Hari ni(Selasa 19 Disember 2006), pekan Durian Tunggal(DT) telah banjir! Kali terakhir pekan ini banjir adalah 8 tahun lalu sekitar 1998.
Air sungai telah membuak dan melimpah ke jalan besar menyebabkan kereta dan motor kapcai banyak yang stuck. Orang ramai mula berkumpul bagaikan ada pesta air. Pasukan PDRM dgn cepat mengawal lalulintas.
Alhamdulillah tiada kejadian serius berlaku. Sehingga kini air belum surut tapi harap2 esok keadaan akan pulih seperti sediakala. kalau tak haru birujuga jadinya.Ramailah budak kilang akan tuang/ponteng kerja.
Kejadian banjir ini membuat kami bersyukur kerana kami tidak mengalami banjir setiap tahun seperti saudara-saudara di Kelantan,Teganu,Pahang,Perlis,Utara dan Selatan Kedah serta Seberang Prai.Juga tidak seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Namun, mereka sabar dan tabah menghadapi ujian banjir ini. Mungkin kami di Durian Tunggal tidak setabah mereka.
Ya ALLAH! Jangan kau uji kami dengan apa yang tidak sanggup kami tempuhi.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
2 comments:
Banjir setiap tahun adalah lebih baik dari banjir yang datang tiba tiba.
Tempat yang banjir tahunan, penduduk memang dah terbiasa dan memang bersedia seperti di Kelantan.
Sehinggakan banjir di sana seolah olah dinanti ( pesta air ! ). Kalu tak banjir tahun tuh, org akan "susah hati" .. sampai gitu skali .. he he
Memang betul. Banjir yg predictable senang nak manage. Banjir yg mengejut seperti yg berlaku di Johor,Melaka dan N9 amat mengejut dan kebanyakkan penduduk tak tau what to expect what to do. Tak tau who to call and when to move out.
Post a Comment