Thursday, March 27, 2008

Letak je jawatan tu YOB! dan tentang penderhaka



Salam semua.

Sejak seminggu ni semua mata tertumpu ke Trengganu. Negeri yang sedang di landa geroda politik.

Negeri yang telah melahirkan ramai pembesar kurang ajar dan derhaka kepada al-Sultan mereka sendiri. Negeri yang ada samseng di kalangan ahli UMNO menulis perkataan NATANG yang entah di tujukan kepada siapa jika bukan al-Sultan.

Trengganu, negeri yang membuat Perdana Menteri, TPM Najib dan seorang Naib Presiden UMNO( Ali Rustam of Melaka) juga menderhaka terhadap Sultan Trengganu yang juga sedang menjadi DYMM Yang DiPertuan Agong.

Terbaru dapat berita semalam 3 orang besar(kepala) Trengganu telah dilucutkan pangkat dan gelaran Datuk yang telah di kurniakan oleh Sultan Trengganu dahulu. Jadi dengan perlucutan gelaran ini kita sudah boleh agak bagaimana perasaan Duli Tuanku Sultan terhadap mereka.In other words depa ni boleh kata bye-bye pada jawatan idaman mereka.

Dalam pada itu terfikir juga, orang-orang begini yang sudah biasa dan selesa di panggil Datuk tentu akan menghadapi kesukaran nanti. They might not be able to live without the title.
Jadi aku rasa kita berilah gelaran kepada mereka agar mereka tidak merasa tersisih. Here goes:-
1- Natang Seri Idris Jusoh
2-Natang Rosol Wahid
3-Natang Din Adam.

Enough of Ganu today. Ni nak tengok ke negeri yang aku membesar semasa sekolah rendah dulu. Negeri Perak Darul Ridzuan.

Selepas keputusan PRU12 Perak yang mula-mula ada pergolakan. Pergolakan nak lantik siapa jadi MB. memang kalut lah masa tu. Aku rasa semua orang terkejut berok bila keputusan PRU keluar. Tajol MB lama paling terkejut sampai di perintah berkurung dalam rumah selama beberapa hari.Ntah berapa tan tissue paper atau toilet rolls dia habiskan untk lap(kesat) airmata dan air hingus ketika tereyak(menangis) kerana kalah.
Yang puak-puak Barisan Rakyat pun terkejut juga . Terkejut gorilla. Tak pernah depa mimpi nak boleh perintah Perak. Mungkin mereka sekadar yakin dapat banyak kerusi di DUN saja.

Jadi bila dah menang depa jadi kelam kelibut nak cari sapa jadi MB. Memang lah kecoh sikit pasai depa tak prepared kot nak jadi kerajaan dgn tiba-tiba.

Tapi Alhamdulillah dalam masa 10 hari semua dapat di selesaikan walaupun pada peringkat awalnya ada tergeliat sikit bila Lim Kit Siang buat statement nak boikot.Tapi bila ramai rakyat(yg kebanyakaannya Cina) hentam sama Kit Siang dia pun minta maaf pada Raja Muda Raja Nazrin. Maka selesailah masaalah MB di Perak.

Apa yang nak aku highlightkan kali ini ialah berkenaan sekumpulan mangkuk hayun di Perak. Mangkuk-mangkuk hayun ni ramai dan ada persatuan. Mereka ni juga besar kepala macam Derih and Co walaupun power mereka tak lah besar mana. Tapi mangkuk-mangkuk ini jangan kita pandang lekeh. Kehidupan orang kampung banyak boleh terganggu dengan adanya mangkuk-mangkuk hayun ini.

Siapa mereka ini? Mereka adalah ketua-ketua kampung. Di sesetengah tempat di panggil berbeza. Ada di panggil Tok Sidang. Ada Tok Pengawa. Macam-macam lah lagi kot.
Secara sejarahnya ketua-ketua kampung ini di lantik oleh kerajaan negeri. Hampir kesemua mereka adalah dari ahli-ahli parti komponen BN terutamanya UMNO. Kalu di kampung Baru mungkin dari MCA dan di estet mungkin dari MIC.

Mereka ini selalunya terdiri dari Ketua Cawangan UMNO dan termasuk dalam senarai JKKK.
Di Perak mereka diberi elaun bulanan sebanyak RM600/=( RM400 dari Federal dan RM 200/= dari negeri). Kebanyakan dari mereka mempunyai pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan ataupun pemakan duit pencen.

