Showing posts with label MCE. Show all posts
Showing posts with label MCE. Show all posts

Thursday, May 22, 2008

Terkenang semasa dulu...part 2

Selamat tinggal Aloq Staq. I'll miss you.


Dengan telegram tersebut di tangan badan ku terasa amat ringan.Rasa terapung di udara.Rasa high.Rasa stim.Rasa dunia ini ana yang punya.

"Ha! Hang dapat pi mana?" tanya C.C.
"Dapat pi UM.Asasi Sain.Ni bapak saja hantaq mai".Senyuman ku terasa bagai senyuman paling menaruk di dunia masa tu.Aku terasa aku pelajar terhandsome di KSAH pada ketika itu.

"Tahniah kat hang. Sat ni saya buat surat apa yang perlu.Elok hang naik jumpa HM dan bagi tau dia"

Aku naik ke tingkat atas pejabat dan mengetuk pintu bilik HM.Aku masuk dan Pak Pa mendongak melihat aku.

"Assalamu'alaikum che'gu...."
"Wa'alaikum salam. Hah ada apa lamu mai jumpa saya ni?"
"Saya nak bagi tau saya dapat masuk Asasi sains che'gu. Ni nak minta izin nak balik Taiping pasai tak tau bila nak kena pi Kolompo"
"Hang talipon la tanya ayah hang"
" Rumah kami tak dak telipon che'gu"

"Takpa...nanti turun jumpa CC dia akan prepare surat-surat yang perlu.Kamu pi jumpa guru tingkatan dan inform dia.Pi jumpa kawan-kawan mana yang perlu.Che'gu nak pesan sikit. Ambil peluang ini untuk belajar setinggi mungkin dan jadilah orang yang berguna kepada masyarakat."

"InsyaALLAH che'gu.Terima kasih kerana selama ni che'gu dan che'gu-che'gu yang lain dok tolong ajaq saya dan kawan-kawan..."Mata aku mula berair sikit.Tak macho langsung.macam cerekarama Melayu saja....

Petang itu aku naik bas pulang ke Taiping.

Aku ke kelas dan jumpa kawan-kawan yang rapat dan beritahu mereka aku akan ke UM.
mereka pun seperti aku beberapa hari lalu. Seronok bila ada kawan yang dapat ke IPTA.Sayu kerana akan berpisah. Sedih kerana diri sendiri tiada khabar berita.Aku cari cikgu kelas di bilik guru.Dia ucapkan tahniah dan selamat berjaya.

Aku cari guru kelas semasa Form 5.Cikgu Hindun. Dia tersenyum lebar dengan berita ku. Dari anak mata Cikgu Hindun aku tahu dia bangga kerana anak didik dia berjaya juga.

"Belajar rajin-rajin ya Zulhisham. Jangan kecewakan harapan mak bapak kamu. Jangan kecewakan cikgu.Jangan bagi malu pada Kolej."

"Cikgu.....saya nak terima kasih kat cikgu pasai cikgu dok nasihat kami semua tanpa jemu. Cikgu layan kami sekelas macam anak sendiri.Saya terhutang budi kat cikgu.Akan saya ingat cikgu sampai saya mati.Saya janji cikgu"

Aku cari Ustaz Minhat tapi tak jumpa.Ah!!Mana pergi warden Asrama yang jaga aku sejak tingkatan 1 sehingga habis MCE? Adakah ustaz masih marah pada kami?Adakah ustaz masih berkecil dengan kami dengan insiden semasa MCE dulu?
Mana pergi ustaz?Aku perlu bersemuka dengan ustaz.Aku perlu peluk cium tangan ustaz.Aku perlu ucapkan secara berdepan dengan ustaz bahawa motivasi ustaz yang membuat kebanyakan kami anak-anak asrama berjaya.Dan aku perlu dengar ustaz telah maafkan aku serta rakan-rakan lain.Maafkan 10 kepala samseng!!

Tapi ustaz tak ada.Aku harus segera.Nak kena balik ke rumah sewaan untuk ambil beg baju. Nak telifon Paksu di Sg Petani memberitahu berita gembira ini.Berita hebat.Berita pecah kepala.
Tapi kelibat ustaz tak nampak-nampak jugak.

