Friday, May 2, 2008

Waktu mustajab doa


WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJABNYA DOA

Oleh Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah:-

(1). Sepertiga Akhir Malam .Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)


(2). Tatkala berbuka Puasa bagi orang yang berpuasa. Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap selepas solat fardhu .Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab. "Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


(4). Ketika saat perang berkecamuk .Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).


(5). Sesaat ketika hari Jum'at. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-

(Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib. )


(6). Ketika waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir kepada Allah .Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya". (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595) Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.


(7). Doa di antara Adzan dan Iqamah .Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


(8). Doa ketika waktu sujud di dalam solat .Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48) Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.


(9). Ketika saat sedang hujan .Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078). Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).


(10). Ketika saat ajal tiba .Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya'. Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)


(11). Ketika Malam Lailatul Qadar .Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman. "Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5) Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)



(12). Doa ketika Hari Arafah .Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Jadi mari kita ambil kesempatan ini untuk meminta kepada ALLAH Azza Wa Jalla dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri serta berkeyakinan dan bersangka baik pada ALLAH.


20 comments:

Lily Abdullah said...

"Doa di antara Adzan dan Iqamah .Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)"

salam Doc,
Saya tertarik sungguh dengan yang ini. Didapati umat Islam sekarang lansung tak hormat azan dah. Terutama waktu Magrib. Masa tu la nak pi order makan,pi pasar malam, bukak TV dll.

Saya tak mengata orang tapi diri saya juga haih!

Terima kasih doc & selamt hari pekerja. Majikan pun pekerja jugak kan? LOL

Unknown said...

I teach in the afternoon and since there are a few Mesjids around, we do hear the azan, twice a day in the afternoon session. I make it a point to stop every time we hear the azan and observed my students. They just can't simply keep quiet so they got a lecture from me and still the next azan, they would be back to their old self.
Mungkin depa tak faham apa itu menghormati azan. Mungkin di rumah pun depa buat macam tu jugak. Mungkin di rumah depa tak di marah atau di tegor bila depa bising waktu azan. Mungkin di rumah ibu bapak memang tak dak sebab sibuk bekerja.
We do have a lot of work to do to educate our youngs. Banyak sangat.

jaflam said...

Salam Doc,
Thanks for the sharing semoga menjadi ingatan dan amalan kia bersama.

Saya akan berada di Rennaisance hotel Melaka petang Jumaat hingga Ahad ini, teman isteri mtg di situ. Kalau ada kelapangan mungkin boleh kena Teh Tarik Melaka ( HP 012 - 3021029)

Anonymous said...

salam yob.albumm baru teman dah keluar sakrat.ada masa lawat blog saya yer,kalau blh tlg link kan..www.pestajiwa.net

videoklip pun ada dalam tu dan youtube..terimakasih..

meor

ummisara said...

Doc,

Thanks for the informative posting on Waktu Mustajab Doa...

Betoiii kata waterlily & Chegu. Chek setuju sangat...

Kena tanam kat jiwa betoi-2 utnuk budak-2 la nih...payah nak buat depa paham...

bukannya nak mengata kat orang...anak chek yang umoq 6 tahun tuh pun sama jugak...bila azan, volume TV yang kuat tuh tak diperlahankan...walaupun dah berkali habaq, bila dengar azan, perlahankan or mute the volume dulu...tak baik mcm tuh...bila tegur dia buat, bila kita tak dak , dia buat dek.

Chek dulu masa kecik baya anak chek, cukup takut. Kalau dengaq azan, teruih senyap [takut jadik tuli dah jadik babi kalau bising]kakak sepupu yang 4 tahun lebih tua crita lagu tuh...kita masa kecik pun betoi-2 dengaq lah...

sapa ada cara-2 yang lebih berkesan?

Alamak!!! maap Doc panjang sangat i berleteaq

KAMATO said...

Terima kasih doc, bagus untuk peringatan kita

tokasid said...

Mariani:

Memang itu yang sering kita lihat.Samada adzan kat radio,adzan kat TV atau adzan kat masjid.

Malah sering kali kat masjid ketika adzan ramai juga yg dok bersembang-sembang dan ketawa berdekah-dekah. Sepatutnya kita diam dan menjawab adzan yang besar pahalanya.

Kalau pasar malam berhampiran masjid( kat DT ni memang pasar malam sebelah masjid setiap Rabu) bila tiba adzan maghrib, baik yg berniaga baik pelanggan sama saja. saya adakala pergi solat kat masjid sini waktu maghrib dan bila kita lalu melalui pasar malam kita dapati panggilan utk bersolat tak di ambil berat langsung. Yang best bila iqamah utk solat maghrib, dapatlah kita kumpul lebih kurang 30 org berjemaah( termasuk yg regular solat di masjid 10 orang)sedangkan saya anggarkan ketika itu di pasar malam ada lebih kurang antara 500-600 orang yg kehulu-ke hilir.

