Selamat tinggal Aloq Staq. I'll miss you.
Dengan telegram tersebut di tangan badan ku terasa amat ringan.Rasa terapung di udara.Rasa high.Rasa stim.Rasa dunia ini ana yang punya.
"Ha! Hang dapat pi mana?" tanya C.C.
"Dapat pi UM.Asasi Sain.Ni bapak saja hantaq mai".Senyuman ku terasa bagai senyuman paling menaruk di dunia masa tu.Aku terasa aku pelajar terhandsome di KSAH pada ketika itu.
"Tahniah kat hang. Sat ni saya buat surat apa yang perlu.Elok hang naik jumpa HM dan bagi tau dia"
Aku naik ke tingkat atas pejabat dan mengetuk pintu bilik HM.Aku masuk dan Pak Pa mendongak melihat aku.
"Assalamu'alaikum che'gu...."
"Wa'alaikum salam. Hah ada apa lamu mai jumpa saya ni?"
"Saya nak bagi tau saya dapat masuk Asasi sains che'gu. Ni nak minta izin nak balik Taiping pasai tak tau bila nak kena pi Kolompo"
"Hang talipon la tanya ayah hang"
" Rumah kami tak dak telipon che'gu"
"Takpa...nanti turun jumpa CC dia akan prepare surat-surat yang perlu.Kamu pi jumpa guru tingkatan dan inform dia.Pi jumpa kawan-kawan mana yang perlu.Che'gu nak pesan sikit. Ambil peluang ini untuk belajar setinggi mungkin dan jadilah orang yang berguna kepada masyarakat."
"InsyaALLAH che'gu.Terima kasih kerana selama ni che'gu dan che'gu-che'gu yang lain dok tolong ajaq saya dan kawan-kawan..."Mata aku mula berair sikit.Tak macho langsung.macam cerekarama Melayu saja....
Petang itu aku naik bas pulang ke Taiping.
Aku ke kelas dan jumpa kawan-kawan yang rapat dan beritahu mereka aku akan ke UM.
mereka pun seperti aku beberapa hari lalu. Seronok bila ada kawan yang dapat ke IPTA.Sayu kerana akan berpisah. Sedih kerana diri sendiri tiada khabar berita.Aku cari cikgu kelas di bilik guru.Dia ucapkan tahniah dan selamat berjaya.
Aku cari guru kelas semasa Form 5.Cikgu Hindun. Dia tersenyum lebar dengan berita ku. Dari anak mata Cikgu Hindun aku tahu dia bangga kerana anak didik dia berjaya juga.
"Belajar rajin-rajin ya Zulhisham. Jangan kecewakan harapan mak bapak kamu. Jangan kecewakan cikgu.Jangan bagi malu pada Kolej."
"Cikgu.....saya nak terima kasih kat cikgu pasai cikgu dok nasihat kami semua tanpa jemu. Cikgu layan kami sekelas macam anak sendiri.Saya terhutang budi kat cikgu.Akan saya ingat cikgu sampai saya mati.Saya janji cikgu"
Aku cari Ustaz Minhat tapi tak jumpa.Ah!!Mana pergi warden Asrama yang jaga aku sejak tingkatan 1 sehingga habis MCE? Adakah ustaz masih marah pada kami?Adakah ustaz masih berkecil dengan kami dengan insiden semasa MCE dulu?
Mana pergi ustaz?Aku perlu bersemuka dengan ustaz.Aku perlu peluk cium tangan ustaz.Aku perlu ucapkan secara berdepan dengan ustaz bahawa motivasi ustaz yang membuat kebanyakan kami anak-anak asrama berjaya.Dan aku perlu dengar ustaz telah maafkan aku serta rakan-rakan lain.Maafkan 10 kepala samseng!!
Tapi ustaz tak ada.Aku harus segera.Nak kena balik ke rumah sewaan untuk ambil beg baju. Nak telifon Paksu di Sg Petani memberitahu berita gembira ini.Berita hebat.Berita pecah kepala.
Tapi kelibat ustaz tak nampak-nampak jugak.
Aku ke pejabat dan dapatkan beberapa surat dan dokumen dari CC. Aku dan Annuar balik ke rumah sewaan di Pumpong.Aku peluk Annuar.Aku akan berpisah dari kawan karib ku.Teman sejak Tingkatan 2 -5. Aku ucap terima kasih kerana izinkan aku di rumah sewaan kami.
