Monday, August 17, 2009

Harian Metro.....nak suruh Muslim jadi kaki judi ka?

Salam.

Aku dah perasan perkara ini kira-kira 4 bulan lalu ketika aku balik menziarahi mak di taiping.
Mak memang setiap hari langgan harian Metro. Setiap pagi penjual akhbar bermotosikal akan balik ke beranda rumah mak.

Pagi Ahad semasa aku di rumah mak, aku baca Metro Ahad. Bila sampai 2-3 mukasurat yang akhir aku nampak iklan-iklan bagaimana hendak mendapat keputusan judi nombor ekor.


Iklan judi nombor ekor dalam Metro Ahad


Aik? Awat suratkhabar Melayu ada iklan pasai judi pulak?Dah gila ka editor Harian Metro ni?

Itu yang mula-mula timbul di pala otak aku.
Sudahlah akhbar STAR penuh dengan iklan arak. Harian Metro pulak iklan judi.

Aku tak hairan kalau iklan tu dalam akhbar Cina, kerana berjudi sebahagian dari budaya mereka.Tapi untuk Metro Ahad ini sesuatu yang aku anggap sebagai kurang akal. Yang aku faham, editor Harian Metro dan Metro Ahad adalah Melayu yang beragama Islam. Tak kan dia bangang sangat sampai tak tahu judi tu HARAM di sisi Islam walaupun di sisi Melayu tak haram .

Kalau dia tahu bahawa judi HARAM, mengapa di sudi mempelawa tokey iklan judi ke Metro Ahad?

Kerana : Fulus. Haram tak haram tolak ke tepi.Janji masyuk fulus.

Yang ironi nya, Harian Metro turut melibatkan diri dalam menyiarkan isu ARAK di Shah Alam. Itu bagi aku adalah tepat. Cuma di sebalik gah dedahkan isu Arak Shah Alam, Metro Ahad dengan bangga siar iklan judi.

Aku nak saran kepada editor Harian Metro dan Metro Ahad: bawa bawa lah bertaubat.
Kalau hangpa kaki judi hangpa punya pasai lah. Jangan dok ajak orang Muslim yang lemah iman dan pendek akall dok sama-sama berjudi.

Aku harap Jabatan Agama Islam negeri rampas semua naskah Metro harian.Aku harap Menteri-menteri Muslim tegur sikit Harian Metro ni. pemimpin Muslim dalam PAS dan PKR pun kena lah bantah tindakkan Metro Ahad.

Aku ingat elok jugak di adakan demonstrasi jalanan untuk bantah Metro Ahad dan Harian Metro.

Kalau tidak aku sarankan Metro Ahad ada tag baru: Metro Ahad...akhbar judi anda.

Cuba tengok apa Mat Daud Kilau kata tentang judi ni

Masaalah yang sama telah kawan aku muteaudio tulis di sini.


Di sini aku siarkan email bantahan aku kepada Pengarang Metro Ahad bertarikh hari ini 17 Ogos 2009.

Kepada:
Saudara Sharifuddin bin Mohamad
Pengarang Metro Ahad.

Assalamu'alaikum.

Berhubung dengan subjek e mail ini: Iklan Judi di Metro Ahad.

Saya sering melanggan Metro Ahad sejak beberapa bulan yang lalu.
tapi amat saya kecewa bila saban Ahad terdapat iklan berkenaan judi nombor ekor di muka-muka belakang akhbar En Sharifuddin.

Sebagai akhbar Melayu yang di baca oleh ramai orang Melayu beragama Islam,saya melihat tindakan Metro Ahad adalah tidak wajar dan tidak masuk akal sama sekali.Selain mendapat imbuhan kewangan kepada akhbar melalui iklan tersebut, apakah motif Metro Ahad menyiarkan iklan iklan sedemikian?

Umat Islam semua sedia sudah maklum bahawa judi adalah di HARAMkan oleh Islam.tetapi tindakan Metro Ahad seolah-olah menggalakkan perkara haram tersebut.

Saya berharap, agar En Sharifuddin dan sidang redaksi Metro Ahad akan lebih prihatin dalam perkara ini.
Kita marah bila ada pihak di lihat menghina agama kita. Tetapi janganlah kita pula menghina agama sendiri dengan menyiarkan iklan-iklan mungkar untuk tatapan umat Islam. Saya risau dengan interpretasi tentang iklan-iklan judi ini oleh para remaja dan pelajar-pelajar kita yang masih muda dan bersifat ingin mencuba.

Orang Melayu terlalu banyak menanggung bebanan gejala sosial. dari gejala dadah, gejala Mat rempit, perzinaan dan membuang anak. Jangan kita galakkan mereka untuk berjudi pula.

Saya amat berharap sesuatu yang positif boleh di ambil dari teguran saya ini.Kita bukan sahaja bertanggung jawab dengan tindakan kita di dunia ini tetapi akan di persoalkan ke atas kita di akhirat kelak.
Sebagai seorang Muslim saya telah melakukan tanggungjawab saya dalam menegur perkara ini.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Zulhisham bin Ghazali

10 comments:

Hasbullah Pit said...

Aku ada CD M Daud Kilau pasal judi tu.

mOEha Aziz said...

salam doc,

berjudi jugak memang adat kebiasaan orang melayu... :)

tokasid said...

Sebol,
kau memang sah peminat mat dod kilau nombor 1

tokasid said...

Moeha,

betul tu . Masa kecik2 dulu slalu tgk orang laga ayam.
Sekarang selalu tgk org beli nombor ekor...

Kerp (Ph.D) said...

mungkin metro dapat nasihat dari ustaz mana ntah, kata berjudi ni makhruh kot...hehehehe...

ummisara said...

Doc...

depa la nih tak peduli dah...masuk duitttttt kira semua okay... apa nak jadik tak tau lah

Unknown said...

salam

Kenapa PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT tak pi tangkap?
Jangan TUNGGU orang buat maksiat baru nak pi tangkap?
Atau Intip dulu baru Tangkap

tajudin said...

Rasa gembira membaca keprihatinan/tindakan Tokasid dalam posting ini.

Harapnya Harian Metro pun prihatin selepas terima surat itu.

meorpestajiwa said...

teman sokong 100% haramkan paper sampah ni yob..tak berfaedah ..bini teman pun pelanggan setia juga..adoi...haha

Anonymous said...

kita tegur bank pula makan riba amacam???