Assalamu'alaikum.
Salam sejahtera kepada semua wakil-wakil rakyat dari DAP-PKR-PAS atau apa yang aku lebih selesa memanggil Barisan Rakyat(BR).
Tahniah di ucapkan kerana tuan-tuan dan puan-puan telah di amanahkan oleh rakyat di kawasan masing-masing untuk mewakili mereka samada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri.
Juga tahniah yang tidak terhingga kepada Rakyat kelantan kerana mengekalkan PAS sebagai kerajaan Kelantan. Kami sedar rakyat Kelantan telah cuba di hukum oleh BN dengan pelbagai cara agar rakyat memilih BN semula.Namun kecekalan Rakyat Kelantan amat hebat.Walau di ugut dan di sekat bantuan dan bila bantuan di berikan secara terpilih-pilih, rakyat Kelantan sekali lagi memberitahu BN: Kalau BN tekan kami kami akan tolak.Lagi tekan lagi di tolak.
Syabas kepada rakyat Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anda yang selama ini amat selesa dengan kerajaan BN telah menunjukkan protes terhadap banyak hal yang di lakukan atau tidak dilakukan oleh BN. Anda dengan berani menukar kerajaan negeri masing-masing walaupun anda tahu BN mungkin akan menyekat bantuan seperti mana yang gemar BN lakukan.Lihat saja Kelantan dan Trengganu semasa di bawah kerajaan PAS.
Rakyat-rakyat di bawah kerajaan negeri PAS di ugut,di sekat hak mereka. saluran bantuan di beri melalui pihak yang telah rakyat tolak(badan perhubungan BN negeri). Adakah BN memikirkan rakyat yang memilih selain dari BN bukan rakyat Malaysia? Bukan pembayar cukai?Tapi memang telah terbukti BN akan berlaku zalim pada yang tidak memihak kepada BN.
Memang ada dan akan ada yang berkata; Kalau dah tak sokong BN memang tak wajar di bantu oleh BN. Begitu singkat alasan mereka.Dangkal. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia walau di perintah oleh BN atau PAS atau DAP atau PKR. dan rakyat Malaysia berhak di bela oleh kerajaan yang memerintah tanpa mengira parti politik apa yang rakyat tersebut sertai.
Wahai YB-YB Barisan Rakyat.
Saudara-saudara ingatlah luahan saya ini. Jangan sekali-kali saudara berperangai seperti kebanyakan wakil rakyat BN yang dahulu. Ingin saya senaraikan beberapa perkara kepada saudara-saudara yang telah rakyat amanahkan tanggungjawab:
1- Jangan saudara membalas dendam kepada rakyat yang tidak menyokong saudara kerana itu adalah hal demokrasi mereka. saudara sudah menjadi wakil mereka maka laksanakan amanah dan tanggung jawab itu. Jangan di sekat hak mereka.Jika kawasan saudara ingin membuat jalan atau perparitan jangan hanya di hentikan sehingga rumah penyokong saudara sahaja. Seluruh penduduk berhak menikmati pembangunan saudara bawa. Walaupun jika wakil BN dahulu memilih -milih bila hendak membuat bantuan atau projek kecil saudara jangan bersikap seperti mereka.
2-Jangan saudara berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk kepada rakyat. Tak perlu saudara tayangkan kereta mewah saudara kepada kami.Tak perlu saudara bina rumah bagai mahligai untuk kami lihat. kami akan terima kedatangan saudara walau dengan kereta proton atau dengan motorsikal sekali pun.
3- Saudara-saudara kami pilih untuk menyatakan hasrat kami dan membantu kami. jika itu yang saudara lakukan,kami akan membantu saudara. Tapi jika saudara hanya mahu mengumpul harta kemewahan serta projek-projek untuk keluarga dan sahabat handai bagi kami itu adalah perbuatan khianat saudara kepada kami. Jika itu yang saudara mahu lakukan, kami tak perlu tukar wakil baru sebab wakil-wakil kami yang lalu memang telah lama melakukannya.
4-Ingatlah,saudara di sini kerana kami yang memilih.Jika saudara tidak amanah atau saudara melakukan rasuah atau saudara seleweng kami jugak yang bakal menendang saudara keluar.percayalah cakap kami.Kami telah membuktikannya baru-baru ini.
5- Di kala kehidupan kami sempit dengan kos yang tinggi, jangan saudara bermewahan dengan wang negara. Jangan saudara menjemput artis-artis hebat untuk menghiburkan rakan-rakan serta keluarga saudara tetapi kami yang membayarnya. Jangan saudara membazir menukar kenderaan rasmi yang masih cantik dan dalam keadaan baik hanya kerana model baru sudah di pasaran. Dan tolonglah, saudara tak perlulah menggunakan wang rakyat untuk mendapat nombor plate kenderaan yang mahal-mahal.
