Showing posts with label ulam. Show all posts
Showing posts with label ulam. Show all posts

Sunday, December 24, 2006

Pucuk Paku rawan

Hari ni pulang ke rumah mak di Tepeng(taiping). Singgah pasar minggu untuk cari pucuk paku rawan. Alhamdulillah ada. Berbanding dengan pucuk paku pakis, paku rawan lagu kaw(sedap) utk di buat kerabu. Ni aku bagi hangpa tengok paku rawan fresh dulu. Minggu depan bila dah jadi kerabu baru aku bagi semua terliur dgn kerabu paku rawan.




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, December 21, 2006

Kerabu, ulam, cincalok dan budu

Seminggu dua ni aku boh posting dan gambar pasai makanan. Dah boh ubi rebuih , dereyan, ulam. Ni aku bawak mai kerabu pucuk paku dan kerang. Aku kalu bab kerabu ni memang lemah. Apa lagi kalau kerabu paku rawan dengan kerang.Apa lagi kalu ghisek(kerisik) banyak.
Kalau ghabu style Siam pun suka esp kerabu perut.
Fuhh....Nalla punya makan.
Sejak dok negeri pahlawan ni aku dah hooked dengan cincalok. Boh calok dalan piring,potong bawang besar dan cabai melaka/cili padi dan picit limau nipis. Goey(gaul) semua tu pas tu pekena dgn ulam. Kalau aku tak payah ulam pun tak pa dah. makan calok sehingga menjilat jari hangpa tau dak...
Kalau di Pantai timur(Kelantan Trengganu) yg famous ialah Budu. Masa kecik2 dulu aku ingat budu ni depa botoikan anak budu(berudu/ infant frog) dan aku naik heran masa tu pasai apa orang Kelantan suka makan anak budu(berudu). Bila dan besag dan ada akai baru tau apa benda Budu.( Ada lagu dikir barat moden tajuk Budu nyanyian Jali Bunga Tanjung.Best gila lagu ni...)
Untuk bagi hangpa naik selera sila lah lihat foto2 yg aku boh ni...
(Kerabu pucuk paku dan kerang)

(Jering,timun,kacang panjang dan petai jeruk)


(Cincalok melaka)

(Budu Kelantan)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, December 14, 2006

Ulam oh ulam...

Masa dinner tadi ada kucai masak ayaq( betoi ka ni? Alah yg macam sup tu laa). Ada la ulam sikit( di rumah aku kalu tak dak ulam dengan sambai belacan atau sambai goreng memang tak sah). Baru berselera dan laju sikit makan. Apa lagi kalu ada petai,jering, pegaga, pucuk ubi rebuih, jantung pisang rebuih,pucuk putat,tenggek burung.....perghh....melecoq ayaq lioq.
Petai pula boleh ada variety: petai mentah,petai rebus,petai salai dan petai jeruk. Walau macamana bentuk petai yg kita makan satu perkara tak akan berubah: Kencing mesti hancing punya...masa tu terasa leceh makan petai atau jering atau genuak/kerdas.

Selain itu ulam-ulam ni mempunyai banyak vitamins,minerals, anti-oxidant dan fibre.So kawan-kawan ayuh kita terus ber'ulam'.

Yg ni bukan ulam noo...Ni periuk kera.Kalau hangpa makan aku tak tau akan apa jadi okay. Saja boh gambar ni nak bagitau di rumah aku ada pokok ni. Tu saja.

Pegaga


ni sayur2 kampong yg ada masa aku pi pasar(tok aku sebut merket)


My favourite ulam: Petai/Potai( kata kawan aku budak Bongek N9)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa