Tuesday, August 4, 2009

Derita Hati Seorang Bonda

Salam semua.

Tanpa kita sedari atau kita buat-buat tak sedar, berapa banyak bonda-bonda yang merintih setelah anak-anak berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Anak-anak menjadi terlalu sibuk hinga tiada masa untuk menjengah bonda di kampung.
Malah anak-anak amat sibuk sehingga tiada masa untuk menelefon bonda yang menanti saban hari untuk mendengar suara dan khabar anak-anak bonda.

Amat susah kah untuk menanya khabar tentang bonda seminggu sekali?Atau sebulan sekali? Atau 3 bulan sekali? Atau setahun sekali?

Amat sukarkah untuk berhari raya bersama bonda setahun sekali? Atau 5 tahun sekali? Atau 10 tahun sekali?

Memadaikah hanya mengirim wang kepada bonda setiap bulan?

Bukan itu yang bonda mahukan.Bukan wang ringgit yang bonda mahukan.
Bonda hanya ingin tahu bagaimana anak-anak sekarang.? Bagaimana cucu-cucu sekarang?
Bonda mahu merenung muka anak-anak, membelai anak-anak dengan pandangan bonda.
Bukan bonda mahu merampas anak dari isteri mereka.Atau dari suami mereka.

Bonda hanya mahu sedikit cebisan kasih sayang dan prihatin anak-anak.....Bonda ingin kepastian bahawa bonda masih bonda anak-anak......


4 comments:

ummisara said...

Doc,

Terima kasih ... nih peringatan yang baik.

Betoi tuh... bukan wang ringgit yang depa nak...tapi ingatan & kasih sayang serta perhatian daripada anak-2. Dulu masa kecik mak buleh jaga 10 anak...la nih bila besaq 10 anak belum tentu buleh jaga seorang emak. Kenapa jadik mcm nih?

Semoga kesedaran timbul....i pun berusaha untuk jadik anak yang lebih baik dari semalam.

razifembi said...

terima kasih kerana mengingati ...

ibu pemberian yang tidak ternilai dengan wang ringgit.

wajah ibu wajah kedamaian di hati ...

salam singgah dr relaxjom ...

Kerp (Ph.D) said...

doc,

dulu kalau org kata aku mummy's boy aku marah. tapi skrang ni i'm proud to say i am. aku nak make sure sampai nafas terakhir aku tinggal sebumbung dengan mak aku...hhehehe...

thanks for reading wheelpower btw doc.

Anonymous said...

hi every person,

I identified tokasid.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.

I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://motivationalquotesah.info/].[/url][url=http://whatweknowdu.info/forum].[/url][url=http://suwhatsnewtoday.info/].[/url]