Saturday, March 8, 2008

Funduscopy PRU 12: Pilih lah dengan betul berdasar amanah dan keupayaan.



(Artikel ini adalah dari tulisan dan pandangan UZAR. Aku dapati hujah yang di berikan berserta dalil-dalil amat baik sebagai panduan.Secara ringkas:-
1- Menjadi tanggungjawab kita semua untuk memilih pemimpin yang mempunyai amanah dan kebolehan.
2-pemilihan kita bukan sekadar bercirikan kebendaan/material atau aqal semata-mata tetapi mesti juga di cirikan dengan iman.
3-Peribadi calun bercirikan kefahaman agama beliau,pemikiran dan perjuangan.
4-Pilihlah calun yang boleh membawa kita ke arah kebaikan dan bukan kepada kemaksiatan. Dalam memilih kita memberi bai'ah.Jika kebaikan(kpd agama) yang pemimpin lakukan insyaALLAh ganjaran yang kita dapat adalah sebagaimana yang pemimpin lakukan. Jika kemaksiatan dan kezaliman yang pemimpin lakukan kita juga mempunyai saham dalam kemaksiatan dan kezaliman tersebut.
5- Jangan kita menang undi tetapi iman kita tergadai.
Jika ada masa ambillah peluang membaca artikel ini.Semoga kita memperolehi manafaat)


Isu Undi, PIlihanraya & Wakil Rakyat :

Pandangan Ringkas

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net


Pilihanraya adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan
rakyat bagi membolehkan seseorang calon dipilih mengetuai sesebuah
kawasan-kawasan tertentu atau organisasi-organisa si tertentu,
dengannya juga dipilih pimpinan sesebuah negara.

Adakah proses ini terdapat di zaman Nabi s.a.w ? Yang nyata, bentuk
yang ada hari ini sememangnya tiada terdapat di waktu pemerintahan
Baginda Rasululallah s.a.w.

Namun begitu, ini tidak semestinya menjadikannya sebagai haram, Islam
melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan
itu dibuat.

Ia berbeza dengan hal ehwal ibadat yang tidak perlu dikaji hikmah
tersirat bagi sesuatu pergerakan ibadah. Undi dan pilihanraya adalah
tergolong dalam bab muamalat ( urusan hubungan manusia dengan
manusia ) yang diberikan kelonggaran di dalam Islam yang mana
penentuan hukumnya adalah berdasarkan hikmah dan objektif yang ingin
dicapai.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau "Fiqh Awlawiyyat fi
Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah" pernah menegaskan kepentingan untuk
memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada
nas zohir semata-mata. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas
Zohir ).

Pilihanraya

Lalu dalam hal ini, maksud pilihanraya dan undi yang utama adalah
proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat, dipercayai dan
disenangi rakyat untuk diberi tugasan dan amanah pentadbiran kawasan
dan negara.

Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas membolehkannya kerana ia
hanyalah bentuk-bentuk dan alat bagi mencapai Maqasid as-Shariah,
iaitu Negara yang mempunyai pemimpin, bukankah mempunyai pemimpin itu
satu kewajiban.

Manifesto & Kempen

Rasulullah s.a.w semasa di permulaan dakwah juga melakukan kempen
bagi menerangkan kepada rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini
baginda dan seterusnya menganut Islam. Justeru proses kempen adalah
diterima dalam Islam selagi mana ia tidak berbohong melaluinya. Di
zaman ini, amat perlu bagi rakyat untuk meneliti manifesto dan bukan
hanya terpesona dengan rupa wajah calon bertanding serta kandungan
percakapannya semasa kempen.

Manifesto sepatutnya menjadi penentu utama samada kita diharuskan
untuk mengundi seseorang calon itu atau tidak. Ia ibarat perlembagaan
calon dan parti yang bertanding. Mungkin kita menemui manifesto yang
menawan hati namun selepas itu track record serta kemampuan peribadi
calon perlu diperhatikan pula.

Tidak wajar juga, untuk kita hanya menilai manifesto serta calon
berdasarkan penilaian aqal serta material semata. Kerana sesuatu yang
baik di sisi aqal dan mata kita kemungkinan sahaja tidak baik di sisi
Allah swt, demikian sebaliknya. Bukalah hati dan iman bagi berperanan
menentukan pilihan kita yang amat penting ini.

Memang benar, calon yang berkualiti perlu dititik beratkan, namun
dalam konteks Malaysia hari ini, kehebatan calon sahaja tidak cukup
untuknya berperanan, kerana ia akan terikat dengan manifesto
partinya. Kerana itu, manifesto serta dasar parti perlu dilihat
selain kemampuan calon.