Aku ke pejabat dan dapatkan beberapa surat dan dokumen dari CC. Aku dan Annuar balik ke rumah sewaan di Pumpong.Aku peluk Annuar.Aku akan berpisah dari kawan karib ku.Teman sejak Tingkatan 2 -5. Aku ucap terima kasih kerana izinkan aku di rumah sewaan kami.

Dari dalam bas UT aku memandang bandar Alor Setar buat kali terakhir.Aku melihat sesak orang di Pekan rabu.Ramai berlonggok dan bertenggek di tepi longkang menjamu selera Mee Tonggek di sebelah Panggung Empire. Panggung Cathay dan sungai yang mengalir lesu di sebelahnya.tempat aku dan rakan-rakan menonton filem siri Confession of....dan gambar Melayu Esok Masih Ada.Dan Marathon Man.Aku melihat bangunan Pejabat Pos yang tersergam besar yang setiap bulan aku pergi untuk menukar money order yang bapak hantar setiap bulan dan deretan kedai pakaian sukan yang sering kami singgahi setiap minggu bila outing untuk melihat boots Adidas dan jersi Adidas atau UMBRO. Melihat Simpang Kuala,Tandop dan Sek Men Teknik(di mana adik aku masih di situ).Akhirnya Alor Setar dan daerah Kota Setar hilang dari pandangan.

5 tahun penghidupan aku sebagai anak rantauan di Alor Setar berakhir hari itu.
Akan bermula hidup aku sebagai anak rantauan di Kuala Lumpur dan aku rasa gentar memikirkannya. Tidak pernah aku ke bandar yang lebih besar dari Alor Setar.Tak pernah aku melangkah kaki ke Kuala Lumpur sebelum ini. Adakah aku bersedia untuk Kuala Lumpur?
Tapi aku tiada pilihan.

Kuala Lumpur!Aku akan masuk ke dalam dakapan mu.

Wednesday, May 21, 2008

Terkenang semasa dulu...part1

Jun 1980.

Telegram di pejabat sekolah. Kiriman dari bapak.
Ringkas: BALIK SEGERA.DAPAT ASASI SAINS.
Budak gelap tarik nafas lega. Akhirnya.At last.Finally. Dapat juga.

Sebulan sebelum tu aku dan rakan-rakan lain memulakan kehidupan Lower Six.Masih di KSAH.
Beberapa hari sebelum tu telah berbincang dengan kawan-kawan tentang penempatan kami nanti.
Mana nak tinggal sementara nak dapat masuk asrama semula. Sekurang-kurang 2 bulan terpaksa duduk menyewa luar.

Akhirnya kami menyewa di Pumpong.Berhampiran Watt Siam. 6 orang.
Kami memulakan kehidupan Lower 6 dengan program Orientasi oleh pelajar Upper 6. Tiada masaalah kerana ramai pelajar Upper 6 adalah kenalan semasa aku Form 5 dulu.

Headboy ketika itu,Badrin datang berjumpa aku.
"Aku nak hang jadi prefect semula"
"Woih..aku tak mau la Badrin"
"Mana boleh tak mau. Aku nak suruh hang jadi Headboy lepas ni..."
"Ishh!!! Aku tak mahu jadi prefect apalagi Headboy.Mana tau kalau aku dapat masuk UTM ka,ITM ka..."
"Dak lah..Sementara hang di sini hang jadi la prefect sat.Bantu-bantu kami ni...."
"Macam ni lah Badrin...kalau aku tak dapat masuk mana-mana, baru aku jadi prefect.Sementara ni...biaq lah aku relax dulu.Boleh??"

Badrin setuju.

2 minggu selepas orientasi satu per satu pelajar makin berkurangan. Pelajar-pelajar yang semasa Form 5 di sekolah lain semakin hari semakin ramai datang memakai pakaian biasa berjumpa rakan-rakan mereka.Yang perempuan akan berkumpul kemudian akan terdengar jeritan kegembiraan.kemudian masing-masing memeluk antara satu sama lain.Kawan mereka sudah dapat surat tawaran ke IPTA.

Kawan-kawan aku sendiri mula datang ke sekolah membawa surat tawaran.Ada ke UTM.Ada UPM.Ramai jugak ke ITM. Sorang dua ke UM.Aku makin gelisah.Semakin hari semakin ramai kawan-kawan datang mengucapkan selamat tinggal.Rumah sewaan kami kini tinggal 3 orang.

