Saturday, March 22, 2008

Woi UMNO! Mengata dulang paku serpih.....

DERHAKA!!

Itu lah perkataan yang sesuai bagi ADUN-ADUN BN Trengganu.
Derhaka terhadap Sultan.
Derhaka terhadap Sultan merupakan suatu pantang dalam adat Melayu.


All Umno state assemblymen from Terengganu DEMAND Idris Jusoh to be Menteri Besar OR they will resign from their post - By-election. Story coming.....
News alert

Semua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu sebulat suara memboikot majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadual berlangsung di Istana Maziah Kuala terengganu esok dan bertegas mahukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh memegang jawatan itu selepas parti berkenaan menang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata semua wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum lalu juga sebulat suara menyatakan sokongan penuh kepada Idris dan tidak rela pentadbiran negeri diterajui pemimpin lain serta ada kalangan mereka menyatakan kesanggupan meletak jawatan sebagai Adun jika calon lain dilantik menjadi Menteri Besar.

"Kami Adun-Adun sebulat suara ingin menegaskan bahawa calon untuk Menteri Besar Terengganu adalah Datuk Seri Idris Jusoh. Tidak ada calon lain yang kami sokong, yang kami berdiri di belakang beliau. Jadi, mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada calon yang kami nyatakan tadi, maka kami tidak akan menerimanya dan kami tetap menolak dengan sebulat suara," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan:
Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu selesai hari ini apabila pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Datuk Ahmad Said untuk memegang jawatan itu.


Menurut kenyataan pejabat Sultan Terengganu hari ini, Ahmad, 51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini pagi esok.

"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. "Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu," kata kenyataan itu kepada Bernama hari ini.

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu telah berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pelantikan Ahmad ialah bagi menggantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan wakil rakyat Jertih yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sejak 2004.

(petikan lapuran dari Hard-T)
(juga lihat lapuran Beritaharian online di sini)

Tentu semua masih ingat bagaimana reaksi pemimpin UMNO menghentam Lim Kit Siang ketika Kit Siang meminta Adun-Adun DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah MB Perak minggu lalu. Lihat di sini apa kata pemimpin-peminpin UMNO dalam kes LKS:-

DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 ADUN parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan petang ini. Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas (5) dan PKR (7).

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Kit Siang dalam kenyataannya semalam menegaskan keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hanya mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Sebaliknya menurut Kit Siang, DAP hanya bersetuju dua nama sahaja iaitu Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar.

Majlis tersebut kemudian ditangguhkan selepas pihak istana mendapati DAP, Pas dan PKR tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Bagaimanapun hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula dengan tegas menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai biadab.

“Jangan baru sehari dua berkuasa, sudah mula tunjuk belang. Memang ia biadab.

“Perlu ingat negeri Melayu ada adat dan pantang larang, sebab itu DAP jangan sesekali lupa pepatah, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

“Saya percaya dalam hal ini bukan sahaja saya, tetapi puluhan juta lagi rakyat menjunjung kasih dan mengucapkan syabas ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana terus menegakkan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu umpama ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

“Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api perkauman.

“Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP merupakan parti cauvinis yang bertopengkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman pula berkata, perkembangan yang berlaku di Perak itu seharusnya menginsafkan orang Melayu.

“Sekarang kita nampaklah belang DAP. Tanya saya, memanglah biadab bila tidak boleh terima keputusan istana,” tegasnya.

(di petik dari utusan online)

Kata Tokasid: Sekarang kita lihat siapa yang biadap?

Kita lihat mana dia hulubalang-hulubalang UMNO yang bakal mengutuk tindakan YB-YB mereka. Adakah mereka sanggup menghentam YB-YB UMNO sendiri seperti mana mereka membedal LKS?

Kita lihat nanti adakah Utusan Malaysia,Berita Harian,NST,Star akan menyiarkan penuh kecaman-kecaman pemimpin terhadap Adun-Adun BN Trengganu yang DERHAKA dan KURANG AJAR ini?

Ada satu peribahasa kepada pemimpin BN/UMNO di sini:
"Mengata dulang paku serpih. Mengata orang UMNO yang lebih."


Update:Sedikit pelajaran sivik untuk Adun-Adun UMNO/BN Trengganu:-

Maka kami rakyat malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.





25 comments:

cakapaje said...

Salam Doc,

Kini terbukti siapakah penderhaka kepada Raja dan Tanahair jika bukan mereka yang bedebah dalam umno itu! Dari dahulu lagi mereka bersandiwara dengan rakyat dan kini satu persatu Allah s.w.t. membuka mata rakyat yang telah lama terpedaya dengan dakyah mereka.

Pada ana mudah aje: pergi jahanam sama umno!

mokk said...

salam Mamat..

Aku tak faham dgn dia org ni...

.. minggu lepas kutuk LKS,la ni depa pulak yang menunjukkan kebiadapan depa..

