Saturday, March 8, 2008

PRU 12,Malaysia.



8 March 2008.

PRU ke-12, Malaysia.


(Update pada 12 March 2008) ~ selepas modem sudah sihat!

9 March 2008: satu perubahan besar berlaku dalam senario politik tanahair.
BN masih kekal sebagai kerajaan pusat tetapi mengalami kehilangan banyak kerusi Parlimen.
Malah ramai heavyweights BN yang tersungkur.

Nama-nama yang dulu besar(dan diperbesarkan oleh media dan para penyokong setia mereka) kalah teruk.Antara yang tersungkur teruk adalah barisan Gerakan di Pulau Pinang yang di ketuai oleh Dr. Koh Tsu Koon. Samy Vellu sebagai Presiden MIC serta Timbalam Presiden MIC, Setiausaha MIC ,ketua Wanita dan Ketua Pemuda MIC turut jatuh.

Gambaran yang di tunjukkan ialah orang India sudah reject MIC kali ini.Atau reject Samy Vellu!
MCA dan UMNO juga mengalami banyak casualty kepada pembesar-pembesar mereka. MCA hanya mampu mempertahankan 15 Parlimen dari 40 yang mereka tandingi.

UMNO juga mengalami kekalahan terutama di Kedah,Perak dan Selangor.

Yang paling mengejutkan ialah, selain Kelantan yang kekal di tangan PAS, Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan pembangkang. Kedah di perintah oleh PAS manakala Pulau Pinang di perintah oleh DAP. Perak dan Selangor akan mempunyai kerajaan campuran DAP-PKR-PAS.

Kerusi-kerusi di Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga banyak di menangi oleh DAP-PKR-PAS. BN hanya mampu bertahan di Setiawangsa sahaja.

PRU 12 ini menunjukkan rakyat benar-benar berani mengubah kerajaan. Rakyat menghantar mesej bahawa rakyat jangan lagi di perkotak-katek oleh parti pemerintah BN.Rakyat menolak kebobrokkan pemimpin yang melakukan atau membiarkan rasuah, membiarkan kepincangan sistem kehakiman, mempergunakan pelbagai jentera kerajaan untuk kerja-kerja dan kempen parti BN serta kegagalan BN mengawal kos hidup yang semakin meningkat.

Tahniah buat yang menang.Kepada yang kalah dan kehilangan kuasa, bersabarlah. Muhasabbah lah diri dan parti.Perbaiki kelemahan dan buangkan sifat-sifat sombong dan menunjuk-nunjuk oleh YB-YB dahulu.

Hormatilah pilihan rakyat dan jangan di zalimi dengan membalas dendam sebagai mana yang sering di lakukan dahulu.

Malaysia telah berubah.

15 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Dahpun selamat mengundi. Malam ini kita tunggu keputusannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.Zulhisham, ...Tahniah kerana pembangkang dapat denied 2/3 majority for BN....
Alhamdullillah,Terengganu masih diperentah BN walaupun ramai yang marah. Kawasan rumah i , diBukit Tunggal dimenangai oleh PAS, it is ok with me...cuma sedih sikit Chairman i kalah kat DUN Ladang dengan 31 undi..I know him personally...& macam i cakap kalau rakyat buat keputusan, pakai dakwat or tidak ke, stamping ke, boat terbalik ke itu tak berapa menjadi issue sangat..betui tak?

Cuma yang sedih ialah Selangor dan P/Pinang...akan diperintan/terajui oleh orang yang betul2 tak mahukan negara Islam...Mcm mana...mungkin u dan kawan2 you akan merasa bangga..what ever u & your friends said, i still will put some blames to you all...sorry for that..(Jangan jadi kat Malaysia sudahlah..menang bersorak kampung tergadai).Tapi bagi Kedah,kelantan tu tak berapa lah rasa sangat, tapi i will monitor kedah for next 5 years.

...For sure kat Terengganu in 2012/13 will be very tough...

Anyway Sham, life have to go on and sorry kalau terkasar bahasa, ampun dipinta....jumpa you lagi
Assalamualaikum & TQ

Anonymous said...

SALAM DOC,
MANA UPDATE BARU NI..MESTI SEDIH NGAN MALACCA STATE..I PUN FRUST GAK SBB TGANU..ANYWAY..GE 13, KENA KERJA LEBIH KUAT LAGI..

ANAK TERENGGANU

ummisara said...

salam doc.

Alhamdulillah kelantan masih intact cuma agak kecewa sbb Terengganu masih milik BN. Mengapa boleh jadik mcm ini?

