Saturday, May 17, 2008

Macam-macam Hari Ada part II


Kita baru saja menyambut Hari Ibu dan Hari Guru .
Ada jugak yg baru menyambut Hari Jadi.Atau Hari Perkahwinan.
Yang bekerja di zoo pula menyambut Harimau setiap hari.

Che'gu Nazir baru saja mendapat berita dari rakan karibnya Samy Velu tentang proposal Hari Mintri.

Jadi aku cuba nak senaraikan Hari-hari yang di sambut dan boleh di sambut oleh rakyat Malaysia.
Senarai tidak mengiikut sebarang order.

1-Hari Tahun Baru 1 Januari setiap tahun.Malam sebelumnya majoriti remaja akan berkumpul beramai-ramai di padang-padang atau dewan-dewan atau taman-taman tasik atau hotel-htel murah untuk sambut tahun baru. Pihak-pihak tertentu akan menyediakan konsert besar-besaran agar pengunjung boleh melepak dari Asar sampai Subuh esoknya.

2-Hari Raya Puasa.
3-Hari Raya Haji.
4-Hari Raya Cina
5-hari raya Hindu(Diwali)
6-Hari Krismas
7-Hari Kemerdekaan
8-Hari Guru
9-Hari Ibu
10-Hari Bapa
11-Hari AIDS
12-Hari Pahlawan
13-Hari Polis
14-hari Gawai
15-Hari Thaipusam
16-Hari maulidurRasul
17-Hari Nuzul Quran
18-Hari Awal Muharram(Maal Hijrah)
19-Hari Wilayah
20-Hari Melaka Bandaraya Bersejarah
21-Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong
22-Hari Keputeraan Sultan/Raja(mengikut negari2)
23-Hari Buruh
24-hari Wesak
25-Hari Sekretari

Ada beberapa cadangan dari rakan-rakan untuk melengkapkan setahun supaya setiap hari ada hari yang tertentu yang boleh ita sambut(dan mendapat public holiday)

1-Hari Menteri
2-Hari Tunku(sempena Tunku A.Rahman al-Haj)
3-Hari Tun Razak
4-Hari Tun Hussin
5-Hari Tun Mahathir
6-Hari Pak Lah
7-Hari Anwar Ibrahim( ambil tarikh mata lebam)
8-Hari Samy Vellu
9-Hari Keng Yeik
10-Hari hapuskan ISA
11-Hari kekalkan ISA(di sambut sehari selepas hari hapuskan ISA)
12-Hari Reformasi
13-Hari Hindraf
14-Hari OSA
15-Hari SARKAS( khusus untuk ahli-ahli PWTC sahaja)
16-Hari Monsoon Cup
17-Hari Hadhari(di sambut oleh golongan SARKAS saja)
18-Hari Tol( di sambut olek syarikat konsesi tol dan samy Velu)
19-Hari Jururawat
20-hari Doktor
21-Hari Peguam
22-Hari Enginneer
23-Hari Akauntan
24-Hari Penyambut Tetamu
25-Hari Rasuah
26-Hari Merokok
27-Hari sakit Jantung
28-hari Kencing Manis
29-Hari Darah Tinggi
30-Hari BUASIR
31-Hari Viagra
32-Hari Proton
33-Hari Perodua
34-Hari NAZA
35-hari Kapchai
36-Hari Lebuhraya
37-Hari Sungai
38-Hari Hutan
39-Hari OKU
40-Hari OKA(Orang kurang Akal)
41-Hari Bas Mini(memperingati pemandu-pemandu bas mini tahun 80-an)
42-hari memperingati Bas Ekspress( yg sering accident)
43-hari Tsunami(memperingati kejadian tsunami)
44-Hari Gempa Bumi
45-hari ribut taufan
46-TENGAHARI( ni sebab aku dah lapar ...nak makan)

Sesiapa yang nak tambah apa-apa hari silakan lah.Setiap penambahan anda akan di caj sebanyak 50sen tidak termasuk caj syarikat telekomunikasi.

