Wednesday, November 5, 2008

Bama dan Mat Kain dan Malaysia.

Kring...kring...kring.....

Mat Kain: Hello...Bama ka tu?

Bama: Ya...aku Bama. Tok Ketua baru kampung ni. Hang sapa?

Mat Kain: Aiseyman Bama...aku Mat Kain laa...jangan lah wat tak kenai aku pulak. mentang-mentang hang menang jadi Tok Ketua hang eksyen dengan aku noo....

Bama: Laa...Mat Kain ka? Sori...aku ingat sapa tadi.

Mat Kain: Awat hang tak cam sora aku ka?

Bama: Bukan macam tu Kain. Hang tau saja laa...la ni ramai yang dok menyamaq buat sora orang lain. Takkan hang lupa running mate hang Cik Sarah Paklin tu kan dah terkena dengan badut mana ntah.

Mat Kain: Betoi jugak no. Nih Bama, aku nak ucap tahniah kat hang pasai menang jadi Tok Ketua kampung kita.Tapi aku nak nasihat kat hang sama.Hang bukan takat Tok Ketua kampung kita tapi hang ni semua kampung di daerah ni anggap sebagai tok ketua depa jugak.

Bama: Ya ka? Tima kasih no hang bagi tau.

Mat Kain: Tapi hang kena ingat, ada jugak nanti Tok Ketua kampung lain yang buat ketegaq dengan hang. Depa akan marah kat hang pasai budak-budak prefect kita di pukul budak sekolah kampung lain.Atau bila prefect kita pi ajaq tok ketua kampung lain.Atau bila prefect kita buat kampung lain macam kampung kita.Hang kena jaga tu semua.

Bama: Okay...aku dengaq apa hang kata ni...

Mat Kain: Hang kena jaga pasai orang kampung lain semua nak tengok hang dengan bekas tok ketua si Mat Semak tu sama perangai ka dak. Hang tau aku kalah ngan hang ni pasai si Semak tu lah. Dia samseng tak memasai...org jadi meluat kat parti aku.

Bama: Aku tau tu...sama macam di Malaysia orang pakat meluat kat MNO pasai tok ketua MNO ngan JKKK dia semua tak senonoh.Aku dengaq kata JKKK MNO nak pilih pun kena huloq sana huloq sini.Aku pun heran jugak puak-puak MNO ni di Malaysia.

Mat Kain: Awatnya ngan depa?

Bama: Dak lah...depa kan Muslim.Yang aku paham, Muslim mana boleh rasuah hang tau ka? Tuhan depa ALLAH marah sapa dok rasuah ni.Masuk neraka hang tau ka?

Mat Kain: Alah...apa nak heran Bama oi. Puak JKKK MNO tu depa kira apa dosa pahala. Depan ahli depa ,depa tunjuk alim laa....belakang kalu semua depa sebat hang tau ka.Sebat sampai orang panggey depa musibat.

Bama: Okay....ni kalau aku ada apa-apa boleh dak aku tanya pendapat hang?

Mat Kain: Boleh sangat-sangat laa....tapi ni aku nak minta tulong sikit kat hang Bama:

Bama: Apa dia?

Mat Kain: Aku dok ingat nak juai helikopter kat Malaysia laa...pasai depa baru kensel Urokopta. Jadi aku nak juai laa...

Bama: Aik? Bukan selama ni hang dok juai kain ka? Ni awat nak juai helikopta pulak.

Mat Kain: Macam ni...JKKK Malaysia tu kalau dapat komisyen depa akan stim hang tau ka. jadi aku nak juai scrap kita di padang pasiaq Arizona kat depa.Aku nanti tunjuk la gambaq helikopta yang canggih.Depa mesti setuju.

Bama: Takkan tengok gambaq depa dah mau Mat Kain?

Mat Kain: Memang depa macam tu. Tengok gambaq dah cantik teroih nak beli. Kalu hat kita hantaq tu guna tin milo ka tin susu cap junjong ka bukan depa kira,Janji cantik...Masa ni la kita nak 'con' depa.

Bama: Okay...nanti aku tipon PM depa Palah.

Mat Kain: Apa pulak Palah....La ni hang kena telipon Najibus.

17 comments:

Kerp (Ph.D) said...

muahahaaa..aku nak komen pasai bang Bama dan si Mat Kain tapi yang last bit tu buat aku terfikir sejenak; Dollah belum step down tapi rasa macam kita dah ada PM baru. sungguh tak berkesan la PM no 5 kita.

Anonymous said...

