Jun 1980.
Telegram di pejabat sekolah. Kiriman dari bapak.
Ringkas: BALIK SEGERA.DAPAT ASASI SAINS.
Budak gelap tarik nafas lega. Akhirnya.At last.Finally. Dapat juga.
Sebulan sebelum tu aku dan rakan-rakan lain memulakan kehidupan Lower Six.Masih di KSAH.
Beberapa hari sebelum tu telah berbincang dengan kawan-kawan tentang penempatan kami nanti.
Mana nak tinggal sementara nak dapat masuk asrama semula. Sekurang-kurang 2 bulan terpaksa duduk menyewa luar.
Akhirnya kami menyewa di Pumpong.Berhampiran Watt Siam. 6 orang.
Kami memulakan kehidupan Lower 6 dengan program Orientasi oleh pelajar Upper 6. Tiada masaalah kerana ramai pelajar Upper 6 adalah kenalan semasa aku Form 5 dulu.
Headboy ketika itu,Badrin datang berjumpa aku.
"Aku nak hang jadi prefect semula"
"Woih..aku tak mau la Badrin"
"Mana boleh tak mau. Aku nak suruh hang jadi Headboy lepas ni..."
"Ishh!!! Aku tak mahu jadi prefect apalagi Headboy.Mana tau kalau aku dapat masuk UTM ka,ITM ka..."
"Dak lah..Sementara hang di sini hang jadi la prefect sat.Bantu-bantu kami ni...."
"Macam ni lah Badrin...kalau aku tak dapat masuk mana-mana, baru aku jadi prefect.Sementara ni...biaq lah aku relax dulu.Boleh??"
Badrin setuju.
2 minggu selepas orientasi satu per satu pelajar makin berkurangan. Pelajar-pelajar yang semasa Form 5 di sekolah lain semakin hari semakin ramai datang memakai pakaian biasa berjumpa rakan-rakan mereka.Yang perempuan akan berkumpul kemudian akan terdengar jeritan kegembiraan.kemudian masing-masing memeluk antara satu sama lain.Kawan mereka sudah dapat surat tawaran ke IPTA.
Kawan-kawan aku sendiri mula datang ke sekolah membawa surat tawaran.Ada ke UTM.Ada UPM.Ramai jugak ke ITM. Sorang dua ke UM.Aku makin gelisah.Semakin hari semakin ramai kawan-kawan datang mengucapkan selamat tinggal.Rumah sewaan kami kini tinggal 3 orang.
Aduh! Macamana ni fikir aku.Dapat ke tak ni masuk mana-mana IPTA?Aku mula gelabah dan makin terasa sunyi. Badrin semakin lama merenung aku bila kami bertemu.
"Ingat tau...hang janji kalau hang tak pi mana-mana hang kena jadi Headboy!"
Aku cuma diam.Keliru.Kawan-kawan yang dapat grade 2 kebanyakkan dah masuk ke UTM,UPM dan ITM(kursus-kursus Diploma).Aku yang 1st grader ni tak dapat langsung ke?
Rasa gelabah dan kecewa meresapi diri.Tertanya-tanya juga kalau minggu depan tinggal aku sorang di rumah sewaan bagaimana?
Dalam 2 minggu hampir kesemua yang mendapat tawaran sudah meninggalkan KSAH.
Kelas bagi Lower 6 sudah di mulakan.Aku menghadapi dilema.Nak teruskan di Science stream atau menukar kepada Arts Stream?
Hendak di Science stream terasa gentar kerana telah bertahun-tahun di takutkan dgn Science stream oleh senior-senior dulu. Nak tukar ke Arts stream pun takut juga kerana memang tak tahu apa-apa langsung perihal Arts stream ni.
Aku semakin tidak ceria. Agak sukar hendak senyum tak tentu pasal macam dulu-dulu.Nak berlawak bodoh pun jarang sudah.Kawan-kawan kamceng sudah 90% tiada lagi. Dan beberapa kelas yang di mulakan mula menampakkan keperitan.
Satu hujung minggu aku ke Sungai Petani ke rumah Paksu.Aku mengadu tentang semakin ramai yang meninggalkan sekolah untuk ke IPTA dan aku beritahu Paksu aku mungkin tidak survive dalam Form 6.Paksu mendengar dan memberitahu aku sabar.Nanti dia usahakan sesuatu.