Aduh! Macamana ni fikir aku.Dapat ke tak ni masuk mana-mana IPTA?Aku mula gelabah dan makin terasa sunyi. Badrin semakin lama merenung aku bila kami bertemu.
"Ingat tau...hang janji kalau hang tak pi mana-mana hang kena jadi Headboy!"

Aku cuma diam.Keliru.Kawan-kawan yang dapat grade 2 kebanyakkan dah masuk ke UTM,UPM dan ITM(kursus-kursus Diploma).Aku yang 1st grader ni tak dapat langsung ke?
Rasa gelabah dan kecewa meresapi diri.Tertanya-tanya juga kalau minggu depan tinggal aku sorang di rumah sewaan bagaimana?

Dalam 2 minggu hampir kesemua yang mendapat tawaran sudah meninggalkan KSAH.
Kelas bagi Lower 6 sudah di mulakan.Aku menghadapi dilema.Nak teruskan di Science stream atau menukar kepada Arts Stream?

Hendak di Science stream terasa gentar kerana telah bertahun-tahun di takutkan dgn Science stream oleh senior-senior dulu. Nak tukar ke Arts stream pun takut juga kerana memang tak tahu apa-apa langsung perihal Arts stream ni.

Aku semakin tidak ceria. Agak sukar hendak senyum tak tentu pasal macam dulu-dulu.Nak berlawak bodoh pun jarang sudah.Kawan-kawan kamceng sudah 90% tiada lagi. Dan beberapa kelas yang di mulakan mula menampakkan keperitan.

Satu hujung minggu aku ke Sungai Petani ke rumah Paksu.Aku mengadu tentang semakin ramai yang meninggalkan sekolah untuk ke IPTA dan aku beritahu Paksu aku mungkin tidak survive dalam Form 6.Paksu mendengar dan memberitahu aku sabar.Nanti dia usahakan sesuatu.
Esoknya Paksu bertanya samada aku berminat tak untuk buat TESL di Australia?Rupa-rupanya Paksu ada rakan sekolah lama di JPA dan dia menelifon rakan dia semalam jugak. Dan memang mereka baru membuka program untuk menghantar pelajar ke Australia pada Januari depan.

Aku teringat ketika di Form 5 dulu aku antara 8 calun yang melalui interview dan ujian bertulis untuk ke Australia( intake Januari 1980, even before result MCE keluar) tapi aku gagal.yang dapat pergi ketika itu hanya Fauzi,Mi Gila dan Izham aku rasa.

Adakah ini rezeki aku untuk ke Australia?Tapi kursus TESL? Aku tidak pernah bagus dalam English.Tidak pernah belajar kesusasteraan ketika di Form 4 dan Form 5.
Tak apalah...asalkan aku keluar dari sistem HSC yang memang menggerunkan aku ketika itu.
Aku setuju dengan cadangan Paksu .kami hanya perlu menunggu surat temuduga di KL.Kalau lulus aku akan di senaraikan untuk ke Australia.(Memang lulus temuduga dan di pilih ke Australia tetapi aku dengan rela hati menolak pada Oktober 1980)

Pada petang itu aku pulang ke Alor Setar.Ke rumah sewaan.Rakan lain pun dah balik dari kampung masing-masing.Mereka berbincang untuk memohon masuk ke asrama dan mengajak aku bersama.Jika tiada pilihan memang itu lah yang terpaksa aku lakukan. mana nak tahan bayar rumah sewa.Makan lagi. Takkan hari-hari nak makan nasi dengan sardin.Takkan hari-hari nak pekena maggi mee?

Kami bersetuju untuk memohon asrama esok.Kami akan jumpa Pengetua.Dan kami tahu kami akan di suruh menjadi pengawas sekolah.

Esok pagi sewaktu 3rd period aku mendapat arahan untuk ke pejabat sekolah.
Apahal pulak ni? HM panggil ke?HM nak suruh aku jadi prefect ke?Mungkin HM nak offer aku tinggal di asrama kot.

Sesampai di pejabat,CC memanggil aku.
"Nah! Ni ada telegram kat hang. Tak tau lah ada crita dia...mana tau kot-kot hang dapat masuk U ka..."

Aku cuba untuk senyum.Mana mungkin IPTA tahu mahu hantar telegram ke sekolah.
Rupanya telegram dari bapak.Telegram berita gembira.
BALIK SEGERA.DAPAT ASASI SAINS.

Telegram yang bakal mengubah hidup aku.
ALHAMDULILLAH.