Perlu diingat bahawa Islam meletakkan pertimbangan utama undian atau
kesaksian tidak boleh kerana selain dari Allah swt sebagaimana firman
Allah :

Ertinya : ...persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. ( At-Talaq : 2)

Selain itu, tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi sedangkan
ia berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan
penyaksian sebagaimana firman Allah terutamanya apabila diminta
untuk membantu proses keadilan dan kebaikan.

Ertinya : ...dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barang siapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Amat jelas serta terang lagi nyata, sikap Islam terhadap penyaksian
dalam hal hutang dan lain-lain isu yang berkaitan urusan muamalat
sesama manusia (yang meliputi undian dan pilihanraya) adalah HARUS
malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi
apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang membawa
manifesto yang menjurus ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Penentu peribadi bagi calon sudah tentulah agama, pemikiran dan perjuangan seseorang calon itu. Kita tidak mahu bertanggung jawab kelak di akhirat kerana menaikkan calon yang menyukai kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w menyebut :-

Ertinya : "Orang yang menunjukkan (membawakan) ke jalan kebaikan akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya"
Demikian juga hadis :-

Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dari pahala orang yang mengikutinya sedikit pun, barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang mengikutinya.

Undi kita termasuk dalam kategori hadis ini, jika kita mengundi calon
baik dan dasar baik, hasilnya mereka mampu melakukan yang baik, maka
kita turut mendapat keberkatan dan hasil pahalanya. Jika sebaliknya,
kita juga menanggung akibatnya di barzakh dan akhirat. Berhati-
hatilah saudara dan saudari, jangan sampai kita mendapat DIVIDEN DOSA
berterusan akibat tindakan kita sendiri, iaitu undi.

Saksi

Oleh kerana kita yang mengundi dianggap sedang menjadi saksi terhadap
calon atau parti calon dan manifesto calon. Justeru sebagai saksi
kita tidak boleh mengundi secara sembrono, kita WAJIB menjadi saksi
yang adil lagi amanah. Bagaimana caranya?

Jawapnya, kita wajib menilai apa yang terdapat disekeliling kita
mengikut neraca Islam pertamanya dan realiti keduanya. Cuba
perhatikan samada LIMA (5) asas utama yang perlu dijaga telah dijaga,
iaitu Agama, Nyawa, Maruah dan keturunan, Harta. Perhatikannya dari
sudut kehendak Allah swt, kerana itulah yang bakal ditanya di alam
barzakh dan akhirat kita. Bukan penilaian dari kacata mata yang sama
seperti George Bush.

Selepas penilaian, kita ibarat di mahkamah untuk 'testify against'
atau 'support'. Saya hanyamemberikan panduan umum, keputusan di
tangan anda.

Undi

Kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, adalah diterima oleh Islam
memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta
tiada nas qat'ie yang melarang.

Selagi lagi diingatkan kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi
ertinya :

"Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma'ani
(maqasid)". (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302).

Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat
kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman
Nabi ini.

Boleh dikatakan secara ringkas, bahawa Islam tiada masalah dalam
menerima kaedah baru ini apatah lagi ia tergolong dalam perkara
KESAKSIAN. Firman Allah :

Mafhum : "Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu"

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap pemerintah yang dipilihnya untuk kebaikan diri mereka di dunia dan akhirat.

Walaupun sistem undian wakil rakyat ini boleh diteruskan, namun bagi
memastikan ia menepati kehendak Islam ia perlu diletakkan beberapa
syarat dan panduan, agar ia bertepatan dengan Islam sepenuhnya.

Ahli Parlimen & konsep `Al-Hakimiah Lillah' sewajarnya hanya
bertindak seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah
Islam.

Dalam konteks zaman ini, ahli parlimen berkumpul di Dewan Rakyat bagi
mewakili rakyat dalam beberapa perkara:

i. Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

ii.Mengawasi undang-undang yang digubal.Kedua- dua perkara tersebut
adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan
Islam.

Sudah tentu gabenor-gabenor wilayah akan bertindak sebagai `ahli al
halli wal aqd' iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu
menggubal undang-undang baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara
qa'tie dan juga mengawasi undang-undang iaitu amar makruf nahi
mungkar.

Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, ahli parlimen
yang ada hari ini mungkin boleh bertindak menafikan `al-Hakimiyah
Lillah' iaitu menafikan kuasa perundangan utama dan asas iaitu hak
ALLAH. Sistem inilah yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang
mengharamkan penyertaan pilihanraya.

