Monday, March 3, 2008

Funduscopy PRU 12: Campaign tidbits










Dalam seminggu apa yang aku lihat dan yang sahabat2 yang aku percayai beritahu:

1- Minggu lalu(Khamis 28 Feb 2008) di JAPERUN Durian Tunggal di adakan acara penyampaian bantuan kepada rakyat miskin. Kali terakhir acara ini ialah pada PRU ke 11 tahun 2004. Kalau bukan rasuah undi tak tahu lah apa nak kata. Kalau beri bantuan mengapa ketika waktu kempen pilihanraya sahaja? Adakah sekampit beras cukup untuk 4 tahun bagi satu keluarga?

2-Sekumpulan kanak-kanak sekolah berbasikal di upah untuk mengedar flyers berbau perkauman yang kononnya di buat oleh parti-parti pembangkang di Melaka. Flyers ini di buboh lambang PAS,PKR dan DAP dan di edarkan di DUN Asahan(yg bertanding PAS-BN/MIC).Flyers-flyers ini di masukkan ke peti surat atau di letakkan di pagar-pagar rumah di Felda Bukit Senggeh Melaka.Aku sedang berusaha untuk mendapatkan salinan flyers supaya dapat di scan dan di masukkan ke blog.

3-Pagi semalam sengaja aku memandu di DUN Ayer Molek dan DUN Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil. Di Kg Pengkalan Minyak Ayer Molek, sekumpulam mat rempit sedang bersiap-siap memasang bendera BN di motorsikal masing-masing.Pada petangnya mereka membuat rondaan sambil membuntikan hon berterusan di Kg Bukit Katil.

4-Semalam Ahad 2 mac 2008,di adakan perkampungan Hadhari di perkarangan Masjid Bukit Katil. banyak bas-bas sekolah yang membawa pelajar2 pasukan beruniform dari Melaka,Alor Gajah dan Masjid Tanah. Kawasan itu penuh dgn bendera BN dan PAS( kerana dekat dgn Markas PAS). Banyak kereta-kereta berjenama mewah yang di tampal Kami Sayang Pak Lah ada di situ(kesemuanya berplate Wilayah Persekutuan) dan semua pulang selepas jam 2.oo ptg.Ketika masuk waktu solat Zohur, ada yang naik ke masjid untuk solat tapi ramai jugak yang buat tak kisah saja. Rugilah kerana tak ambil fadhilat berjemaah di masjid.

5- Dapat maklumat semalam bahawa Pemuda dan Putera Ameno mengupah golongan Mat rempit untuk memasang bendera PAS dan PKR di motorsikal masing-masing dan membuat rondaan bising di sekitar bandar Melaka dan Ayer Keroh.Di khabarkan 'kekecohan' ini akan di rakam oleh wakil-wakil TV dan di siarkan. Pada malam jam 11.30 malam sekumpulan motorsikal lalu di depan rumah dgn berbuat bising.Aku keluar untuk melihat tapi sebab keadaan gelap tak perasan apa bendera yang mereka bawa.

6- Mingguan Malaysia semalam Ahad 2 Mac '08 melapurkan para imam di kelantan akan di beri elaun bilanan sebanyak RM1,000 jika BN kembali memerintah. Adakah ini termasuk umpan pilihanraya? mengapa imam-imam di negeri lain tak di offer sebegitu?




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

11 comments:

Kerp (Ph.D) said...

and yet they used dacing to symbolise their fairness in governing the nation.

tactic diorang kotor sekotor-kotornya they'd stoop to the lowest just to get that extra votes.

segala yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith oleh Tok guru diputar belitkan manakala ajaran hadhari diagungi. aku nak tau sangat, apa dia islam hadhari ni? kenapa sampai sekarang ramai yang tak faham?

tapi media arus perdana cuma tau nak kipas je. betul atau tak belakang kira, kipas tu penting.

Unknown said...

Sudah dasr jalang, tetap jalang la. Kalau tuan dia suruh tunggin dia tunggin. Apa cara pun halal.

Mat Salo said...