Mangkuk-mangkuk ni penting bagi kehidupan orang kampung. Nak menikahkan anak mesti dapat surat pengesahan dari mangkuk hayun bahawa anak kita masih single mingle atau telah janda atau duda. Kalau nak bantuan apa-apa kena ada sokongan dari mangkuk-mangkuk ini. Nak buat kenduri-kendara pun kena ada persetujuan mangkuk-mangkuk ini supaya tidak ada clash of kenduri.

Yang malangnya ada segelintir besar mangkuk-mangkuk ini beraja di mata bersultan di hati terhadap orang kampung. Kalau kita tidak di sukai oleh ketua kampung( atas pelbagai alasan yang tidak perlu dia beritahu pada kita tetapi selalunya bab politik atau personaliti) alamat agak sukarlah kita nak hidup berkampung di situ. Kita mungkin di boikot oleh kroni-kroni ketua kampung dan JKKK. Permohonan kita mungkin gagal kerana tiada sokongan dari ketua kampung.

Jadi masaalah di Perak ialah mangkuk hayun nak letak jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei 2008. Alasan kerana perbezaan politik dengan kerajaan Perak yang baru ini. bermakna selama ni mangkuk-mangkuk hayun ni buat kerja untuk UMNO dan BN ,BUKAN untuk rakyat.
Mungkin depa ingat dengan ugutan nak letak jawatan beramai-ramai ini akan melumpuhkan kerajaan Perak. Mungkin itu agenda mereka (setelah mereka berbincang dgn Tajol MB Lama)

Aku sokong depa resign.Lagi cepat lagi baguih. MB Perak Ir M.Nizar kata selepas ini pemilihan sebagai ketua kampung akan di buat secara undian oleh penduduk kampung sendiri. Alhamdulillah. Satu tindakan yang bijak oleh kerajaan Perak . Kita mulakan di kampung lepas itu kita luaskan ke pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan pulak. Tak ada lagi political appointment macam yg BN dok buat selama ini.

Kepada mangkuk-mangkuk hayun Perak aku ucapkan: BERAMBUS CEPATLAH YOB!

20 comments:

Unknown said...

Betoi aku kata ni, aku dah meluat dengan depa ni jadi aku nak bagi cadangan yang ringkas saja. Kita atoq depa ni semua, dan khatankan sorang dua kali lagi.

Unknown said...

Terlupa nak habaq, cadangan diataih tu kat pengulu2 pengawa2 tu semua. Kat natang2 yang kena lucut datol depa tu kita sula saja pasai kesalahan cukup berat. Tapi kali ni kita buat siaran langsung dan orang ramai boleh sms sapa kena dulu. Panggil ac mizal jadi pengacara. Jangan sula sampai mati pasai lepaih tu kita nak bagi depa usung beg turun pentas sula tu?

Satu lagi kita tukaq saja jantina depa. Hang doktor, hang buleh buat kot? Mesti Datuk2 lain mau punya pasai baru tukaq so masih dara lagi.

Anonymous said...

salam doc,
baru plan nak panggil pakcik derih je..
tapi, dah bagi gelaran natang seri tuh.. baguih jugak..
nampak gayanya chairman kawan doc tu, kena buldozer kot..sbb best fren tak jadi mb doh..

anak terengganu..

Anonymous said...

salam doc,
ini kira Allah Taala nak bagi mudah kerja kita. kita patut kata kat depa kita amat bersyukur mereka nak letak jawatan dengan seikhlasnya.
siapa lagi nak letak jawatan???
Pak Lah, you do want??? may be these mangkuk should talk to pak lah.

ummisara said...

Salam,

Doc, memang patut pun Al-Sultan lucutkan gelaran depa. Org macam tuh tak patut lah di panggil dato' lagi...depa tuh semua apple lickers... depa bukannya pentingkan kebajikan dan kesejahteraan serta menghormati sultan...

Al-Sultan telah membuat tidnakan yang tepat sekali lagi...

DAULAT TUANKU!

Yang pasal mengkuk hayun-mangkuk hayun kat perak tuh pulak, memang soheh dan nyata...depa memang khoje untuk BN jer...bukannya untuk ra'ayat.