Bagaimanapun Al-Qaradhawi berijtihad menyatakan harus menyertainya
bahkan wajib jika dengannya boleh mengurangkan mudharat terhadap
Islam.. DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH. [Min Fiqh
Ad-dawlah Fil Islam, Al-Qaradawi)

Jangan Menang Undi, Iman Tergadai

Selamat menggunakan seluruh pancaindera kita, terutamanya hati, iman,
aqal dan minda dalam menentukan pilihan kita, pilihan kita juga
adalah untuk menentukan bentuk Negara di masa akan datang serta untuk
anak-anak kita yang tercinta.

Akhirnya, sekali lagi saya mengingatkan, jauhilah rasuah semasa
pilihanraya. Kita tidak mahu musim pilihanraya menjadi asbab
seseorang itu terhumban di dalam neraka dengan lebih lama. Disebabkan
setiap kali pilihanraya rasuah diberi dan diterima, fitnah menjadi
mainan, bomoh dirujuk bagi mendapatkan `kuasa luar biasa'.

Hasilnya setiap kali pilihanraya berapa ramai yang jatuh syirik,
menempah bilik neraka lebih lama dan menjauhkan diri dari Syurga.
janganlah jual iman dan nilai diri hanya dengan beberapa ratus
ringgit. Fikirkanlah. ...

Sekian

www.zaharuddin. net
18 Feb 2008

6 comments:

Anonymous said...

Sham,
Apa yang u publishkan ini memang betul. Tapi kita juga mempercai Qada dan Qadar....dimana hakikatnya, Kalau Pas menang kesemuanya masih tak boleh bentuk kerajaan.....Dan kalau masa menang nak joint dengan parti2 lain...maka apa yang u publishkan tak boleh dipakai lagi....contohnya kalau kita mengundi kat USA, macam mana kita nak apply ini semua pahal kita masih harus mengundi untuk memilih pemerentah....lagi satu kalau pas menang kat negeri-negeri, adakah pas berkemampuan untuk membela nasib rakyat dengan duit yang limited...dan kesudahannya rakyat akan merana. Jangan blame federal tak bagi fund dan banyakkan lagi dosa dengan menipu rakyat. Ini hakikat Qada dan Qadar, Jangan gunakan ayat yang Allah akan membantu kita kerana Allah suruh kita berusaha dan percaya akan Qada dan Qadar.....Kalau kita tahu dah macam tu akan jadi, dan kita tetap pilih, apa maknanya..Kita merosakan Islam namanya bukannya membantu dan apa akan jadi kalau tiada perkembangan ekonomi dan rakyat meningkat setiap tahun...

Kita kena terima hakikat kalau nak merdeka kita kena kongsi kuasa..itu fact dan kita tak boleh salah orang dulu2 buat keputusan...Kalau tak mungkin sampai sekarang kita tak merdeka...jangan sentoh perkara lama.

Dan lagi satu dalam kontek dunia, Malaysia bergantung pada dunia serupa juga dengan state bergantung kepada federal kat malaysia....Kalau USA dan Jepun stop import product Malaysia, apa akan jadi pada kita....Tak kan kita nak kata Allah akan tolong kita pada hal inilah Qada dan Qadar....Kita tak boleh try & error dalam perkara nii....

Jadi..buat masa nii kita tiada pilihan kecuali menyokong BN dan tak tau lah dalam masa kedepan i boleh sokong PAS kalau perkara2 ini sudah boleh dibereskan seperti IRAN yang self dependent......

Sorry Sham...sekian. Assalamualaikum & TQ ...omaq

Anonymous said...

Salaam Omaq,

You keep on saying Qada' dan Qadar. Sebelum Qada' dan Qadar adalah usaha dan tawakalillah. Kalau u takut nak undi pas kerana u rasa Qada' dan Qadar u akan sempit, maka u tidak faham erti tawakalillah.

Apa yang Sham cuba sampaikan ialah cara kita perlu berfikir sebelum bertindak, kerana kita akan ditanya oleh Allah SWT "why did you do as you did". Maka sekiranya u tidak yakin pada Allah yang MAHA MENENTUKAN REZEKI setiap makhluk, maka secara naturalnya u memang akan rasa threaten dengan pembaharuan.

Sebelum mengundi kita berusaha untuk memahami situasi luar dan dalam dan mengenal yang baik dengan yang buruk. Then kita mengundi kerana Allah, because we want Allah's blessings in whatever we do. Kita bukan mengundi kerana kita takut ekonomi kita akan sempit, or kalau pembangkang menang kita tidak membangun. Kita undi supaya Allah bless us all untuk menegakkan agamaNYA.

