Saturday, March 15, 2008

Seminggu sesudah PRU...krisis sana sini.



Salam buat semua.

Dah seminggu PRU12 selesai. Keputusan rakyat sudah kita ketahui.
Tapi dalam seminggu ini jugak kita lihat terdapat krisis hebat yang melanda di beberapa negeri.

Bukan sahaja di negeri yang buat kali pertama jatuh ke tangan Barisan Rakyat seperti di Selangor dan Perak, malah di negeri yang kekal di tangan Barisan Nasional iaitu Trengganu dan Perlis.

Di Perak terdapat masaalah memilih MB. Bagaikan permainan pingpong. Sehingga ahli politik antik DAP YB Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan pedas mahu memboikot upacara perlantikan MB jika wakil PAS Ir.Nizar di pilih Sultan sebagai MB Perak. Beratus-ratus komen menghentam LKS, maka LKS si-politikus antik menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dari Duli Tuanku.
Raja Nazrin yang tidak mahu kemungkinan timbul krisis kemudian hari, mengarahkan kesemua 31 wakil rakyat BR menandatangan suruh setia kepada MB baru. Kini selesai sudah krisis di Perak.

Di Selangor agak lancar walaupun terdapat kemelut tentang jawatan Timbalan Menteri Besar dan pembahagian jawatan EXCO.

Tapi yang menjadi persoalan menarik ialah negeri yang kekal dengan BN. Mengapa Perlis dan Trengganu mengalami kesukaran melantik MB? Sedangkan Shahidan telah lama menjadi MB Perlis. Dan Idris Jusoh juga merupakan MB Trengganu yang memimpin Bn menghalang kebangkitan semula PAS di Trengganu.

Jika benar Shahidan dan Idris telah membangunkan negeri mereka dengan jaya, mengapa sudah seminggu masih tiada MB?
( Terkini:Perlis sudah mempunyai MB baru iaitu Datuk Dr Md Isa Sabu. Yang menariknya Bernama melapurkan PM PakLah melantik Shahidan sebagai MB Perlis. Yang lebih menariknya Bernama turut melapurkan Raja Perlis telah melantik Md Isa Sabu sebagai MB)
Shahidan juga merasakan ada pihak yang telah mempengaruhi Duli Tuanku dalam hal ini seperti yang di lapurkan dalam Star.

Di Trengganu sehingga kini tiada khabar nyata bila krisis kepimpinan Trengganu akan selesai. Berita di TV telah beberapa kali menunjuk muka masam Idris Jusuh yang mengalami masaalah dalam perlantikan semula sebagai MB. Kita tidak pasti samada Idris tidak di kehendaki oleh ahli BN Trengganu sebagai MB atau pihak lain. Tetapi Star melapurkan Istana Trengganu menafikan ini adalah campurtangan dari istana. All is not well in Trengganu after all.
Terbaru Utusan melapurkan kesemua ADUN Trengganu di minta menghadap Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu di Putrajaya. Yang menjadi kemusykilan ialah Idris Jusoh selaku Pengurusi Badan Perhubungan BN Trengganu mengesahkan dia tidak akan hadir menghadap. Jadi krisis di Trengganu memang benar-benar serius.

Some people have commented that the BR is so kelamkabut that they can't appoint a MB in Perak. Apparently BN is no better that Trengganu still haven't got an acceptable person as MB and Perlis is seeing some stormy weathers ahead.

Also the hot news was when Lim Guan Eng the Penang CM announced that his gomen will do away with DEB and this had caused anxiety to many Malays( read UMNOPutras) in Penang. Guan Eng wanted a more transparent and open tendering system for govt projects in Penang and no more handouts to to BN leaders or individuals closely related to BN leaders as done previously not only in Penang but elsewhere too. Namun Guan Eng berkata bahawa orang Melayu tidak akan di pinggirkan di Penang. Kita tunggu dan lihat saja.

Ramai kata DAP nak halang keistimewaan Melayu. Memang benar. DAP dari dulu lagi sudah nyatakan begitu. mereka mahu semua sama rata.

Bagi aku dalam hal DEB ini, DAP dan UMNO sama saja. Malah dalam berpolitik juga DAP dan UMNO sama cara mereka.