Kalau benor khoje untuk ra'ayat, bukan begitu caghenye yeop oiiiii! kononnya nak tunjukkan sokongan oleh akar umbi kepada pemimpin BN lah tuh yer....mamun agaknyer

Moh teman nak kaborkan nih...dengor betoi-2 yer yeop! Nak berambuih??? ahhhhh sileeeee lah... idok nyer oghang kampong sedihhh pun...suke lagi ader

cakapaje said...

Salam Doc,

Den sokong! Biaq depa beramai pi buek tanoh mereka sendiri. Waktu sebelum PRU12 kelmarin, ado penyokong depa suruh penyokong BA berambuih kek nogara lain...la ni biaq depa lak yang pi.

Er, Doc, kek Durian Tunggal tu ado ko jawatan penghulu kosong? Den jadi PA penghulu pun ok lah :)

Anonymous said...

hikhik! Terbahak-bahak ambo suko sorang, dr tokasid panggil derih jusoh natang seri. molek benarlah tu!

tokasid said...

Che'gu:

1- Khatan beramai-ramai to all mangkuks hayuns kita buat kat Putrajaya di depan Tasik Putrajaya. Sebelum di 'jawikan' depa semua akan mandi dalam tasik supaya sejuk dan 'anu' kecut.
Kita akan suruh Natang Seri Samy Billu supply batang pisang banyak2.
Aku nak buat masuk jawi cara tok mudim dulu-dulu yang tak pakai bius.
Para mudim bukan aku panggil doktor2 tapi pelatih pembantu Perubatan yang baru masuk kursus seminggu(dari seremban).

Sebelum masuk jawi akan di adakan perarakan beramai-ramai di iringi paluan tin biskut mary yang kosong.Tin susu dan milo juga boleh.

2- bagi Natang-natang acara sula akan di dahului dgn tayangan wayang gambar Semerah Padi tetapi cuma adegan watak Normadiah kena sula dgn buluh. Adegan itu akan di ulang tayang selama 2 jam kepada natang-natang agar mereka mendapat feel bagaimana bila di sula nanti.
Memandangkan buluh sudah berkurangan, kayu sula akan di bawak dari pokok2 balak sabah,sarawak dan Pahang.
Sesiapa yang berminat utk menjadi penyula di harap dapat mendaftarkan diri di : katataknak.blogspot.com atau di blog saudara Kerp.

sekian di maklumkan.

tokasid said...

Salang anak tganu:

Mung nak panggil pokcik ke Derih?
Dok sesuai weh!Pokcik tu pung kira doh hormat. mana boleh hormat ke dia bile die dok hormat Sultang.

Tapi bile puok-puok samseng die suke gune Natang ambe rase amat sesuai gelarang natang tu yang puok-puok die gunekang. Kirenye di tganu die kepale natang lah.

Kawang ambe dok tahu ape nasib die di Tganu. Rasenye masih ada jawatang sebab die kerje jaga ladang2 di Teganu.Asalkang Bee Eng yang mentoh die kekal lah di teganu. Kawang ambe ni keje memang tip-top.Pengalamang dalang perladangang amat luas. Pernah kije di Kelantang,Srawok,Saboh,pahang dang sekarang Teganu doh 4 tahung ambe rase.

Selepah keputusang pilihanraye die pung dok ngontek ambe lagi doh. Sms pung dok komeng di blog pung dok juge. Ambe harap kawang ambe sehat sejahtere hendaok nye.

tokasid said...

E:

Cek rasa depa nak letak jawatan sebab nak ganggu-gugat Kerajaan Perak.Kira macam nak ugutlah. Tapi sebenaqnya ia memang satu tindakan yang bagus dan boleh di kira bertanggungjwab. Sebab kalau depa masih jadi ketua kampung mungkin depa akan sabotaj program2 Perak.

Mungkin depa nak gertak saja kot. Cel dok rasa puak2 mangkuk ni bila dah pikiaq dgn waras yg depa akan kehilangan RM600/= mungkin akan ubah pendirian depa.

tapi kalau betoi2 dgn quit cek rasa nak cari dereyan Bukit Gantang dan Batu Kurau nak jamu orang kampung di Kemuntin.

PakLah ni mana dia berani nak letak jawatan.Dia buleh buat tak tau saja desakan rakyat. Meyngong ka apa dia ni?

tokasid said...