PM no 5 ni ada pun macam tak dak? Buat malu orang Penang saja, ingatkan bolehlah tolong Melayu Penang, rupanya tolong anak menantu.

sitopimerah@android:~$ said...

Satu teguran yang kritis dan sinis.. Beli helikopter RM1.6 bilion tengok spec dan gambar dalam "tender paper".

Kita rakyat ikan bilis ni beli kereta tak sampai RM30k pon punyalah nak test drive ini RM1.6 bilion macam beli alat tulis je.

Siapalah yang pangkah depa ni :)

Anonymous said...

.... hahaha...

Bhai... lu punya screenplay best la... kalu buat siri tv Pi Mai Pi Mai Tang Tu pon boleh laku nih... hehehe

... Bhai....

Camnie... orang M'sia nie.. usahkan beli heli tengok gambor pon cukup.... dapat tengok gambor dalam majalah "luc**" pon dah kira stim... hahaha...

Gua rasa la.. kalu gua nie ajen jual senjata.. gua kasi depa gambor senapang pon laku.. pastu masa hantaq... gua kasi senapang pakai peluru buah senduduk.. hahaha....

mangkuk..mangkuk arcopal....

Unknown said...

Tahniah kepada rakyat Amerika kerana dapat Presiden baru daripada party baru. Bukan pasai aku suka sangat kat demokrats ni. Depa koghang sikit saja pada Ripublicans ni. Bill Clinton dulu pun baik sikit pada Bush lani tapi message dia ialah, demokrasi depa hidup. Rakyat matang buleh buat perubahan sampai yang tak termimpi pun buleh jadi. Memang tak termimpi yang orang kulit hitam buleh jadi presiden tapi dia jadi jugak di sana. Tu lah aku ucap tahniah kat depa.
Bukan macam kita ni. Nak tukaq kerajaan kena halang bermacam2 cara. Kena ugut ISA la, kena berdepan dengan Speaker gila la, kena hijack pi Taiwan lah. Oghang Melayu yang dok mengata kat Amerika tu kena ingat sekurang-kurangnya depa adil kat rakyat sendiri.

ASH said...

Kira baguih jugak la sembang sembang Bang Bama ngan Mat kain ni. Dok ingat kut sembang kosong juai kain, rehat rehat kat kedai kopi. Kira ada smash hit, up and low gak laaa...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pak Zawi said...

Salam Doc,
Betul kata kerpov tu, DPM is much more visible nowadays than the PM.

tokasid said...

Kerp:

If you notice, nowadays Najibus gets more air play than Palah.

As for Bama, many throughout the world have high hopes on him but not me. Anyone who becomes the US Tok Ketua will adopt the same policy towards nations outside US. Its just how the tok ketua handles it PRly that will make a different impression by other nations.

tokasid said...

Anon:

Apa boleh buat taik kambin bulat-bulat no...tapi tak pa dia pun bulan 3 ni nak blah dah. Cuma budak Pekan tu nak buat apa tak tau laa...

tokasid said...

Sitopimerah:

Saya di fahamkan kalu nak beli peralatan2 canggih macam ni(helikopter,jet atau kapal selam) memang takdak nak test drive macam kita nak beli kereta atau kapchai.
Jadi memanglah payah kita nak faham pasai apa nak beli barang yg berbillion-billion procedurenya amat berbeza. Ini yg menjadikan open to abuse.

tokasid said...

Cencurut:

Orang utara memang mudah nak buat screenplay merapu macam ni.Yang payah nak selit tang mana nak jentik telinga tang mana nak bagi lebam mata....

tokasid said...

Che'gu:

Memang kali ni orang Amerika berani buat perubahan yang besaq gara2 8 tahun depa terpaksa hadap kebangangan Bush Jr.

Samada Obama akan jadi Presiden yg baik utk masyarakat dunia remains to be seen.

Malaysia ni di sebabkan politik menakut-nakutkan rakyat adalah sukar untuk ubah pemikiran rakyat walaupun ianya tidak mustahil.

PRU13 nanti kita tukaq totally!!

tokasid said...

Hidayah:

Ya cikgu Hidayah. Bang Bama ngan Mat Kain mana reti sembang2 kosong macam Palah kita. Depa kalu sembang mesti ada hasil utk depa.

Tapi politikus kita pun lagu tu jugak.Bila sembang dgn towkay2 besaq mesti ttg apa nak dapat kot?

tokasid said...

Pak Zawi:

Mungkin dia tahu dia tak di perlukan lagi kot...tu yang makin invisible tu Pak.