..Bila salah seorang org kuat Umno nak ketepi NEP di Johor...org umno diam je...tapi bila ada org lain suruh "Review" NEP...dia bising.

..Bila Pas, Bersih dan Hindraf buat demonstrasi...tangkap,bagi water canon,gas pedih mata dsb.
Bila puak ni buat demontrasi..tak pa..itu hak kebebasan mereka..

...Ungkapan yanh menarik..."bukan budaya kita" ..my foot...!!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Jangan kilik here or here pada comment di atas. macam ada virus aje

tokasid said...

Shah:

latest di Berita TV tadi, MB baru terima watikah dari Istana Trengganu dan dia telah di pecat sebagai ahli UMNO. BPR sedang siasat dia dgn 3 kes projek di Kijal. Bila dia di siasat kita jadi hairan bagaimana dia masih di calunkan sedangkan BN kata calun2 PRU12 mesti bersih. Masa menang bersih.Bila tidak sehaluan terus jadi tak bersih.
tapi itulah plitik UMNO/BN selama ini.

Idris Jusoh dalam PC hari ini kata di dapat sokongan dari PM,Presiden UMNo dan majoriti Adun2 UMNO Trengganu. maknanya Idris masih mahu melawan Sultan.

Kita lihatlah perkembangan kotor ini nanti.

tokasid said...

Salam Mamat;

dalam Malaysia ini apa saja yang UMNO/BN buat adalah di bolehkan dan mengikuti lunas-lunas undang2,kononnya.

Apa yg selain BN buat semua salah dan bukan budaya kita.

tokasid said...

dear anonymous:

yes that one contains virus and i have deleted it.
TQ.

Kerp (Ph.D) said...

yes, PAKU DULANG PAKU SERPIH. another thing, by insulting the rulers, sekaligus diorang hentam ketuanan melayu, dan menghina melayu secara keseluruhannya. Time NEP, diorang jugak paling sibuk konon pertahan hak melayu.

i can tell you this from the current situation. Umno is in a mess. its top leader is responsible. either he steps down or the situation will get worse. Even now he's indirectly snubbed by the rulers.

muteaudio said...

Salam doc,
Saya nak jugak tengok Herman Majid yg tulis article the quoted article to go back and interview the same person he interviewed before. Camne? Ada berani?

Mior Azhar said...

Salam Doc,
I've been meaning to do an entry on this talam dua muka people.... sheesh these people memang tak tau malu. dah jadi darah daging deme kot... asal deme buat jer boleh ... betul. Tak tau malu betul. Yang media pun bukan main lagi betul ajer ler pulak apa yang deme buat.
And to think that these are elected representatives... I pity rakyat Terengganu.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
And I thought the candidates contesting the general election were cleared by the ACA, so why is the agency investigating the Kijal state assemblyman?
Isn't it ironic also that the story came out after the palace named him as MB?
I don't think the drama would end any time soon.

Mat Salo said...

Bro.. citer ameNO ni, bak kato orang orang tuo kek kampuang den, "like flogging a dead horse". Sekarang baru den ghoti...

Their relevance is long gone, and ameNO is also long past its 'sell by' date. In short, dah expire dah. Now their true warna's are showing - semua kelauq - sifat kurang ajar, kurang sopan and menderhaka kepada bangsa, negara dan ugama. I have long maintained that UMNO is not Melayu - in name only - it's like a party invented by the Devil or something.

Maybe once some three or four decades back it served it's purpose. Not anymore. All you have to do is just ask yourself what had happened to both Tunku and Kerisharp Mudin's grandfather.

tokasid said...

Kerp:

I thought we're gonna have a quite weekend and enjoy the F1 and the Super Sunday games,but it was not to be.

The latest I heard as of 6pm yesterday there are 14 Adun who have come out to support Mohd Said( he sure had lots of controversies on his habds) and all 24 Aduns were to meet PakLah yesterday. I do not know what came out of that meeting.
but don't be suprised if there is an aboutturn. Don't be suprise if all 23(Idris not included) will say they support the Sultan's choice.
And don't be suprise when BPR said there is no case against Mohd Said.

But one thing will stick to the rakyats mind forever: These Aduns had DERHAKA and KURANG AJAR to the Sultan of Trengganu.That will go down in our history.

tokasid said...

Mute:

Aku pun dok tunggu apa Herman Majid nak tulis.Kalau tak dak aku ingat nak e-mail dia.

tokasid said...

Pak Mior:

Teman teringat masa krisis perlembagaan antara Dr M dgn istana back in the 80s dulu. Semua org kutuk Raja-raja.Semua suratkhabar kutuk raja-raja. sampai kereta Diable pun di highlightkan. Teman teringat dulu kat Kelantan puak-puak UMNO sampai nak tukar Sultan dan ada puak2 UMNO Kelantan sokong claim Tengku Ibrahim utk dapatkan tahta.

So menghina raja-raja dan sifat derhaka memang dah ada dalam UMNO.
Sekarang ni naik satu darjat lagi.