Edelweiss:

Teman rase kalu deme beronti jadi tok ketue di Peghok orang kampung mungkin buat kompang dan semeleh krobau sebab nak rai'kan deme mangkuk2 berhayun tuh.

teman pulak rase nak borong deroyan Bukit Gantang ngan Batu Kughau jamu orang kampung di Kemuntin .Kalau kome nak mabuk deroyan, meh le join same.

tokasid said...

Shah:

About halau dari tanahair, teringat aku sewaktu peak of Reformasi dulu( I think I told you and Kerp)ada timbalan menteri suruh aku migrate saja ke negara lain sebab aku hentam DrM and UMNO masa tu. After 10 years he is still a timbalam menteri.

I think kalau Derih ada harga diri, he should berambus dari trengganu on his own accord. buat apa dok Ganu lagi kalau al-Sultan dah murka dengan segala penyelewengan yang di lakukan.

Natang Din Adam ni aku tak tahu nak kata apa. Dia dan al-Sultan sama2 sekolah Sultan Sulaiman dulu dan memang berkawan baik. Sampai hati dia derhaka pada Sultan yang jugak kawan baik dia? Manusia apa macam ni? Jadi memang kena panggil natang saja bagi penderhaka2 ni.

tokasid said...

Mudin001:

Terbahak-bahak takpa yang tersedak-sedak umpama orang sedang makan sagon nak gelak serentak.Tu akan tersedak-sedak.

Mengambil dari cadangan che'gu KTN utk di masuk jawikan ketua2 kampung kalu hang sudi aku lantik hang jadi Chief Mudim. Amacam? Boleh?

Bergen said...

Doc, ramai manusia dari kem dacing buat keputusan yang pada pertimbangan mereka:

1. akan mengoncangkan institusi pentadbiran kerajaan baru
2. akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di bawah qariah mereka
3. dan ini sekali gus akan membuatkan rakyat bersuara untuk kembalikan kerajaan lama yang dah expired.

Dari kejadian-kejadian kebelakangan ini, tindakan-tindakan macam ni akan makan diri. Macamlah si Rosol di Trengganu. Silap banyak.

Now kat Perak. Tak sehaluan konon dengan kerajaan baru. Sekarang sistem perlantikan akan dibuat secara undian. Ingat hati nak gertak, sekali yang kena gertak bawak bulldozer terus. he he.

tokasid said...

Bergen:

This ketua kampung are actually the little Napoleans in many places.

Dan mereka masih tidak dapat memahami hints yang rakyat telah berikan kepada mereka dan boss2 mereka.

Biarlah mereka nak gempaq atau acah atau apa saja.

I really hope in states governed by Barisan Rakyat the ketua kampungs will be elected by the locals and will give a better service.

harap-harap orang2 PAS,PKR dan DAp tidak akan berbuat perangai gedebe sepertimana ketua2 kampung dan JKKK dacing telah buat selama ini.

And ahli2 BR better not membalas dendam towards BN ppl. If they can do that they will always have my respect.

Yes, bulldozer is the key word.

Anonymous said...

askum dr.zulhisham,..mulanya rasa tak mau respon,tapi sebab anak terengganu tu ade sentoh...jadi kenalah jawab....I alwys will visit yourr blog..amboi sedap benor dengar kau orang mengata-ngata..well jgn berlebih sudahla..sampai kata org binatang...dll. jgn bala Allah terpalit kediri sendiri sudahlah..tapi for me umno tak salah ...yg salah ialah org yg pegang jawatan dlm umno. they shud be punish not umno. kalau ada org melayu yg dah lupa mcm hampa nii tak tau lah lagi mcm mana nak buat....agaknya kalau br fail to deliver mcm mana agaknya kesudahan nanti...well doc ,u can comment tapi jgn mengata org sudahlah..well I already remind u......rasanya minggu depan I nak submit jadi ahli umno...tq & asskum to you and yor friend...bye..

Mior Azhar said...

Salam Doc,
oooh memang ramai ropanya mangkuk hayun kat Perak ni, terutama celah-celah kampung Melayu. Betul2 tak reti bahasa punya kaum. Dah kalah tak reti2 nak terima kentyataan. Nak kata bodoh, memang bodoh pun kot. sampai ke sudah nak nyokong UMNO jadah tu.
Tapi bila dipikirkan balik, perangai macamni pun datang dari atas sekali ye tak... just saw the news, PM yang kuat tidor tu buat announcement pasai MB Terengganu as if tak dak apa2 krisis whatsoever pun. Sheesh, these people, aku give up lah.
Apparently, my sister in law jenuh kena perli oleh puak2 UMNO kat sekolah dia... reasson being sebab ada relation ngan MB. As if we are so hard up ... depa perangai mcm tu ingat kita semua mcm tu jugak.

tokasid said...

