Friday, May 8, 2009

Syurga...di telapak kaki ibu

Assalamu'alaikum.

Aku ada 3 emak.Pelik.Tapi itulah kenyataannya. Ketiga-tiga mak aku masih ada.Masih hidup walaupun mereka tidaklah berapa sihat seperti yang di idamkan.

Tak.Bapak aku hanya ada satu saja isteri.Bapa bukan ada 3 isteri kalau itu yang hangpa fikirkan.Satu saja isteri bapa sehingga akhir hayat bapak beberapa tahun yang lalu.

Walaupun bapak ada seorang saja isteri,tapi aku ada 3 emak.

Mak pertama adalah mak ori aku. Mak yang melahirkan aku.Mak yang memboyot membawa aku ke hulu dan ke hilir selama 40 minggu dan akhirnya berperang dengan nyawa bagai nak rak ketika nak melahirkan aku seorang bayi yang hitam tapi tak melegam.Mak yang dengan susah payah membesarkan aku,menyusukan aku, yang tak tidur ketika aku sakit atau melalak pura-pura sakit atau mungkin kerana aku lapar atau berak atau kencing dalam lampin atau perut aku kembung kerana terlalu suka hisap trompet putin getah yang pelbagai aroma.Mak ori yang bernama Hawa bte Salleh aka Che'gu Hawa.

Mak kedua aku adalah adik mak aku. Makcik Jah atau yang kami selalu panggil Cik Jah saja.Atau nama dalam my kad Khadijah bt Salleh. Dia yang memelihara aku ketika aku bersekolah di Alor Setar sebelum aku dapat masuk asrama KSAH. Di rumah Cik Jah lah aku menumpang kasih dan menumpang hidup. Di Gunung Reyang( nama official Gunung Keriang). Makan minum aku pakaian sekolah aku Cik Jah yang uruskan. Anak-anak Cik Jah umpama adik-adik aku sendiri.Cik jah tak pernah bezakan aku dengan anak-anaknya. Arwah Pakcik Hashim juga begitu. Aku di tegur bila berbuat salah.Tak akan aku lupa jasa-jasa Cik Jah hingga akhir hayat aku.

Mak ketiga aku adalah mak mertua aku.Fuziah bt Wan Omar aka Che'gu Poziah. Mak yang menerima aku dengan hati terbuka sebagai menantu.Yang yang menganggap aku sebagai anak sendiri. Yang mengambil berat tentang aku sekeluarga walaupun kadangkala berat yang keterlaluan for her own good.







Seperti orang lain dalam dunia ini, mereka tidak terlepas dari kelemahan dan kesilapan. Mereka tidak sempurna. Aku juga tidak sempurna.Hangpa pun tidak sempurna. Tapi dalam ketidaksempurnaan ini ketiga-tiga mak aku ini tidak pernah kurang dalam kasih sayang mereka kepada anak-anak walaupun cara tunjuk kasih sayang mereka kadangkala mengconfusekan kami atau terlalu berlebihan tahap merimaskan. Tapi itu adalah cara meraka masing-masing.

Kepada ketiga-tiga mak aku ini, aku pohon maaf jika banyak mengecilkan hati dan perasan kalian dengan cara aku. Aku mohon halalkan makan minum yang kalian berikan pada aku selama ini.

Pada mak ori aku ingin pohon: Mak...halaikan ayaq susu yang mak bagi kat cek na...

Aku doakan ketiga-tiga mak aku ni kesihatan yang membolehkan mak-mak terus beribadah pada ALLAH Azza Wa Jalla dan kebahagiaan dan ketenangan hati mengharungi sisa-sisa hidup ini.

Aku sangat-sangat sayang pada Mak.

Selamat Hari Ibu.

12 comments:

mokk said...

salam Mamat,

sedih aku baca ..sebab aku dah tak ada emak lagi..walaupun dah ada mak tiri...

Amat terasa kehilangan nya..bila emak tersayang dah tak ada...hanya doa yang dapat diucapkan kpd nya..

KAMATO said...

selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu

Unknown said...

hepi maderdei tu ol de maders.

Hang dok buat mintak maaf mintak halai ni buat aku saspen saja.

tokasid said...

Mamat:

Betoi hang kata.Du'a selalu untuk mak kita walaupun kalau mak masih ada.

Hang jgn sedih2 mamat...nanti aku pun sedih.

tokasid said...

Kamato:

Timakasih akhi.

tokasid said...

Che'gu:
hang jangan saspen2 che'gu. Takat ni aku sihat wal afiat lagi.
Tapi mana la tau kan....

kak ja said...

Saya ada 4 org mak:-

Mak kandung, mak tiri, mak mertua (kandung), mak mertua (tiri)... Masa rayalah paling terasa ramainya mak..

100:1-100:11 said...

beruntung nya ada 3 orang mak.

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Dengarnya Cikgu Hawa tak berapa sihat. Didoakan beliau sihat dipelihara Allah

Lukmanw

ummisara said...

Salam Doc...

Harap tak lambat lagi lah chek nak ucap selamat hari ibu kat ketiga-tiga mak u.

sebut bab mak nih...huihhh buleh buat ayaq mata laju keluaq.

Mak adalah yang segalanya. Tak terbalaihhhh jasa.

ummisara said...

Doc lupa lak...

ucapan yang sama untuk ur lovely wifey :)

de_kerinchi said...

salam saudara dr. tokasid,

Apa khabar....kalau sebutan ibu, mak, mama, bunda, ummi atau setaraf dengannya...adalah amat sensitif dipendengaran saya...kerana tiada kata yang boleh diucap untuk digantikan dengan pengorbanan mereka..

Subhanallah..!!!