6-Saudara ingatlah, saudara kami pilih mewakili rakyat di kawasan masing-masing. Inagtlah kami ini ada yang Melayu ada yang Cina ada yang India ada yang Sikh ada yang Melanau ada yang Iban ada yang orang Dusun,Bajau,Kadazan dan lain-lain. Saudara wakil kami semua dan bukan hanya wakil bangsa saudara sahaja. Saudara wakil rakyat Malaysia.Inagtlah.Ingatlah betul-betul hal ini.
Saya tahu ini adalah sesuatu yang berbeza.Kini saudara menjadi kerajaan di Kedah,Pulai Pinang,Perak dan Selangor. Saudara cubalah lakukan amanah yang kami berikan ini dengan sebaik mungkin. Kami tahu usaha saudara akan di perhatikan oleh teman dan musuh. Usaha saudara akan di kritik kuat oleh BN. Saudara akan di tuduh itu ini.Itu adalah lumrah. Tapi kami akan berpuas hati jika negeri-negeri yang saudara perintah dapat menjadi lebih prihatin dan lebih telus dalam apa yang di lakukan. Jika usaha dapat di lakukan agar lebih mudah kami berkerja atau berniaga. Jika tak perlu lagi peniaga atau usahawan terpaksa merasuah kerana mahukan lesen perniagaan atau tapak perniagaan.
Kami berharap proses tender terbuka bakal mengurangkan kejadian rasuah. Kurangkan pilih kasih.
Tak lupa juga keada wakil-wakil BN yang terpilih,tahniah aku ucapkan.Kepada yang tewas, takziah dan cyba lagi di PRU13. Aku pasti BN tercari-cari punca kemerosotan ini. Percayalah, ini bukan kerja Barisan Rakyat.Bukan kerja pembangkang. Muhasabbah lah diri. Muhasabbahlah apa yang berlaku dalam BN sejak 5-6 tahun lalu anda akan dapat jawabannya. Bila sudah dapat jawabannyam usahakan ke arah pemulihan modal insan dalam BN sendiri. BN wajib berubah kerana rrakyat sudah bosan dengan politik wang dalam BN.Rakyat sudah bosan dengan sikap sombong dan bongkak wakil-wakil BN yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan instant mereka. Rakyat sudah bosan dengan YB-YB yang merasakan mereka kebal dan tidak boleh di tegur.Mereka lupa kuasa untuk menaikkan atau menurunkan mereka ada di tangan rakyat.
BN harus ingat, mungkin ahli-ahli BN tidak berani melakukan perubahan ketika perhimpunan Agung parti tetapi rakyat terutamanya ahli-ahli BN melakukan perubahan yang mereka rasa sesuai dengan menurunkan saudara-saudara.
Aku berharap kerajaan Pusat BN tidak terus melakukan modus operandi yang sama mereka lakukan kepada Kelantan dan Trengganu(semasa PAS) kepada Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor. Jika BN menyekat hak-hak bantuan kepada rakyat di 5 negeri ini, jangan marah jika pada PRU 13 nanti rakyat akan memberi lagi 2 negeri kepada Barisan Rakyat!
BN perlu berlaku adil pada rakyat.Jangan hanya berucap di mulut tetapi realitinya rakyat di tekan di ugut dan di sekat.
Aku berharap mulai hari ini sehingga PRU 13 akan datang barisan Rakyat dan BN berilah khidmat yang kami telah amanahkan pada anda. Berlaku adil lah kepada kami rakyat Malaysia. Hentikan politik membalas dendam. Jika itu mampu BN dan BR lakukan.kami rakyat Malaysia akan membantu anda menghebatkan lagi negara kita,Malaysia.
Hanya ini yang mampu aku pesan kepada YB-YB semua. Mana yang baik YB gunakan. Mana yang tidak sesuai YB fikir-fikirkan lah. Tapi kami rakyat Malaysia sedang memerhati YB-YB semua. dan YB-YB ingatlah, kami sudah berani melakukan perubahan. dan kami tidak akan pandang belakang lagi.
Salam.
10 comments:
Saya ingin berpesan pada wakil-wakil BR (BA) jangan sekali-kali ulangi kesalahan BN dan jangan sekali-kali cipta kesalahan baru. Hargailah dan jaga lah mandat rakyat dengan baik.
Salam,
Tahniah kepada kepimpinan PAS,PKR & DAP atau lebih manis dan jujur rasanya jika digelar BARISAN RAKYAT.
Semoga pemerintahan BR akan memakmurkan Malaysia dan terbelanya nasib rakyat. Jangan diulang kesalahan yang telah dilakukan oleh BN. Setiap satu kesalahan yang telah dilakukan BN haruslah dijadikan sabagai sempadan. Ambil iktibar daripadanya.
Banyak tentangan secara halus dan fitnah lagi yang bakal muncul. Pinta saya, bersatulah wahai parti-2 dalam Barisan Rakyat. Ibarat seberkas lidi...tak mudah patah.