Syukur kerana Kedah juga milik PAS.
Walau bagaimanapun i rasa ada sidikit kebimbangan dengan Selangor & Penang (mcm yang ur friend, anonymous cakap)

Takut jika berlakunya pertelingkahan antara kaum.

KAMATO said...

Kuasa ditangan rakyat ...... sekarang masa untuk mereka berkerja kuat

Unknown said...

Ada orang sedih sangat BN kalah dibeberapa negeri. BN jenih apa tu? BN yang bakaq fail sulit? Kenapa bakaq fail? Apa yang nak disorok? Kalau ini Melayu BN baik tak pertahankan pun takapa.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Now that it is over, elected MPs and state assemblymen, irrespective of parties, have to fulfill their promises.
Don't wait for the next election to make an appearance.

tokasid said...

Salam buat semua:

Maaf kerana baru hari ini dapat membaca dan menjawab komen saudara -saudari semua.

menjelang PRU modem saya kena selsema dan semput.baru hari ni sembuh.

Wak Pinter: Alhamdulillah kita telah melakukan kewajiban sebagai rakyat malaysia iaitu memilih kerajaan untuk tempoh 4-5 tahun yang akan datang.

tokasid said...

Salam Omaq;

Tahniah pada yg berjaya dan takziah pada yang kecundang. rakyat telah membuat pilihan mereka setelah mereka fikir sebaik mungkin.
Ada yang memang mengundi pembangkang sebab mereka ahli pembangkang. Ada yang atas pagar mereka mengundi mengikut apa yang telah mereka fikirkan sendiri(dan di bantu oleh kempen2 kedua-dua pihak). Ada yang mengundi pembangkang kerana protes terhadap BN.Golongan ini merupakan ahli parti2 Bn yang merasa tidak puas hati atas beberapa perkara.

Kita hormati keputusan rakyat walaupun menusuk hati kita.
setiap pihak sekarang mesti mula bekerja dan mengurus kerajaan masing2 semampu yang mereka boleh lakukan.Jika boleh apa yg di janjikan dapat mereka laksanakan selagi dalam sempadan perlembagaan negara.

Jika dalam 4-5 tahun ini mereka dapat melakukan tanggungjawab dgn baik rakyat akan memilih mereka semula.Jika tidak rakyat akan terus menukar kerajaan.

harapan aku ialah agar mana-mana pihak tidak akan menzalimi rakyat.harap mereka tidak berdendam kepada rakyat. Harap tiada lagi sekatan 'ekonomi' kepada mana-mana kawasan atau negeri. Harap semua YB tidak kira dari parti mana di beri peruntukan sama rata mengikut kawasan masing2.

Jangan kerana perbezaan politik rakyat terus menjadi mangsa.

Jika kedua-dua pihak menzalimi rakyat kerana dendam kesumat politik, maka satu hari akan timbul revolusi.

tokasid said...

Anak Trengganu:

Hari tu tak dapat update sebab modem kat pejabat tak sehat.

InsyaALLAh lepas ni okay kot.

About Trengganu, bagi saya ada peningkatan.kerusi DUN dapat 8 kan? Alhamdulillah. parlimen dapat 1. Melaka ni kami asyik mengeram saja telur tapi tak menetas.tapi suka sebab di N9 dah menetas satu dan Johor menetas 2 kerusi.Pahang 1.

Maka Melaka samalah dgn Sabah dan sarawak. sama apa ye? Sama apa-apa lah...LOL!

tokasid said...

Edelweiss:

Alhamdulillah kelantan. Trengganu kita kena usahakan lagi. kalau ALLAH izinkan dan kena cara kerja InsyaALLAH boleh tawan.

Perak dan Selangor sasya rasa tak perlu bimbang. Kita tengoklah macamana kerajaan campuran DAP-PKR-PAS akan bekerjasama. kalau kena cara mungkin akan lebih baik dari Khir Toyo dan Tajul Rosli.

tokasid said...

Wak Kamato;

Benar tu syeh! Sekarang both sides should slowdown on politiking and start serving the rakyat.

Mereka kena ingat rakyat sudah tidak gentar lagi untuk menukar kekuatan kerajaan.

tokasid said...

Che'gu;

Kejadian curi fail,bakar fail jika benar berlaku adalah kerana hendak melarikan atau musnahkan bukti. Bukti apa ya?
kalau fikir2 banyak lah kot yang nak kena musnahkan.

Wallahu'alam.

tokasid said...

Fauziah:

Couldn't agree more with that.They better start serving the rakyat.

Hopefully in Penang,Kedah,Perak and Selangor the corruption rate will drastically drop.And those who takes bribe must be dealt with severely.