Yang menakjubkan,kata seorang peniaga pasar malam(dia ni akan tutup sekejap utk naik solat di masjid)setiap minggu org akan ramai dtg ketika maghrib!Everage time org di pasar malam ialah 45 minutes.
So faham2 saja lah.

tokasid said...

Che'gu;

Thanks for the input.
I think in this aspect it becomes second nature to act like that when at home they are not well advise( if any was given by their bapak)

If little things like the adzan is not respected do we expect other aspect of religion will be respected?

And we wonder why the Malay Muslims have a serious moral crisis.
its because of our attitude,the Tidak Apa attitude about everything in life, except entertainment!

tokasid said...

Pak DJ:

You coming down to Melaka?
Alamak pak! I'll be in KL this weekend.Rindu kat anak.

tokasid said...

Meor Yusof Azzidin:

nanti teman buat satu posting khas utk kome yob!

tokasid said...

Edelweiss:

Anak yg umoq 6 tahun tak pa Min. Yang anak umoq 16 tahun atau 26 tahun atau 60 tahun tak hormat adzan yang kita rasa terkilan.

Memang la tak berdosa kalau nak bersembang ka nak gelak ka tapi tak beradab dengan ALLAH la kan.

Budak2 la ni mana boleh nak psycho dgn dgn kata nanti jadi babi ka ,jadi anjin ka,jadi tuli ka...
The best way is we tell them properly about respecting the adzan atau recitation of Quran.Once they understand that they will know what to do.

Takpa aih...meletiqa panjang2 utk kebaikan apa salahnya.

tokasid said...

Kamato;

Sama-sama wak. Mungkin ramai yg dah tahu tapi terlupa.Kita ingat2kan saja.

Satu lagi waktu yang afdhal berdoa ialah antara dua khutbah( tak kesah khutbah jumaat atau khutbah Raya)

cakapaje said...

Salam Doc,

Maaf, 2-3 hari ni memang tak pi jalan jenguk memba sangat - entah kenapa, darah asyik up je; tu yang malam tadi gunung berapi meletup sikit :)

Anyway, thank you for this reminder. Segan nak komen kat Cikgu bab dia kata ana ni angel!

tokasid said...

Shah;

Sama lah dgn aku. sejak streamyx kat sini slow macam siput BABI ni menjadi satu seksaan bathin bila nak blog hopping atau nak download You tube.

Aku tahu apasal hang meletup and that Bandar Tun Razak keris chap was the last straw that you manage to tolerate.

Well, you have certain angelic quality in you. Apa nak segan nya. Che'gu is being frank about it.

FiSHY@iKe said...

Salam doc, I come here on Pak Zawi's recommendation and I'll be coming back here often.

A great post doc! Muslim nowadays forget about the power of Doa. Sometimes, when we have done everything that we could, we always seems to forget to pray to Allah, the One who controls everything in this world.

"Wamakaru, wamakarullah, wallahukhairu makirin", human plans, Allah too plans, but He's plan is much more greater than us.

See you around doc! Take care! Salam...

mOEha Aziz said...

Salam Doc,

terima kasih kerana mengulangi apa yang telah dipesan kepada saya. We human tend to forget, its our nature. Baru baru ni pun Dr Fatma mentioned about the best times to ask from The Lord.

tokasid said...

Fish:

TQ for dropping a comment.

One thing about modern Muslims: We tend to forget making du'a.ALLAH always waits for us insan to request and seek from HIM.

But we only remember du'a when we are in a situation or when we are desperate or when we feel hopeless.And most of the things that we du'a are worldly things.

We seldom make du'a for our iman or for hidayah and taufiq.And we forget to ask ALLAH for HIS rahmah.

We will be 'pulun-ning' making du'a before our or our children's exam or before our interviews.

And some Muslims have a wrong concept of du'a ie making du'a but refuse or fail to work hard and appropriately for the goal. that's why we see parents busy-ing themselves with air yassin before children's exams and air penerang hati and jampi-ing the pens,pencils and erasers.

InsyaALLAh I'll write on how to make a proper du'a.

TQ once again.

tokasid said...

Muha:

Thanks for visiting.

As it is the word insan came from a root(kata dasar) meaning forgetfulness.Wallahu'alam.

FiSHY@iKe said...

Looking forward for your post bout the proper ways for saying doa. By the way, just want to inform you that I'm linking your blog to mine. Hope you don't mind. Good night sir! :D

cakapaje said...

Salam Doc,

Kalau free, tolong baca my latest entry dan berikan idea bernas. Terima kasih :)