Esoknya Paksu bertanya samada aku berminat tak untuk buat TESL di Australia?Rupa-rupanya Paksu ada rakan sekolah lama di JPA dan dia menelifon rakan dia semalam jugak. Dan memang mereka baru membuka program untuk menghantar pelajar ke Australia pada Januari depan.
Aku teringat ketika di Form 5 dulu aku antara 8 calun yang melalui interview dan ujian bertulis untuk ke Australia( intake Januari 1980, even before result MCE keluar) tapi aku gagal.yang dapat pergi ketika itu hanya Fauzi,Mi Gila dan Izham aku rasa.
Adakah ini rezeki aku untuk ke Australia?Tapi kursus TESL? Aku tidak pernah bagus dalam English.Tidak pernah belajar kesusasteraan ketika di Form 4 dan Form 5.
Tak apalah...asalkan aku keluar dari sistem HSC yang memang menggerunkan aku ketika itu.
Aku setuju dengan cadangan Paksu .kami hanya perlu menunggu surat temuduga di KL.Kalau lulus aku akan di senaraikan untuk ke Australia.(Memang lulus temuduga dan di pilih ke Australia tetapi aku dengan rela hati menolak pada Oktober 1980)
Pada petang itu aku pulang ke Alor Setar.Ke rumah sewaan.Rakan lain pun dah balik dari kampung masing-masing.Mereka berbincang untuk memohon masuk ke asrama dan mengajak aku bersama.Jika tiada pilihan memang itu lah yang terpaksa aku lakukan. mana nak tahan bayar rumah sewa.Makan lagi. Takkan hari-hari nak makan nasi dengan sardin.Takkan hari-hari nak pekena maggi mee?
Kami bersetuju untuk memohon asrama esok.Kami akan jumpa Pengetua.Dan kami tahu kami akan di suruh menjadi pengawas sekolah.
Esok pagi sewaktu 3rd period aku mendapat arahan untuk ke pejabat sekolah.
Apahal pulak ni? HM panggil ke?HM nak suruh aku jadi prefect ke?Mungkin HM nak offer aku tinggal di asrama kot.
Sesampai di pejabat,CC memanggil aku.
"Nah! Ni ada telegram kat hang. Tak tau lah ada crita dia...mana tau kot-kot hang dapat masuk U ka..."
Aku cuba untuk senyum.Mana mungkin IPTA tahu mahu hantar telegram ke sekolah.
Rupanya telegram dari bapak.Telegram berita gembira.
BALIK SEGERA.DAPAT ASASI SAINS.
Telegram yang bakal mengubah hidup aku.
ALHAMDULILLAH.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
26 comments:
Salam doc,
Saya pun lbh kurang macam tu jugak. Bezanya, it happened after form 6. Anxiously waiting samada dpt masuk IPTA ke tak? My 1st and only telegram dtg masa semua kengkawan dah confirm masuk U. The telegram came from MAS suruh lapor diri utk kerja!
salam doc,
if it's meant for u... it will b urs... my dad, qoute unqoute... :)
alhamdulillah
Salam Doc.,
Penceritaan yang menarik. Anda boleh menulis dalam kedua-dua bahasa, yang sama baiknya.
Wassalam mute:
Aku rasa ramai yang macam tu.Masa tu mana ada boleh nak semak melaui telefon atau online macam la ni. So punya la tunggu samada posmen atau telegram.
Dalam kes aku, bapak terima telegram dari UM di Taiping.Aku di Aloq Staq so kena lah bapak telegram suruh aku balik.
lega tak terkata.nanti aku nak tulis pasai budak gelap first time pi KL sampai jakun macam rusa masuk kampong.
Hang pi kerja dgn MAS ka masa tu? Atau tak pi kerja tapi teroih masuk USM?
Wassalam Muha:
Memang benar.
I never had any ambition of becoming a doctor.I wanted to be a teacher.
I never wanted UM and UM was not the first choice when filling up the forms.I thought UM was too big for me . But ALLAH knows best for HIS hamba and since I first stepped into UM it seems that medicine open its door to me.My first roomate was a dentistry student and every night his mates will come to our room and discuss about medical subject with skull and bones on the study desk.And most of my new friends wanted to do medicine.
In the next few installments I will tell how medicine took me in.
Wassalam Pak Zabs:
terima kasih pak.
salam TA,
pengalaman 2minggu di KSAH dipenuhi dengan cerita Pontianak Sundal Malam..ngeri nak tinggal di asrama kolonial tu..