Dari dalam bas UT aku memandang bandar Alor Setar buat kali terakhir.Aku melihat sesak orang di Pekan rabu.Ramai berlonggok dan bertenggek di tepi longkang menjamu selera Mee Tonggek di sebelah Panggung Empire. Panggung Cathay dan sungai yang mengalir lesu di sebelahnya.tempat aku dan rakan-rakan menonton filem siri Confession of....dan gambar Melayu Esok Masih Ada.Dan Marathon Man.Aku melihat bangunan Pejabat Pos yang tersergam besar yang setiap bulan aku pergi untuk menukar money order yang bapak hantar setiap bulan dan deretan kedai pakaian sukan yang sering kami singgahi setiap minggu bila outing untuk melihat boots Adidas dan jersi Adidas atau UMBRO. Melihat Simpang Kuala,Tandop dan Sek Men Teknik(di mana adik aku masih di situ).Akhirnya Alor Setar dan daerah Kota Setar hilang dari pandangan.
5 tahun penghidupan aku sebagai anak rantauan di Alor Setar berakhir hari itu.
Akan bermula hidup aku sebagai anak rantauan di Kuala Lumpur dan aku rasa gentar memikirkannya. Tidak pernah aku ke bandar yang lebih besar dari Alor Setar.Tak pernah aku melangkah kaki ke Kuala Lumpur sebelum ini. Adakah aku bersedia untuk Kuala Lumpur?
Tapi aku tiada pilihan.
Kuala Lumpur!Aku akan masuk ke dalam dakapan mu.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
26 comments:
Assalamualaikum Tn Hj Doc,
....dah lama i tak respon tapi bila baca cerita baru u tuu ( I always visit yor blog)..sedih juga dengar cerita 28 tahun yg lepas...
Well u antara org yg lambat keluar KSAH, but i antara orang yg paling awal dapat offer keluar KSAH..iaitu ke UPM, pada masa tuulaa....Yg sedih masa tu hampa yg dapat 1st grade dah tak peduli kat we all yg dapat 2nd grade...
..cuma nak bagi tau satu, sebab u mentioned about cikgu Hindun..i pun tak lupa dia sebab dia tulis yg i boleh main bola jaring dalam leaving certificate i.??.
..Salam i utk kawan2 lain, Sham.
Assalamualaikum & TQ
..omar tengganu...
Salam Doc,
Wah! Ni macam trilogy Star Wars nampaknya! Silap silap, macam Alien - keluar Resurrection. Hmm...tapi jangan lama lama sangat nak sambung no :)
Salam bro TA,
sy mengikuti setiap babak umpama menonton wayang propaganda nih... ni tengah sambung filem ke hapa ni...(cuba bayangkan ditengah padang bola sepak, gelap seketika hanya wayang gambar men sedang membetulkan filem yg terputuih) hahahaha...
apapun, ur last line strong sungguh.
bayangkan (berapa kali daaa)kuala lumpur berkata: hai budak hitam, aku menanti kau datang dalam dakapan ku....
(cepat sikit sambung filem terputuih tuuuuu *sora-sora penonton*)
Errr...maaf bro..jika terpanggil you budak hitam walhal you put 'gelap' instead...maaafffff...ammpuuunnnn
Wa'alaikumussalam Omaq:
Ya ka masa tu aku buat tak tau?
Aku ingat kita semua kecamuk rata.Ada yg dok luaq(aku) ada yg dapat dok hostel.Masa tu cukup confuse mana dgn orientasi mana dgn nak biasa naik bas mana dgn dok nak cari makan. Masa tu pun dok kelam kabut pasai dok pikiaq lagu mana nak bajet duit belanja kalu tak dapat dok hostel.Aku ingat penah kami hat dok pumpong tuang sekolah dua tiga hari pasai bas tak mau berenti amek kami tang stadium.
Cikgu Hindun tukis hang main netball??Yang aku tahu hang main basket ball ada la.
salam doc,
nostalgik... budak botak ni pun jadi terkenang kenang bila dengar JAWS ni dok ngeja... hilang jap penghayatan... tak best sore JAWS ni... :)
terima kasih... cepat cepat sambung... :)
Wassalam Shah:
Nanti ada satu lagi bagaimana budak gelap semasa mula2 masuk KL dan UM.
Rasen:
Memang hitam pun tapi tak lah sehitam pak hitam kat Africa nun.Tu yang tulis gelap.
Saya tak marah pun,tapi sebab dah minta mahap terpaksa le mahapkan.LOL!
Salam Tokasid
This is beginning to be like Enid Blyton's Malory Tower series of books which I grew up reading.
This, I am sure, will make a good read.
Wassalam Muha:
InsyaALLAH akan sambung bagaimana budak gelap jadi cangguk bila jejak kaki ke KL.
Fauziah:
Enid Blyton? Wah dah lama tak baca buku-buku tu.Dulu sekali sekala pinjam kat library sekolah
Salam...
