Thursday, December 14, 2006

Ulam oh ulam...

Masa dinner tadi ada kucai masak ayaq( betoi ka ni? Alah yg macam sup tu laa). Ada la ulam sikit( di rumah aku kalu tak dak ulam dengan sambai belacan atau sambai goreng memang tak sah). Baru berselera dan laju sikit makan. Apa lagi kalu ada petai,jering, pegaga, pucuk ubi rebuih, jantung pisang rebuih,pucuk putat,tenggek burung.....perghh....melecoq ayaq lioq.
Petai pula boleh ada variety: petai mentah,petai rebus,petai salai dan petai jeruk. Walau macamana bentuk petai yg kita makan satu perkara tak akan berubah: Kencing mesti hancing punya...masa tu terasa leceh makan petai atau jering atau genuak/kerdas.

Selain itu ulam-ulam ni mempunyai banyak vitamins,minerals, anti-oxidant dan fibre.So kawan-kawan ayuh kita terus ber'ulam'.

Yg ni bukan ulam noo...Ni periuk kera.Kalau hangpa makan aku tak tau akan apa jadi okay. Saja boh gambar ni nak bagitau di rumah aku ada pokok ni. Tu saja.

Pegaga


ni sayur2 kampong yg ada masa aku pi pasar(tok aku sebut merket)


My favourite ulam: Petai/Potai( kata kawan aku budak Bongek N9)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

3 comments:

Anonymous said...

Clark Gable of Pulau Duyung kate:

Aku kena ban makan petai kat bini aku....hukuman nya JBA tak terima bayaran deposit....tapi kalu ade peluang bantai petai...yg raw lagi best.
Aku heran kencing dlm toilet bowl ,basuh dgn itik dan gonyoh dgn berus bau masih ade...ade petua ke bang

Nona Azizah Razali said...

Kata orang pesan lepas makan petai, kunyah beras. Rasanya berkesan.

tokasid said...

Another way is bila makan petai, makan sama kulit dia(yg kelat).
It really works tapi tak sedap makan petai mcm tu. Tak dak kick