Teman nak tunggu suratkhabor nak tulis atau tak ttg ni.Deme nak siar atau tak komen2 pak Menteri dalam kes Adun Trengganu ni?

tokasid said...

Fauziah:

Yes I remember PakLah telling us all potential candidates and incumbents will be screened by ACA and IRD and BN will field only 'clean' candidates.

Apparently that is not true. Now Mohd Said's 'friends' had handed in 3 files pertaining to 3 projects in Kijal.
And PAS will remember Mohd Said as the person responsible with the rearing down of Masjid Bujal.
On top of that it had been circulated for the past 8 years about his 'morality' in Kemaman and Trengganu. I will not be suprised if this so 'morality' problem is used against him by his fellow BN Aduns to topple him.

This saga will be a long one with twist and turns , like Dallas.

Kerp (Ph.D) said...

But apparently none of the 22 are man enough to back mohd said.

but i'm sticking to what i saw the day after the 8th. BN/UMNO are in a mess.


btw, thanks for all the sms-alert, doc.

Anonymous said...

TA,

I figure these people have selevtice amnesia-lah. When Kit Siang did this, we all condemned the old man like he deserved to be.

Now, its they are doing it in beautiful Terengganu? Sad.

Bak kata Tun, Melayu mudah lupa. Ini lah contoh yang paling bagus.

tokasid said...

Pak MS:

Yes bro.Its like telling a true story but nobody believes in that story.
Ppl refuse to believe because they always felt UMNO is beyond fault.

If you show them evidences they'll rationalised why it happened the way it happened.They just cannot accept UMNo is a sick and decaying rotten instituition.
Most ppl are still 'mimpi di siang hari' about UMNO.

If UMNO wants to be relevant again someone must be daring and brave enough to reform UMNO and I mean bigtime reform which will be resisted at all cost by those controlling UMNO now.resisted bythe Ketua Bahagians resisted by UMNO Negeri and the many in Pemuda,Wanita,Puteri and Putra. By those who have benefited in wealth through money politics.By those who got fat gomen contracts directly without tenders(what more open tender!).

But Reform they must or else its sayonara to UMNO.

Anonymous said...

Salam Bro...

Hmmm, mereka mmg lupa dlm soal kuasa ni ada yang lebih berkuasa... sedih bila masing2 berlumba nak tunjuk kuasa...yg tak patutnya rasa hormat pada raja pun hilang sebab nak tunjuk kuasa...

saya rasa if ada by election lg sekali, mintak sgtlah this time around Be End is really The End. Patut pun BR take over dah... Kemelut Be End ni mcm pusar air di lubuk, menyedut mereka sume tanpa mereka sedar...melawan arus pun tak guna!

Ni geram punya pasal, sy jadi merapu meraban dah bro....hehehehe...

p/s: dah hilang completely dah berdebar2 rasa di dada sy...thanx again to u...

Anonymous said...

Salam Doc.,
Dua tindakan yang berbeza antara di Perlis dan Terengganu. Kenapa ya? Kenapa di Terenganu mereka beria-ia sangat hendakkan calon PeeEm tu jadi MB, tetapi di Perlis diterima saje pilihan Raja?
Adakah kerana Perlis takda apa nak di bolot, Tengganu ada Jutaan jadi rebutan?
DAP buat biadap, tetapi kalau Melayu buat, Durhaka jadinya...

tokasid said...

Kerp:

The mess is really in deep shit wa cakap lu bro.

To me this is a direct confrontation not only by UMNO Trengganu( last night TV3 showed Idris ppl demonstrating at KT at one of their banner wrote: Kami Nak Idris,natang!

Now, natang is binatang. To whom does this natang meant for? To Md Said? Or to the istana?

Yesterday the 23 aduns meet with PakLah ,najib and Ali Rustam. najib said they still insist on Idris jusoh as MB.

This is a direct confrontation by PM,TPM and UMNO with the istana Trengganu and maybe with DYMM Sultan Mizan.

Now I am saying that PM,TPM and UMNO is DERHAKA and KURANG AJAR to the Trengganu royal.

tokasid said...

Elviza:

They sure for short memories. I don't think its amnesia. Most likely Alzheimmer's.

And its another example of UMNO/BN can do but for others is a big NO!

tokasid said...

Raden:

Alhamdulillah Raden dah okay.

What they did will at least make the rakyat open their eyes and realised that some UMNO leaders are so arrogant.

Kalau kepada Sultan negeri sendiri mereka tidak hormati dan bersikap kurang ajar, apa lagi kepada rakyat?
Semua cakap-cakap : kepada rakyat,untuk rakyat hanyalah omongan kosong mereka. Realitinya mereka sanggup lakukan apa saja utk mencari harta kekayaan dan kuasa.

tokasid said...

Pak Zabs:

Perlis negeri yang miskin tidak seperti trengganu.
Di Trengganu ada individu tertentu yang di beri keistimewaan berbagai projek. Di Perlis individu tersebut tak pandang sebelah mata pun.