Wa'alaikumussalam Omaq:

1- Pertama- kita kena kata pada orang atau kumpulan yg menderhaka pada raja. Aku bukan nak kata aku sokong Kit Siang.tapi masa Kit Siang suruh wakil DAP boikot majlis angkat sumpah MB perak, utusan malaysia melalui wartawan Herman Majid kutip ulasan pemimpin2 UMNo.Semua kata kit Siang derhaka etc. Tapi bila wakil rakyat UMNO derhaka dan kuranh ajaq kat Sultan apa tindakan media? Ada suratkhabar minta komen dari pemimpin UMNO macam depa buat kat Kit Siang? tak dak langsung.

Kedua: sapa yang buat sepanduk Natang masa org UMNO berkumpul di rumah rasmi MB? Orang PAS ka yg buat? Dan TV3 dengan sengaja tunjuk ke dalam Buletin Utama supaya seluruh Malaysia tgk sepanduk tu. Pada siapa perkataan Natang tu di tujukan? Takkan pada derih kot?
Ada derih atau 22 wakil rakyat tu kata minta maaf ttg sepanduk tu? tak dak.
Ada polis ambil tindakan?Tu aku tak tahu.

Perangai depa yg sebenaqnya macam binatang.
Awat yg depa kalut sangat kalau Ahmad Said Sultan ambil jadi MB? Dia pun YB UMNO bukannya Sultan lantik org PAS.Depa patut tahu utk perintah negeri depa kena ada hubungan baik dgn istana.

sebut pasai gelaq binatang ni, apa pemimpin UMNo takdak kata org lain binatang? khairy Jamaluddin terang2 panggil org lain beruk di perhimpunan agung UMNO. ZAM dalam statement dia tahun 2007 pun kata org lain momyet.

ALLAH juga umpamakan manusia yg mempunyai perangai tertentu sebagai anjing dan binatang ternakan.

Aku ingat dulu al-Maunah di bicarakan atas tuduhan menderhaka kpd DYMM Agung dan di hukum mati.

Kali ni Derih, 22 YB,Pak Lah,Najib dan Ali Rustam lakukan perkara yg sama dalam intipati perbuatan depa.Ada polis pi cekup depa? Ada KPN komen apa2? Tak dak. Double standard. Kalau BN/UMNO buat semua tak pa.

UMNO adalah pemimpinnya. Kalau pemimpin buat salah UMNO salah kerana depa mewakili UMNO. Depa di pilih oleh ahli2 UMNO.

Kami bukan jenis orang Melayu yg lupa akan kemelayuan kami. Far from it. Sebab kami Melayu kami tegur perkara2 macam ni. Kami dah muak dgn perangai pemimpin Melayu dalam UMNo yang gila kuasa, salahguna kuasa san amalkan politik wang. Yang sering ugut rakyat kalau tak undi depa.

Kalau nak kira balasan ALLAh kita semua akan ALLAh adili dgn apa yg kita buat. Pemimpin UMNO pun akan ALLAh adili Jika semasa menjadi pemimpin depa ada salahguna kuasa,tidak amanah.pecah a,anah atau zalimi rakyat depa pun akan terima akibat yg setimpal.
Kalau kerajaan BR buat perkara yg sama kami akan hentam jugak. Sama ada depa berjaya atau tidak that is yet to be seen. Tapi selagi depa tak zalimi rakyat, mereka tak salah guna kuasa,depa tak pecah amanah aku akan sokong depa macamana aku dulu-dulu sokong UMNO.

Dalam kes Trengganu, cuba rasa bagaimana perasaan Sultan bila rakyat derhaka kat dia? Din Adam dulu kawan sekolah Sultan Mizan di SSS sanggup buat macam ni pada Sultan dan kawan lama dia. Orang apa macam ni?