16 comments:

Anonymous said...

salam doc,
ingatkan tersalah baca tadi, part 2 cerita chegu ada kat blog doc? rupanya betul.
hmmm...
1. Hari suri rumah (ibu atau bapa yang tak bekerja sahaja)
2. Hari pekerja part time.
3. Hari blogger (suri rumah yang kuat menipu sahaja!)

jumlah kena bayar : RM1.50 ?

Anonymous said...

Hari Tok Mudin tak ada ka? Hrmm... mentang-mentanglah spesis den dah makin pupus...

Lily Abdullah said...

Salam Doc,

Hari OKU memang ada, cuma cuti yang tarak.

Tak payah buat Hari OKU la doc. Orang2 tu guna kami untuk tunjuk konon depa baik dan prihatin sangat.

Mangkuk sungguh!

Unknown said...

1. Hari Bekas menteri
2. Hari correct, correct, correct
3. Hari C4
4. Hari Mahathir pencen

cakapaje said...

Salam Doc,

Taknak tambah, cuma nak perbetulkan sikit. Kat no 25 bhg pertama tu - Hari Sarkas - kita tukar jadi Hari Talkin / Tahlil Sarkas, leh ke? Hmm...tak tambah kena bayaq 50 sen gak ke? :)

mOEha Aziz said...

salam doc,

betul tu kak lily.. tak yah wat la hari OKU tu.. wat sakit jiwe je.. tringat plak sambutan last year, kalau tak Hajah Elahe Norman dari TASPUTRA PERKIM ngamuk, mesti OKU duduk blakang2.. blakang VIP VIP yang langsung bukan OKU...

wah shah, sangat menarik... pastu bley la wajibkan yang menyambut Hari Talkin tu, beli buku TALKIN UNTUK UMNO by my abah, Pak Habib...

hehehe

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Bila dah terlampau banyak hari yang berkemungkinan cuti am, bila pulak hari yang bekerja?

Kerp (Ph.D) said...

doc, i've taken the cue from you and posted the 3rd part of mcm2 hari ada...hahhaa...

tokasid said...

Wassalam E:

Kerp dah ada part III kat tempat dia.

Hari Suri Rumah: bapa-bapa yg bekerja di wajib ambil cuti dan memasak utk ibu2 yg cuti.TA boleh masak setakat Maggi mee saja.

Hari pekerja part time jatuh pada 2 Mei setiap tahun.Pada 1 Mei pekerja part time akan bekerja kerana pekerja full time akan cuti.

Tal pa saya bagi diskaun bayaran di rebate .

tokasid said...

Tok Mudin:

Pada asalnya kerajaan memang nak adakan hari Tok Mudin tetapi telah mendapat protest dari Persatuan Pelaja-pelajar Sekolah Rendah SeMalaysia.

Yang terkini kita mendapat berita telah di luluskan Hari Bidan.

So hang kena jadi bidanlah macam ni....

tokasid said...

Wassalam Mariani WL dan Muha:

Memang betul. Golongan OKU sering di eksploitasikan oleh ahli2 politik dan yang berkedudukan(memang ada yg genuine tapi tak berapa kerat).

Adalah lebvih berfaedah jika kemudahan awam bagi OKU di pertingkatkan bukan sekadar melepas batuk di tangga( atau batuk dalam lift)

tokasid said...

Che'gu:

Hari bekas menteri di reject tetapi di ganti dengan Hari-Ex-minister.

tokasid said...

Shah;

Tak payah bayar.Aku yg kena bayar kat mung.

tokasid said...

Fauziah:

Precisely thats the point!

We have so many PH for this and that and so many occasions to celebrate.

tokasid said...

Kerp:

Will go over stat!

Anonymous said...

Salam Doc.,
Hari Soi Lek = Hari dia mengaku.

Tentang nak sambut hari yang macam2 ni (melainkan yang wajib cuti tu), dicadang tak perlu cuti umum. Tarikhnya biar fleksible, supaya jatuh hari Sabtu atau Ahad. Baru ada benda nak dibuat pada hujung2 minggu. Kalau tidak banyak yang lepak2 je lah.