Tunjukkan kepada semua bahawa, keadilan, kemakmuran, kesejahteraan bakal menjadi milik rakyat dengan kepimpinan Barisan Rakyat.
Ketahuilah wahai pemimpin-2 Barisan Rakyat bahawa anda semua bekerja untuk rakyat dan bukan sebaliknya. Hargailah peluang yang telah diberi oleh rakyat.
Wahai Yang Berkhidmat Yang Berkhidmat Barisan Rakyat, ingatlah bahawa kita adalah berbilang kaum, berbilang uk rakyat Malaysiaagama dan berbilang kabudayaan tetapi kita satu iaitu Bangsa Malaysia.Tunailah tangungjawab anda semua seperti diamanah rakyat, rakyat memilih anda semua kerana anda Bangsa Malaysia. Baw kemakmuran ke bahagian dn keamanan untnk semua rakyat Malaysia.Tolong ketepikan sikap buruk BN merek berjuang untuk bangsa mereka, keluarga mereka , poket mereka . Hidup Malaysia.
Salam Tokasid,
Satu pesanan yang merangkumi semua aspek yang telah lama diabai oleh BN.
Semoga BR akan bekerja kuat untuk menyempurnakan segala janji2 mereka.
Wakil BN yang menang akan memandang sinis segala apa yang mereka lakukan, dan tidak mustahil politik membalas dendam akan berlaku. Hidup Malaysia..
Doc,
Finally, been waiting for your piece since forever. This one is amazing. Pesanan yang tulus. Bagus sekali.
Perak dah bangkit weh ooi! Alhamdulillah. Most of my family members are so ever excited except for a few kakak2 and abang2 sedara and ipar duai... itu totok belah sana... nak wat camna. Jenis kalau BN buat zalim lagu mana pun betul jugak.
Che'gu:
Betul tu che'gu. Pengajaran boleh kita ambil dari belajar dari kesilapan orang atau belajar dari kesilapan sendiri. Lebih baik belajar dari kesilapan orang.
Wakil2 BR mesti tunjuk that they are different in attitude from their BN counterparts. Kalau sama juga...baik terus undi yg BN saja...
Edelweiss:
jika luahan hati kita mahu di dengari dan di ambil kira oleh YB-YB BR yang baru, InsyaALLAh rakyat akan tetap menyokong mereka.
Kita doakan agar mereka dapat melakukan tugas dengan baik walau di hadapan mereka akan ada banyak ranjau duri serta tuduhan dan kritikan dari berbagai pihak.
Lets see what they can deliver.
sbj:
Begitulah harapan semua kita di sini.
Pak Zabs:
Benar pak. Itu adalah antara perkara-perkara yang membuat ramai protest terhadap BN selama ini. jadi kita amat-amat berharap wakil2 BR tidak melakukan perkara yang sama.
Tentang politik berbalas dendam ni yang saya amat tak suka.Ini antara perkara yang membuat saya tidak selesa dgn BN.
Bagi saya jika kita nak amalkan demokrasi terpulanglah rakyat nak pilih siapa. Kerajaan dari parti mana sekalipun mesti bersikap adil kepada semua rakyat. Harus di ingatkan BN atau BR hanyalah satu badan yang membentuk kerajaan. negara ini bukan BN atau BR yang punya.Ia kepunyaan rakyat Malaysia. BN atau BR kita beri kepercayaan dan amanah untuk menguruskan negara bagi pihak kita.Bukan kita beri izin untuk buat negara ini bagaikan hak harta mereka.
Cukai yang kita bayar adalah untuk Negara.Bukan untuk BN.Bukan untuk BR. jadi segala peruntukan pembangunan adalah hak kita semua. Bukan hak negeri yang BN atau BR kuasai sahaja.
kebanyakan pemimpin adalah beragama Islam. Tidakkah mereka tahu apa itu keadilan dalam Islam? Tidakkah mereka tahu pemimpin mesti adil kepada semua rakyat irrespective of kepercayaan mereka(politik dan agama). Tidakkah mereka tahu hak yang di nafikan itu akan di tuntut oleh org yg di zalimi/nafikan hak.
harapan saya agar semua pihak(BN dan BR) dapat belajar dari pengalaman PRU12 ini dan kurangkan politiking dan dendam mereka. Ayuh paculah negara ke arah yang ALLAH berkati.
Pak Mior:
Yes Perak is a suprise.
My brother said Perak Utara esp the sawah area had a big shift towards PAS and PKR.
I am also suprised about Merbok and Sg Petani. Merbok is my mak and bapak's kampong. I have many relatives living there. Their living conditions is still the same after 30 years except now they have electricity and TV at home. And most of my adik-beradik are pure UMNO supporters and they kept wondering why I and few of my brothers and a cousin supports PAS.
For Merbok and SP to fall just showed that the Malays(most are UMNO supporters)too wanted to teach UMNO a lesson.
Lets hope BR will be fair to all.
Post a Comment