Mama:
Asrama kolonial tu lepas 2 tahun kita cabut sudah jadi asrama lelaki rasanya. Masa tu Pontianak sudah tak dak sebab budak2 tu lagu hantu dari pontianak.
Salam Tokasid
My late father wanted one of his kids to be an auditor like him but all three of us ended up in the science stream.
My late brother, if he had lived long enough, would have been a land surveyor while my youngest brother ended up in computer science field. I became a journalist, with some economics background.
Although I was eligible for the science stream, I was proned to doing arts instead. But the education ministry needed to number and I was one of them.
salam doc,
hmmm...gitu rupanya untuk doc.
saya berada di london bila mak hantar surat suruh balik dan buat muzik di ITM. heeehee...music di ITM??? of all the places nak buat music, kenapa tak di london saje dalam hati berkata. rupa rupanya nak jumpa jodoh saya di sana.
kerja sekejap, terus kahwin dan pencen.
Salam Doc,
Dulu i lepaih SPM ...pi lah form 6 sat...kat Sekolah Ibrahim then tukaq ke Anderson School, Ipoh then tukaq ke St. Michael Inst, Ipoh [tukaq jurusan]. Kawan-2 ramai yang dapat pi IPTA...chek jugak yang tak dapat...mana silap? silap mintak kursus lah....sedih nih tak terkira lah doc...rasa diri nih teruk...bengap pun ya.
then after beberapa lama kat form 6, chek dapat tawaran pi IPTA kat Shah Alam belajaq kursus yang bukan pilihan sangat lah [walaupun kemahiran lebih ke arah itu]...pastu setahun lebih kat situ chek dapat tawaran pi UK.
Bila chek renung balik...chek faham..there's always a silverlining behind every turn in life. I met a guy [shy, quiet and caring] fell in love and we got married and blessed with a girl.
baru-2 nih baru chek tau yang masa chek kat IPTA, chek ada mendapat surat from buat kursus yang chek suka... 'undang2' di sebuah universiti. Mak Bapak chek tak habaq kat chek sbb depa rasa dah elok dah chek dok belajaq masa tu.
Tapi chek redha lah...kalau chek buat undang-2 tuh...chek mungkin tak jumpa hubby chek ... :P
Smua orang ada cerita takkan aku takdak cerita?
Aku ni di sekolah tak berapa pandai, buleh kata bodoh la tu/ Tak bodoh lagi ka, orang lain belajaq aku main. Pernah neighbour aku kata kat mak aku yang kalau aku pass MCE, tuhan buta. Tu dia, punya la pandangang rendah kat aku. Tapi memang bodoh pun pasai orang dah kata macam tu, aku buat tak peduli jugak.
Lebih korang dekat sebulan nak MCE baru pi cari buku, pinjam member punya.
Aku rasa nasib la, aku pass dapat gred 2 cukup-cukup makan. Yang tolong aku BI dan Eng Lit. Kalau bukan pasai 2 subject tu, aku lani juai ikan kat market kot.
Aku dapat MARA buat Hotel Catering tapi tak pi, bodoh tak?
Last sekali mak suruh arwah abang pi ambik borang cikgu pasai aku tak mau ambik. Abang nombor 2 isi, aku sign. Jadi lah cikgu.
Salam Doc,
Den tak dapat pun telegram camtu, sedih den. Tapi takpa, mungkin bukan jodoh no. Mungkin Allah sedia sesuatu yang lebih baik :)
Doc
Saya ex-Asasi 1986-87 dan "grad awal". Mujurlah ada kesedaran untuk belajar balik dan "agak berjaya" seperti hari ini. Ada posting pasai cikgu Form IV dan V science saya dalam http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Lukman
doc sy faham apa perasaan doc bila kwn dlm kelas lower six mkin kurang sume dpt p buat matric n dll. sy dulu pun cemas. rasa mcm nak tukar arts stream tp cikgu lak tak kasik n diri sendiri pun tak confident dgn arts stream pasal x penah belajar tu. sedih pun ada member dok kui kurang. asyik lepak kat library je,tup2 mak call 'na ko dpt masuk u'
Fauziah:
Our parents didn't tell us what to be.maybe they didn't want to pressure us.Maybe they themselve didn't know much about those many vocations.
Mak was a primary school teacher in several rural areas.Bapak was just a private in the army.