Bagi DEB:
DAP: nak SEKAT semua keistimewaan Melayu dalam DEB.
UMNO : nak SEBAT semua keistimewaan Melayu dalam DEB.

Dari segi politik:
DAP: guna isu perkauman Cina untuk raih sokongan.
UMNO: guna isu perkauman Melayu untuk raih sokongan.

Cuma ada satu berita yang membuat aku rasa sejuk hati bila wakil-wakil rakyat PAS di Selangor akan memberi 30% dari elaun wakil rakyat mereka bagi membantu golongan fakir miskin di Selangor.Alhamdulillah. Ini adalah satu langkah yang baik bagi menanda kesyukuran mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Juga sebagai tanda janji mereka inginkan Negara kebajikan. sekurang-kurangnya mereka mahu melakukan di DUN masing-masing dulu dengan wang elaun mereka sendiri.Aku berharap jika wakil-wakil rakyat PAS di Kedah,Kelantan serta Perak dapat juga melakukan demikian.

29 comments:

Unknown said...

Doc,
Dasar politicians... somehow, rakyat does not figure in their book.. bodoh betul... this after such an overwhelming feeling after PRU12.

Anonymous said...

Salam Doc.,
MM dah tulis surat minta PM letak jawatan. Yang lain takda keberanian untuk tunjuk ketidaksukaan mereka juga ke?

Kerp (Ph.D) said...

sorry doc, i may get some flaks from some of us malays here but from my viewpoint, even if NEP is to abolish, it wont make much of a different because as we all know this policy only goes to the selected few. i really dont know la doc, but kita orang melayu ni tend to harp on this issue a little too much. if you had noticed, yang banyak main sentiment dEB/melayu ni pemimpin atasan je. yang tak berduit sesak kat bawah, yang kaya terus menerus bertambah harta. takkan nak kena kipas bontot je baru dapat. apa kes?

Unknown said...

NEP tu sepatutnya menolong semua yang susah. Yang di tolong sebenarnya semua yang kaya. Yang ditolong sebenarnya ialah mereka yang tak sucup seratus ribu lagi untuk jadi jutawan supaya dapat jadi jutawan. Yang rakyat bawah mampos la.
Yang Mukhriz dok gadoh sangat pasai apa. Surat bapak dia dulu ended up with May 13 dan Razak naik. Lani dia nak bagi jadi gaduh lagi supaya anak Razak naik pulak. Bapak dia buat macam negara ni dia punya, dia nak bagi negara kat buaya untuk balas jasa. Nak bagi apa pun untuk balas jasa, bagi lah barang sendiri. Bagi lah pompuan Tibet ka, pompuan Nepal ka, jangan bagi negara ni. Negara ni bukan bapak dia punya.

Anonymous said...

salam doc,
memang perubahan ni pasti ambil masa.
tak hairanlah, bila be end dah melampau for 50 years, senyap je mereka tu. bila ada masalah sikit nak buat perubahan dalam seminggu, dah start nak tuntut tu tuntut ni. haahaahaa....

tokasid said...

Pak Mior:

Fikiran rakyat semakin terbuka. Politik perkauman semakin di tinggalkan sedikit demi sedikit. Namun kebanyakkan parti masih meniup api perkauman untuk terus relevan. Api perkauman yang mereka sendiri cipta untuk menakutkan rakyat. majoriti rakyat terutama melayu yang tidak gemar membaca sering 'terpercaya' dengan omongan perkauman ini.begitu juga bagi kaum Cina di luar bandar.Dan kaum India di kawasan estate. Sedangkan pada hakikatnya Wahab, Chong Ngan dan Kumarappan sering minum teh bersama.

tokasid said...

Pak Zabs:

Nampaknya yang lain memang tak berani pak. Mereka akan tengok bagaimana tindakan selepas ini. Jika semakin ramai yang sanggup melakukan seperti Mukriz mungkin akan muncul lebih ramai. Tapi minta maaf cakap lah pak Zabs: saya tidak nampak mana-mana pemimpin UMNO akan berani. Apa yg mereka akan lakukan ialah terus memuji Pak Lah,terus menipu paklah bagaikan cerita kanak-kanak Maharaja dgn baju Barunya.