Bro doktasid,

Semua yang jelek hal partai golkar malingsia nih semua akan terpapar di waktu kempen ini Pak. Mudah-mudahan warga daerah Bpk udah sedar... Insyalla Pak.

Tidak ada kah artis artis yang turun ke lapangan Bpk sana? Macam artis istri muda Datuk Kay yang ke Rembau...

tokasid said...

Kerp:

A small little girl came in just now with her parents. She is 5 years old.

She told her mum Dacing tu patut di sebut Dak Ching(in Melaka you call someone younger as Dak...for budak kot).Ad this sweet little girl said: Kalau yang Bulan tu kita buat pangkah mama. Yang Dak Ching tu tak boleh pangkah tapi buat rait...Yang Dak Ching tu gelap tak cantik yang bulan tu ijau putih baru cantik macam tengok kat daun pokok.

So if a 5 years old tadika girl boleh tahu bezakan takkan kita yang dah dewasa dan nak mampus tu paham-paham lagi kan?

last night spoke with a friend who came from Kedah,He said the media bombardment and the hype about BN in newspapers and TVs on the ground it is actually different. he said do not be worried with what the media reports. As of yesterday things look good in south kedah but he said they are worried that they had got news that BN will do the Pasir Mas tactic. # days before polling day...the give everything from hard cash etc. So watch out for Tomorrow and Thursday for their last assault.

tokasid said...

Che'gu:

for between RM50-200 these mat rempits will do anything. If you throw in a bohsia whore to the deal the whole group will do anything for free.

Last night around 2 am as I was coming back from the hospital( a friend was admitted)2 mat rempits were doing the superman stance near my place.One had his lights off but as I was behind them I could see clearly. Then there came an on coming car and luckily this rempit man manage to avoid. kalu tak memang gol macam free kick Ronaldo buat.

tokasid said...

Pak MS:

Amat malang sekali pak, warga Bukit katil masih buta pak dan jugak tuli. Tapi saya ngak heran pak. calon DUN nya orang Bukit katil sendiri pak. Siapa lagi kalo bukan Ali Rustam. Calun Parlimen jugak orang hampir dgn Bukit katil pak. Orang kepercayaan Ali Rustam.Md Sirat. Yg dulu nya sebagai mayor dan enggalnya sebagai mayor hampir mengeringkan kantung city hall.

Jadi atas dasar anak kampung sebagai calun, warga Bukit katil sukar di tembusi pak.tapi kami yakin kami bakal beri persaingan hebat seperti 2004 pak.

Artis ngak kelihatan lagi pak.Mungkin sebab di Melaka ramai yang bisa berdondang sayang pak jadi ngak perlu Mawi atau Siti.
kalau saya di beri pilihan pak saya jemputin Pak Yusuf Islam aka Cat Stevens sama Sami Yusuf pak.Dan utk bro Kerp saya jemputin Ungu dari Jogja.

Kerp (Ph.D) said...

may that sweet little girl grow up to be the next dr Lo'Lo'.

as i said in cikgu's, MSM's biasness is so obvious diorang bikin orang meluat je.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Di tempat kami Mat-Mat Rempit mewah masa kempen ini. Diupah mengarak bendera Dacing keliling taman perumahan. Macam samseng. Tak mengira Magrib ke apa...

Pakai Balai Raya lagi utnuk bilik gerakan.

Sudah dasar parti samseng!

Anonymous said...

Salam bro...

Heard about no.8 tu and also ask the same question. Yelah, umpan ler tu...but I received news from someone, it is because BeEnd knows they can't win in Kelantan...in GuaMusang takde poster KuLi pun kata my fren ni...so today's news in the paper is just a sweet candy to my teeth!

Anonymous said...

Eh bukan no.8, no 6..ni bab dah bengang...samapi 6 pun nampak 8...

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
The general election is the time of giving, like Christmas where people get presents and freebies.
I'm hoping this not wishful thinking on my part but whoever wins, be it BN or Opposition candidate, my wish is they walk the talk and fulfill whatever promises they had made.