I know nothing about medicine or engineering or accountancy or law even when in KSAH.I went to see our school counsellor once when I was in Form5 to ask him about carrier guidance.When I asked him about what is the requirement to take engineering or law, he just said: "Cikgu pun tak tau....."
Once my Paksu(also a teacher) asked me: Hang kalau masuk U nak buat kursus apa?
I told him: Cikgu kot Paksu.
Paksu: Awat tak mahu buat medicine ka?jadi cikgu pun bagus. kalau jadi doktor, hang pun boleh tolong orang.Boleh educate orang jugak. dah tu kalau hang ada title DR depan nama hang ,that title akan valid sampai hang mati.Orang akan hormat hang sampai tua.Macam cikgu jugak lah.Tapi hang buat lah apa yang hang rasa hang paling serasi.kami tak akan paksa hang utk ambik itu ini.Hang study hard and be someone.that will make bapak dan mak hang bangga.paksu pun akan bangga kalau hang berjaya.
With no proper guidance I think thats the reason why my decision to do medicine was a last minute decision(and with no confidence of getting it,but hoping all the same).
Min:
Betul....thats how takdir works.Some are revealed and some are hidden away from us and with what we have we made our decisions.
And there are always hikmah in what we do despite our initial dislike.
I always tell myself: Try the best to achieve something, then accept whatever the outcome is. If its like what I wanted, then Alhamdulillah.If its not,Inna lillah...try again.
seronok baca kembara hidup hang...
E:
Betoi jugak noo...awat nak buat muzik kena balik ke Shah Alam sedangkan di London nu..lagi banyak music school.
Tapi itu lah....jodoh works in a mysterious way.Betoi dak?
Che'gu:
Bukan bodoh bukan tak bropa pandai.Cuma masa tu kira nak seronok saja(kot hang kenan Kg Seronok Balik Pulau tak tau la) and mana kita ada pikiaq sangat pasai masa depan.
Makcik tu memang underate hang habih masa tu....sampai sanggup kata lagu tu!!
Kalu tak jadi cikgu hang juai ikan di merket??Sounds interesting.....kalu nak tentu la ni hang jadi the blogging fishmonger!!LOL!
Shah;
Yes....something lebih baik,indeed.
InsyaALLAH.
Lukman:
Kegagalan itu sebahagian dari hidup dan yang penting hang telah bangkit dari episode itu utk berjaya semula.
ramai jugak kawan2 yg kena 'kick' Asasi tapi depa usaha di tempat lain dan berjaya.So you are not alone.
Mek na:
memang waktu2 begitu adalah menyiksakan bila kita tengok lepas sorang -sorang kawan2 kita pergi.And kita macam: Ya ALLAH! Takkan aku dok sangkut kat Form 6 saja kot?
tapi bila dapat tahu boleh masuk U...yabedabedu, betoi dak?
Masa tu: Dunia ana yg punya lah!
Dear Doc,
I grinned like an oyster reading this post. I always like a walk down memory lane. And kursus asasi sains! so long I havent heard the name...
Here's the conversation between my dad and I many2 years ago after my SPM results (report not verbatim though as my memory now has gone from bad to worse!)
Ayah: Go to med school.
Me: No Ayah, I dont want to be a doctor (shudder at the thought, no offence to the blog owner).
Ayah: Why not? You aced all your science subjects.
Me: Almost all the students in my batch aced that subjects. I think I go to law school.
Ayah: Hmmmm, is that what you really want to be? Would you be happy?
Me: I think so.
And you make me think about this conversation again. Would things turn out differently if my answers above in the affirmative of Ayah's suggestion? Entah lah...
SAlam doc,
Saya ambil risiko tolak offer MAS. Confident kot. Ada 2 sebab yg membuatkan org confident masuk IPTA, sama ada result baik atau cable baik punya. BUt I think dlm zaman sekarang, it's the latter that matters.
Alhamdulillah, lepas seminggu offer dr USM sampai.
Sis Elviza:
So your daddy wants you to be a doctor eh?
I have seen many friends who were 'forced' to do courses their parents wanted,most of them purposely failed exams and wasted several good years just to please their parents' whims and fancies.
Finally they took courses which they themselve wanted and now many are successful in their own right.
Mute:
Sometimes gut feeling kita buat kita make good decisions.kalau hang terima MAS offer tentu dah buang duit sebab mesti nak masuk USM jugak,betoi dak?
Post a Comment