Jika pak Lah jatuh nanti kita akan lihat kesetiaan mereka akan cepat beralih kepada yang lain.

tokasid said...

Kerp:

Don't you worry bro.
As many have known,NEP only benifitted a small groups of UMNOPutras only.Those who have power at the bahagian,State and national levels.
Its an open secrets many MBs have fat gomen contracts through their proxies. They got many pieces of lands by using proxies' names be it their drivers,their friends,their JKKKs, their wives.

Many of their lands were later taken/bought by the state gomen to build mosque, dewan orang ramai, petrol stations or some furniture centres.

Same thing with state excos.
These are the people that gained from NEP.And those who made the loudest noise protesting Guan Eng's statement...if you can look into it,they are the ones who had so far been gaining via the gomen contracts.

tokasid said...

Che'gu:

How true. Most of us knew who got the most from NEP.

As for Mukriz, the timing is right for him to challenge Pak Lah. With PakLah's poor performance mukriz knew he can get support(albeit a silent one) from many quarters in UMNO. He knew the grassroots are upset with PakLah and KJ. Most likely Mukriz got the blessing of his father and the encouragement of his close advisors.

Lets wait what Najib will say about Mukriz'z letter.

tokasid said...

E:

Saya baru review apa yang pemimpin BN dok kata kat penang,Selangr dan Perak. BN expect BR akan lakukan magic dalam masa seminggu. Dan sekarang media memainkan peranan mendesak kerajaan BR tunjukkan apa yg mereka boleh lakukan.

Cuma saya teringat PakLah kata pada Penang agar jangan pinggirkan dan zalimi orang Melayu khasnya. tapi dalam masa yang sama PakLah jugak kata di kawasan yang di wakili pembangkang dan negeri yang di terajui pembangkang federal fund akan di salurkan melalui badan perhubungan Negeri BN dan bukan melalui state gomen.

Dan di Melaka Ali Rustam telah keluarkan kenyataan bahawa segala pembangunan di kawasan yg di menangi pembangkang mungkin akan di hentikan dahulu(atas alasan rakyat situ tak mahu pembangunan).

Memang pemimpin BN ni benak perut dan busuk hati. Pesan pada orang jangan buat zalim(kat penyokong BN) tapi BN boleh terus zalimi rakyat lain.

de_kerinchi said...

salam saudara dr tokasid,

Apa yang nampak dalam senario sekarang ini membuktikan tiada kesepakatan dalam pimpinana BN...masing-masing tidak hormat dan percaya kepada pucuk pimpinan Paklah...

Kemelut Syahidan dan Idris juga memaparkan kepincangan tersebut...suara Paklah takder power dah...

setuju pasal DEB tu.... masing-masing menggunakan pendekatan yang akan menghancurkan orang miskin juga... dasar sekat dan sebat adalah untuk diri sendiri...

bagi orang melayu perkara ini akan merugikan bangsa sendiri...dan bagi orang cina mereka tetap menjadi penguasa ekonomi walaupun DEB tetap diamalkan....

cakapaje said...

Salam Doc,

Wah, 30%! Banyak tu! Kalau RM3,000, bermaksud RM1,000! Hmm...nanti den cubo ingat YB mano yang den rapek sekali :)

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Betul tu. Apa yg berlaku di Perlis dan Trengganu menampakkan kelemahan PakLah. Raja-raja sendiri sudah tidak yakin dgn calun MB yang PakLah mahukan. Rasanya dulu pun raja-raja sudah tak setuju tetapi kerana 2004 PakLah mendapat mandat yang besar raja-raja terpaksa akur( dgn kehendak rakyat).Tapi bila pengaruh PakLah sudah goyah dan hasrat rakyat juga menolak PakLah, raja-raja mungkin nampak satu peluang untuk memperbetulkan keadaan di negeri masing-masing.

Tentang DEB, ramai kita(samada penyokong BN atau tidak) bahawa perlaksanaannya hanya menguntungkan golongan yang berkuasa dan bukan oleh majoriti rakyat yang miskin. Jika begitu jadi nya memang benar apa yang saudara katakan. Tak ada bezanya ada atau tidak DEB.

