kami sokong, yang kami berdiri di belakang beliau. Jadi, mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada calon yang kami nyatakan tadi, maka kami tidak akan menerimanya dan kami tetap menolak dengan sebulat suara," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan:
Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu selesai hari ini apabila pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Datuk Ahmad Said untuk memegang jawatan itu.


Menurut kenyataan pejabat Sultan Terengganu hari ini, Ahmad, 51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini pagi esok.

"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. "Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu," kata kenyataan itu kepada Bernama hari ini.

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu telah berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pelantikan Ahmad ialah bagi menggantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan wakil rakyat Jertih yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sejak 2004.

(petikan lapuran dari Hard-T)
(juga lihat lapuran Beritaharian online di sini)

Tentu semua masih ingat bagaimana reaksi pemimpin UMNO menghentam Lim Kit Siang ketika Kit Siang meminta Adun-Adun DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah MB Perak minggu lalu. Lihat di sini apa kata pemimpin-peminpin UMNO dalam kes LKS:-

DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 ADUN parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan petang ini. Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas (5) dan PKR (7).

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Kit Siang dalam kenyataannya semalam menegaskan keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hanya mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Sebaliknya menurut Kit Siang, DAP hanya bersetuju dua nama sahaja iaitu Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar.

Majlis tersebut kemudian ditangguhkan selepas pihak istana mendapati DAP, Pas dan PKR tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Bagaimanapun hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula dengan tegas menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai biadab.

“Jangan baru sehari dua berkuasa, sudah mula tunjuk belang. Memang ia biadab.

“Perlu ingat negeri Melayu ada adat dan pantang larang, sebab itu DAP jangan sesekali lupa pepatah, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

“Saya percaya dalam hal ini bukan sahaja saya, tetapi puluhan juta lagi rakyat menjunjung kasih dan mengucapkan syabas ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana terus menegakkan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu umpama ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

“Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api perkauman.

“Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP merupakan parti cauvinis yang bertopengkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman pula berkata, perkembangan yang berlaku di Perak itu seharusnya menginsafkan orang Melayu.

“Sekarang kita nampaklah belang DAP. Tanya saya, memanglah biadab bila tidak boleh terima keputusan istana,” tegasnya.

(di petik dari utusan online)

Kata Tokasid: Sekarang kita lihat siapa yang biadap?

Kita lihat mana dia hulubalang-hulubalang UMNO yang bakal mengutuk tindakan YB-YB mereka. Adakah mereka sanggup menghentam YB-YB UMNO sendiri seperti mana mereka membedal LKS?

Kita lihat nanti adakah Utusan Malaysia,Berita Harian,NST,Star akan menyiarkan penuh kecaman-kecaman pemimpin terhadap Adun-Adun BN Trengganu yang DERHAKA dan KURANG AJAR ini?

Ada satu peribahasa kepada pemimpin BN/UMNO di sini:
"Mengata dulang paku serpih. Mengata orang UMNO yang lebih."


Update:Sedikit pelajaran sivik untuk Adun-Adun UMNO/BN Trengganu:-

Maka kami rakyat malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.