Maaplah...nak tergelakkkk baca comment frm Omar Tgganu...mintak maap ya encik omaq...sbb tak tahan tengok u tulih yang Cikgu Hindun tulih u boleh main netball....kekekeekekkekek adoiiii sakit perut... Doc!!! Munzar pun kenai cikgu Hindun? lawakkkk lah...
Ok ok...serious balik...
June 1980...ish...chek nih dok sekolah tadika lagi aih...
Ish...syok pulak baca your crita...cepat sambung tau...BAB 3.
Siap i dok bayangkan lagi lagu manalah u pi beradab dengan Pak pa, CC...you dok cari ustz minhat...
raden darling...
budak gelap jadik budak itam???? kekekekeke terbakaqqqqqq Doc baca tuh...kekekke
Salam Doc,
Kalau 29 thn lepas Doc di dlm Tingkatan 5 di KSAH, bermakna Doc ni same batch dgn suami saya..Saya pulak dulu di SAS...
Min:
Munzar memang kenai Cikgu Hindun.
Munzar pun rapat ngan Omaq pasai sama-sama SP mari.
bab 3 akan mai sehari dua ni....
budak gelap masuk KL.
Salam ja-anuar:
Suami budak KSAH batch saya?Hmm...sapa nama dia?
Do you have a elder sister in Form6 at that time in KSAH?
salam doc,
heeheehee....hikayat tokasid!!
Salam Doc,
Nama dia Anuarudin Alwi, org SP.. Kelas Special Malay, sekali dgn Yusuf Muhammad aka Cop Kedabu.. Duduk hostel block B masa Forms 4-5..
Kakak saya belajar di TKC, then ke UM.. tua sethn dari Doc.. Mungkin Doc penah jumpa dia dulu..
Salam Doc,
Terima kasih kongsi pengalaman... saya pun teringat zaman2 sekolah dulu (kat mrsm s'ban, '72-76)... masa yang paling seronok dalam hidup rasanya... of course, dah berkeluarga pun seronok juga, tapi seronok nya lain lah kan?
ja-anuar:
Subhanallah!
Anuarudin.Awat tak kenai pulak.Dulu form 3 kami dok Hang Tuah Wing.Dia di Sg Layaq kan? Selan Chp Kedabu,Anuar juga rapat ngan Zan Cirit budak Penghulu Him dan Chop Chong.
You hubby was always a jovial chap and always have an infectious smile.
I will e-mail you my hp no later and pls give it to him.
The anonymous(1st commentator in this posting) is Omar Hassan whom your hubby knew. And Edelweiss is our batch mate,Munzar's(another SP guy)anak penakan.
drzeze is SAS,my batch.
A small world indeed.
My Salam to Anuat.
Wa'alaikumussalam pak dhahran sea:
Yes, zaman sekolah menengah is among the best time in life esp yg dok asrama.Yang tak dok asrama seronak dia lain....
E:
Hikayat tokasid tak semenarik hikayat merong mahawangsa atau raja bersiong.
Tapi macam Grease without the girls lah kot....masa zaman grease,Form 3-4 kawan2 siap buat tarian Grease for teacher's day concert sampai sekolah lain pun jemput utk perform.
whoaa..sorry doc, missed the first boat. did some catching up and now looking forward to life post-alor star.
ni nak tanya sikit ni...apa jadi time MCE dulu sampai ustaz pon jatuh kopiah ni? hehehe...mee tonggneg tu amenda plak?
i bet the coming sequels will be interesting. bak kata orang melaka,...seronok benau!
Doc,
U have my e mail add, kan? Anuar masih ingat semua tuanpunya nama yg u mentioned.. And yes, he does remember u..
Actually my elder sister is also an ex-2nd RC.. Anita Azizan, org Aloq Staq..
I budak SAS,SPM 1982..Tak banyak bercampur dgn seniors.. jenis eksen tak tentu hala dulu..hahaha..Tu yg x brp kenai orang.. Tapi kalau tengok muka, mungkin I boleh ingat gak, insyaAllah..
Bloggers,
the next gathering...Doc. TA will
make a special performance...menari ler. Kan dia terror sampai kena jemput menri kat sekolah lain... kekekekekekek
Talk Only boleh join...Chegu pun...
kekekekek
Tu lah kan Doc, bila dah blogging secara tak langsung...boleh erat silaturrahim dengan depa dah terputuih hubungan lepas sekolah... :)
Min:
Menari Makyong boleh lah.
Dulu I was not on the Grease team.
I was with McDogols- 5 crazy singers which consist of Yusri Mardianus,Adam,Hashim Puteh,Chop and yours truly.We wear striped long sleeves T-shirts and baggy pants ala 50s.We sang medleys of old P.Ramlee songs.And we were invited to Sultanah Asma School on 2 occassions to perform there.Masa tu kecut perut sebab all girls school!!
Post a Comment