Saya yakin, rakyat telah mentsunamikan BN dan PakLah. Kini giliran UMNo untuk mentsunamikan PakLah jika hendak memulihkan UMNO dan BN.Bukan PakLAh sahaja. Beberapa pemimpin di MT juga harus di tsunamikan. Jika ini berlaku, memang akan mengambil masa utk tumpuk pimpinan baru tapi jika perihal2 yang membuat rakyat terutamanya Melayu(dan ahli UMNO) marah dapat di atasi dan perangai2 melampau sesetengah golongan dapat di matikan, saya yakin UMNO yang bersih akan dapat di terima semula.

Setiap perubahan besar adalah menyakitkan.tapi sakit yang boleh menyembuhkan adalah berbaloi utk di rasai.

tokasid said...

Shah:

Cek rasa Dato Hassan Ali kata semua wakil rakyat PAS Selangor akan menyumbangkan 30% elaun depa.

Daphne Ling said...

Hi Doc,

I agree with the 'krisis'...Evrywhere also problem...Perak, Perlis and Terengganu memang problem and here in Penang also got riots...

Haih...Why can't the losers just accept their lost graciously? They keep saying they accept the rakyat's decision, but it sure doesn't look like they do...

Looks like the only person to have bowed graciously and very admirably is Tan Sri Koh Tsu Koon...I knew I always liked him, politics aside! =)

Anonymous said...

kalau tak salah, sejak dari 1990 dulu lagi adun pas kat kelantan dah potong elaun mereka.. tak tau la sekarang ni masih potong lagi ke tak...

tapi rasanya tok guru masih lagi potong 45%

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mat Salo said...

Tiap hari baca berita... bak kata orang utagha.. fenin, fenin..

I think this will take a while to sink in as it's totally unprecedented....

Bro - you hit Juasseh or Perdana Lake East?

As for me bro' I pray that Simple Simon will keep me his promise and email me the photo on his phone... :) Nak blog about it pon takut orang tak percaya - no bukti!

"He looks like, walks like me and even talks like me, but is it me?" Itu dengan gambo bro - apa lak kalau tak de gambo!

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
panas sikit komen-komen tu. cuaca pun panas. baguslah, rakyat yg prihatin. teruskan semoga generasi akan datang mendapat buahnya.

Pak Zawi said...

Doc,
Apa yang mereka bangunkan di Terengganu tidak mempunyai impak yang jelas keatas kehidupan rakyat jelata. Cuba bayangkan berapa banyak pendapatan rakyat setelah RM300 juta dibelanjakan untuk Monsoon Cup setiap tahun? Kalau mesjid kristal tu bolehla dijadikan tempat kunjungan pelancong setiap hari. Bolehla juga justify perbelanjaan tu. Lagi pula bangunan tu kekal situ.

tokasid said...

Dear Daphne:

Koh Tsu Koon is a different breed.
He was an educationist in the begining and became a politician later. But his method and behaviour is still that of an educationist.

And he had proven time and again that he is a gentleman when accepting decisions from leaders and rakyat.

tokasid said...

Anon;

Saya pun tahu di kelantan telah dilakukan begitu tapi tak tahu sekarang bagaimana.

Dah sekarang wakil rakyat PAS Kelantan nak lakukan sumbangan begini saya rasa elok jugak kalau wakil rakyat PAS di Perak,Kedah,Penang,N9 , Johor,Pahang dan Trengganu lakukan demikian. Walau pun tak banyak tetapi anggaplah ini sebagai sedaqah jariah mereka.

tokasid said...

Pak MS:

It will definetely take time for all of us.For BN.For BR.
Its like a dream,but a good one for many and a nightmare for PakLah and BN leaders.

Can't make it to Cyberjaya for TOTO. Got your sms about the postponement on Sunday.I was already on my way back to Melaka from Kajang( antor Hafiz balik hostel)and was tired and sleepy.

Lets hope Simon tak lupa to email you the pic.

But pic or without [pic, you still can write about the meeting with Simple Simon.

tokasid said...