And then baru kita tawakalillah, iaitu berserah hanya padaNYA. Bukan berserah pada BN, atau PAS atau siapa-siapa lagi. HANYA pada ALLAH. Dan di situlah datangnya ketentuan ALLAH iaitu QADA' dan QADAR, dan kita mesti MENERIMA/REDHA dengan ketentuan ini serta berusaha untuk lebih memajukan diri sebagai HAMBANYA.

Omaq, please lah faham dulu sebelum nak komen. Takutlah dgn kesempitan di akhirat, lebih dari kesempitan dunia. Memang kita mesti usaha untuk sesuatu, but that doesn't mean you can put Allah's faith second to your faith in your usaha. Islam Hadhari memang mengejar pembangunan dunia supaya kita dipandang tinggi di mata dunia, tapi jgn sekali-kali kita sampai di puncak dunia itu dengan Allah tidak pandang pada kita sedikitpun.

Jgn kejarkan kemajuan dan pembangunan atas nama Islam, sedangkan nak mengundi pun you tidak boleh fikir untuk Allah.

Ummu Shakir

Anonymous said...

Assalamualaikum Ummul Shakir,

TQ for the comment and i will take it, tetapi .....kalau kat simpang traffic light..kita tahu kalau merah kalau kita lalu juga chances untuk accident is there dan kalau simpang yang sebok defenately there will be an accident.. Tapi kita lalu juga dan tawakkal....Kalau accident berlaku kita kata nasib atau dah ketentuan Illahi, kalau tak accident kita kata nasib dan ketentuan illahi.... Kalau orang suruh you pilih macam mana,you akan cross or stopped. Adakah u stop because undang2 jalanraya kata tak boleh cross bila merah ataupun takut accident berlaku......

..hamba yang masih belajar....
Assalamualaikum & TQ -omaq

Kerp (Ph.D) said...

aiseh, dalam betul topik perbincangan. menarik point2 yang diketengahkan. saya yang cetek pengetahuan agama ni seronok baca, macam2 point yg saya sendiri tak pernah terfikir.

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam.

Omaq,.. pilihanraya bukan gelanggang maut. Jgn beri perumpamaan yg tak sama langsung. Adakah salah di sisi undang-undang untuk memilih parti lain selain BN? You samakan dengan cross lampu merah? Itu melanggar undang-undang brother dan juga menempah maut... Dalam Islam, kita tak boleh langgar undang-undang dan kita juga tak boleh menempah maut tak pasal-pasal... Tak de kena mengena dengan tawakalillah. Kalau kita cross jugak langgar lampu merah, itu bodoh bangang namanya, bukan tawakalillah... heh heh heh...

Tapi untuk memilih kerajaan baru, why not? Itu pilihan masing-masing. Bukan suicide macam langgar lampu merah di trafik yang banyak. It's not the same thing.

Omaq, you have to relax and start to fikir lebih panjang. Memang sukar untuk mentafsirkan apa yang Allah susun untuk kita manusia, tapi if you start seeking Allah, then Allah will also start to shed some light unto you. Itu yg dipanggil "hidayah".

I pun bukannya ustadzah. Dosa masih byk. Amal pun tak tentu cukup. But first thing's first. Priority kan Allah dalam hidup kita,... insyaAllah... you will start seeing things A LOT differently...

Good luck brother.

Ummu Shakir

tokasid said...

Salam Omaq,Ummi Shakir dan Kerp:

Dalam Islam ciri-ciri pemimpin yang baik telah di senaraikan. Yang paling utama ialah al-Amanah dan Al-Quwwah(kemampuan/kemahiran melakukan tugas).

Jika kedua-dua calun mempunyai al-amanah maka kita lihat di sisi kemampuan/kemahiran sebagai pemimpin pula.

Al-Amanah itu amat luas skopnya. Itu yang kebanyakkan pemimpin kita yang ada sekarang lupa atau tidak tahu. Itu lah sebab berlakunya pemnyalahanguna kuasa,rasuah dan pilih kasih . malah dalam memberi keadilan pun ada unsur-unsur pilih kasih. Itu antara sifat tidak amanah yang sering berlaku.

Jika di sesuatu tempat calun2 bukan dari orang Islam, maka kita juga lihat amanah dan kemampuan mereka.Tidak semestinya yang tidak beriman itu tidak amanah. dan jika boleh mana yang sifat mereka lebih lunak kepada Islam.

bagi aku inilah ciri2 yang akan aku jadikan panduan memilih pemimpin .Aku tak kira dia Melayu atau bukan Melayu. kalau Melayu tapi tidak amanah apa guna nya?

Terpulanglah pada diri masing-masing apa yang mereka nak pilih.
setiap orang itu akan dipertanggungjawab atas semua tindakkan mereka di akhirat nanti. Aku tahu dan aku faham hal ini dan aku bersedia bertamggungjawab nanti.