Berita terkini UMNo sahkan perlantikan Ahmad Said sebagai MB. hari tu heboh nak lucut keahlian dia.Ni akui pulak perlantikan dia. Apa yg 22 YB tu nak kata la ni? Nak pi kipas Ahmad said pulak? nak kata kami tak salah? nak kata kami cuma ikut cakap derih?Baguslah kalau hang nak join UMNO. Mungkin hang boleh ubah mentaliti pemipin UMNo yg ada sekarang ni. Mungkin hang boleh ubah perangai depa.Boleh suruh depa jangan kurang ajaq dgn Sultan depa.

derih dah jatuh di Trengganu walaupun dia tak redha.

Minggu lalu 22 YB Trengganu kata nak letak jawatan jawatan kalau Ahmad Said jadi MB. Depa berani ka nak letak jawatan? Aku berani kata depa semua pengecut dan tak akan letak jawatan.Tapi rakyat Trengganu dan Malaysia dah tahu perangai kurang ajaq depa.

Kalau UMNo nak balik sokongan rakyat, depa kena lah ubah. pemimpin UMNo kena lah ubah perangai gedebe masing2. Jangan lagi nak tunjuk samseng pada rakyat.Rakyat dah tak takut lagi. Tapi aku tahu ramai jugak yg taku terutamanya ahli2 UMNO.

Salam.

tokasid said...

Pak Mior:

Pak Lah di mamai ka apa? Yang seminggu ni dia dok berkeras dgn Sultan, tau2 malam ni macam tarak pa pa. Muka tak malu.

I have mixed with many UMNO ppl. Dari yang jadi timbalam Menteri, seriausaha Kementerian YB parlimen dan YB negeri. Daro yg pemimpin Bahagian sehingga yg dok bodo ngikut pungkoq pemimpin. Mentaliti depa sama. Org lain lekeh dari depa. depa saja yg baguih. And depa ni sour grapes!Bukan depa nak bagi peluang kat orang tapi dari awal2 dah nak buat kecoh2 supaya org tak boleh buat kerja.

Teman dah pernah terkena dgn puak2 macam ni. Dah rasa bagaimana depa balas dendam bila you are praticising your democratic rights.

Anonymous said...

Doc,

Sangat setuju. They are freaking annoying!

Memang sungguh bias dan double standard. Saya tidak akan membenarkan siapa sahaja yang salah walau datang dari mereka yang kita sokong.

Sayangnya prinsip keadilan dan takutkan Allah sudah hilang dari jiwa-jiwa mereka.

Geram dan sedih sangat tengok media dan kerajaan yang sangat jelas bias. Semasa Lim Kit Siang kemain depa kata kat dia. Sekurang2nya dia bukan Melayu, terus minta maaf dan tidak memanjangkannya.

Umno?

Mereka kata kita melupakan Melayu, lupakan Melayu. pengkhinat bangsa. Namun Allah menjadi saksi siapa sebenarnya pengkhinat. Semoga mereka insaf sebelum nyawa di ambil Tuhan. Benarlah kuasa dan harta fitnah besar bagi manusia. Sebab itu ulama' dan sahabat Nabi saw kuasa is the last thing that they want. Selalu menangis mengenangkan amanah dan harta rakyat yang menjadi amanah. Risau termakan harta rakyat. Dan andai disebut neraka mereka merasa merekalah ahlinya, sebab sangat terasa berdosa dan amanah besar.

Umno tak salah?

Aduhai drama apakah ini? Umno didirikan dari dasar nasionalisma. Walau jasanya di awal sejarah tidak dapat dinafikan namun bukan semuanya jasa Umno. Tok Janggut, Tok Berahman, AbdulRahman Limbong? Burhanuddin Helmy? Semua ni yang berjasa sebenarnya. Dato' Hussien Onn juga dipinggir Umno bile beliau mengatakan kebenararan.

UMNO tertubuh atas anggota yang korup. Misi nationalisma yang pekat membutakan prinsip asas Islam. Semuanya tamakkan kuasa. Kalau ada segelintir yang masih baik 2%, namun dasar yang pekat yang tidak bawa Rahmat kepada semua, dasar yang sudah dimanipulasi, segala kekotoran dan penyelewengan berapa peratuskan kebaikkan yang masih ada. Kalau diukur dari Qawaed Syara' dua peratus dan 98% itu lansung tidak ada ulama' yang membenarkan memilihnya!

@ Omar: Nilailah dengan ilmu dan iman. Dalam kitab hadith Riyadhusolihin, Imam Muslim memberitahu harus mengata tentang kezaliman dan kefasiqn mereka yang jelas zalimnya.

Allahu'alam.