Saudara Afrar:

Panas memang panas.tapi panas yang berbaloi bagi orang Kedah.

Sepatutnya dah menyejuk sikit tapi suratkhabar arus perdana asyik dok per-api semula dgn half truth mereka dan manipulasi percakapan orang lain.

Tu yang masih panas.

tokasid said...

Pak Zawi:

Jika saya tidak silap semasa Bn merampas semula Trengganu dari PAS pada 2004 dulu, Idris Jusoh pernah janjikan akan membuka peluang pekerjaan di Trengganu.jika tidak silap saya sekitar 5 ribu pekerjaan setahun.bermakna dalam 4 tahun sepatutnya ada 20 ribu pekerjaan baru bagi rakyat Trengganu.

Namun kita sedia maklum ini amat sukar bagi sesiapa saja. Kesukaran menarik pelabur luar ke Trengganu bukan kerana samada PAS atau UMNO jadi kerajaan di sana. kerana kemudahan infrastruktur pengangkutan yang lemah antara Pantai Timur dan Pantai Barat. Selama berdekad-dekad Pantai Timur terasing dari arus pembangunan negara.Di Pantai barat lebuhraya-lebuhraya menghubungkan negeri dan bandar2 besar dgn banyak.laluan keretapi juga memuaskan dan perjalanan laut mudah kerana banyak pelabuhan besar di Pantai barat. Secara logika pelabur akan lebih tertarik ke pantai Barat.

Sedangkan infrastruktur pengangkutan di pantai timur seolah-olah di abaikan. jadi bagaimana mungkin mahu didirikan industri yang banyak di pantai timur?
Ini bukan salah orang pantai timur tetapi mereka seakan di anak tirikan pada tahun 70-90an. Bila PAAS memerintah bertambah lah mereka di tirikan oleh kerajaan Pusat.

Bila Idris tidak dapat menyediakan pekerjaan seperti yang di janjikan, sesuatu yang fizikal dan hebat mesti di persembahkan kepada rakyat sebagai bukti kehebatan Idris sebagai MB. maka lahirlah Monsoon Cup yang membazir dan menguntungkan beberapa kerat manusia gelojoh.
Maka terbinalah Masjid Kristal di Pulau Wan Man yang hingga kini belum didirikan solat Jumaat.

saya puji projek pembesaran lapangan Terbang Sultan Ismail tapi perkara yg sama tidak dapat saya katakan kpd Masjid Kristal.

Fungsi masjid adalah sebagai tempat utk beribadah dan melakukan kerja-kerja kaum muslim. Masjid mesti di bina atasasar takwa utk mengabdikan diri pada ALLAH.

Masjid bukan dibina kerana hendak menarik pelancung.itu bukan tujuan masjid di bina.

Masjid tidak perlu mahal dan cantik tetapi fungsi sebenar masjid tidak terlaksana.Ini satu pembaziran wang negeri(hak rakyat).

Islam tidak mengizinkan pembaziran hatta dalam membina masjid.
Kita harus ingat, jika semasa berwudhu' pun Rasulullah s.a.w. melarang kita membazir pengunaan air, inikan pula berjuta ringgit untuk membina masjid bagi pelancong!

saya tidak pasti samada benar atau tidak tapi saya mendapat khabar(tidak shahih) bahawa pihak tuanku tidak puas hati terhadap idris antara lain kerana pembaziran ini dan jugak kerana Idris dalam memerintah Trengganu memisah-misahkan rakyat ke dalam kelompok UMNO dan PAS. Bagi pihak istana semua rakyat Trengganu samada UMNO atau PAS adalah rakyat Tuanku Sultan dan tidak patut di beza-bezakan oleh kerajaan.

Semoga episode di perlis dan Trengganu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak samada BN atau BR.

Ingatlah rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia yang berhak mendapat pembelaan dari pemerintah/kerajaan tidak kira apa ideologi politik mereka. Jangan mereka di zalimi kerana mereka dari parti politik yang berbeza.

Mat Salo said...

Ya Pak doc. Ga bisa harap Mas Simon antar fotonya, dia kan lagi sibuk. Insalah Yth. Pak doc, kan sya coba memblog malam yang tidak bisa lupakan tu PakDoc. Mungkin dalam bentok cerpen.

Baru tringat Pak, bila gue di Jatim teringat juga pembantu Mbak dirumah bpk juga dari daerah yang saya lewati. Malang ke Pak, atau Batu? Dan beberapa jauh dari Sby pak?

Salam dan bersukur partai bulan masih keren ya Pak?

ummisara said...

salam semua,

mengenai masalah perlantikan MB perlis & terengganu tuh sudah menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat jelata tahu menilai prestasi dan kepimpinan MB. Daulat Tuanku. Saya pasti dan yakin bahawa tindakan perlantikan MB perlis oleh YAM Raja Perlis adalah atas dasar kepentingan rakyat negeri perlis. Raja Perlis memahami dan menyelami serta sentiasa peka dengan senario politik dan pembangunan negeri itu.

Bagi Terengganu pulak, walaupun hampir pasti Pok Yeh akan duduk semula kerusi MB, tapi kewibawaan nya telah sedikir tercalar. Kelewatan dalam dinamakan sebagai MB memberi gambaran kepada rakyat malaysia bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Apa? Tuanku Sultan tak berkenan jugakah?
Macam yang dikatakan oleh Tokasid -ada sumber menyatakan bahawa keadaan ini berlaku kerana Idris dalam memerintah Trengganu memisah-misahkan rakyat ke dalam kelompok UMNO dan PAS.

Sepatutnya jika Tuanku Sultan tidak membezakan rakyatnya, barisan kepimpinan juga patut mengikut sikap yang mulia itu. Jadi, jika Pok Yeh dilantik sebagai MB juga esok dan lusa atau tulat sekalipun..FAHAMILAH..rakyat terengganu di bawah naungan Tuanku Sultan tidak mahu pembangunan & kepimpinan seorang MB yang tidak menguntungkan rakyat. Bantulah rakyat dengan perlaksanaan pembangunan yang menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat.

tokasid said...

Pak MS:

Ya deh!Mas Simons pasti sibuk lagi capek seusai pulang dari Timur pak.
Tapi kita du'ain agar dia ada waktu ngecheck handphone nya pak lalu bisa ngirim emel sama bapak di pelantar nanti,

Mbak pembantu dari Surabaya.Adiknya di Siadarjo pak.Dia sendiri rumah di Pasuruan pak.

Gue memang hepi pak bulan sudah bisa kibar di negeri jelapang padi. Gue amat kagum sama PKR pak,dulu ngak ada impak tapi sekarang di perwakilannya udah 31 kerusi di Parlimen pak.

tokasid said...

Edelweiss:

Saya di fahamkan ada sikap2 Shahidan yang tidak di senangi istana sejak lama.tetapi apabila berlaku tsunami politik dengan rakyat mebuat perubahan yang lantang saya rasa mungkin sudah tiba masanya istana juga menyuarakan yang sama.Wallahu'alam.

Memang selepas ini di Trengganu pasti akan ada calar nya. tapi bagus jugak kerana pastiPok Yeh akan lebih berhati-hati dan peka dgn suasana di trengganu.

Sebenarnya di Trengganu sejak 2-3 tahun ini memang ada semacam ketidakpuasan hati dan kejelekkan di dalam kalangan UMNo Trengganu sendiri terhadap Pok yeh. saya mendengar sokseh-sokseh di KT malah telah di siarkan terutama dalam akhbar Siasah bahawa ini kerana Pok Yeh melebihkan orang2 dari Besut untuk jawatan-jawatan negeri yang penting di KT. Maka ada Ketua-ketua bahagian yang lain merasa tidak puas hati.Jadi tidak hairan bila PRU12 ini Ketua Bahagian Marang,Hulu trengganu dan Dungun tidak tercalun semula.

kalau kepada ahli UMNO pun Pok Yeh boleh 'kenakan' apalagi kalau orang PAS.

Mungkin selepas esok kebanyakan negeri akan punyai Mb dan barisan EXCO masing2 dan kabinet persekutuan pun mungkin akan di namakan.Kita berharap mereka semua akan mula bekerja utk rakyat dan kurangkan permainan politik mereka.