
Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai esok. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.
Secara umum ada beberapa
kategori manusia di bulan Ramadhon:
1-Muslim yang
berpuasa tetapi masih bergelumang dengan noda dan dosa. Malah ada jugak yang langsung tidak berpuasa( dengan sengaja). Tanpa segan silu, siang atau malam mereka lakukan maksiat. Apabila ditegur atau di nasihati,pandai pula mereka naik marah.
2-Golongan yang
hanya berlapar dan dahaga sahaja kerana mereka telah melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, bercakap kotor dan lucah etc. Puasa mereka mungkin sah, tetapi tidak ada nilai di sisi ALLAH. Ada juga yang jadikan Ramadhon sebagai peluang menjamu selera sehingga membazir( apa lagi kan pasar Ramadhon banyak kat tempat kita). Ada pula yg ambil peluang berjaga malam, tetapi bukan utk baca Quran atau zikir atau bermunajat tetapi menyambung aktiviti melepak di warung hingga waktu Subuh!
3-Golongan yang
berpuasa dan menjaga segala larangan dan adab berpuasa. Mereka menjaga perkataan dan perbuatan mereka. Mereka membuat kebajikan seperti bersedekah,membaca al-Quran dan solat malam.
Persediaan menghadapi Ramadhon al-Mubarak:1-Berazam utk bertaubat dan menyerah diri pada ALLAH serta melahirkan cita2 utk mengimarahkan bulan Ramadhon dgn amalan soleh.
Firman ALLAH dalam Surah Toha ayat 82:
Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.
2-Memanafaatkan Ramadhon sebaik mungkin,mudah-mudahan bermula sehingga berakhir Ramadhon akan menambahkan kebaikan dan kesan mendalam dalam diri kita.
3-Mengambil peluang untuk sucikan diri dan membuat perubahan agar kembali taat dan mengingati ALLAH.
4-Sentiasa mengaungkan Asma al-Husna(nama-nama ALLAH) dan menghayati maksud setiap nama tersebut.
5-memperbanyakan zikrullah seperti membaca al-Quran,bertahmid, bertasbih bertakbir dan seumpamanya.
6- memperbanyakan doa-doa pada waktu yg afdal:
(i)-waktu hampir berbuka puasa
(ii) waktu antara azan dan iqamah
(iii)-Satu pertiga malam terakhir iaitu ketika waktu sahur.
7-Memperbaiki akhlak kita dan sentiasa sabar dengan karenah manusia.
8-Ramadhon adalah bulan keampunan.Celakalah sesiapa yang tidak mendapat keampunan pada Ramadhon.
PUASA: dari segi syarak bermakna~ menahan diri dari segala makanan dan minuman bermula dari terbitnya fajar(Subuh) sehingga tenggelam matahari(maghrib), di sertai dengan niat.
Rukun Puasa:
1-Niat. Seperti semua amalan ibadah puasa mesti disertai dgn niat pada malam harinya(untuk puasa wajib). Niat itu di hati, ianya gerak hati kita hendak melakukan sesuatu amalan. Jumhur ulamak tidak mensyaratkan lafaz niat.
2-Imsak: maknanya menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar(Subuh) hingga tenggelam matahari.
3-Islam,baligh,berakal dan berkemampuan.
Perkara yang membatalkan puasa:
1- Jimak-puasa terbatal dan wajib mengqada' serta di kenakan kiffarah(denda) mengikut turutan(dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra di dalam Sohih Bukhori dan Muslim)
(i)-membebaskan seorang hamba yang beriman( zaman sekarang tiada lagi perhambaan)
(ii)-wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dan tidak boleh di selangselikan. Jika tertinggal maka di lakukan semula selama 2 bulan berturut-turut jugak.
(iii)-Jika tidak mampu berpuasa 2 bulan , hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.
( nota: Kaffarah adalah yg pertama dahulu,kalau tiada hamba maka wajib yang kedua, jika tidak mampu( kerana zakit atau uzur) barulah boleh yang ketiga)
2- mengeluarkan mani dengan sengaja(pada siang hari bulan ramadhon)- puasanya terbatal dan wajib mengqada'kan pada bulan yang lain. Tetapi jika air mani terkeluar di sebabkan mimpi, tidak batal puasanya( kerana itu bukan atas kehendaknya atau perbuatannya).Org itu hanya perlu mandi wajib dan teruskan puasanya.
( suami isteri yang bercumbu atau memeluk isteri tetapi tidak keluar maninya, puasanya tetap sah)
3- Makan dan minum secara sengaja( sedar dan ingat dia sedang berpuasa). tetapi jika tidak sengaja atau terlupa dia puasa( eg tidur petang, bila bangun dia tak ingat dia puasa,lalu makan. Tapi ketika makan dia teringat dia puasa atau ada org lain menegur, dia mesti terus berhenti makan/minum dan teruskan puasa)
4-Muntah dengan sengaja( eg jolok jari dalam mulut sampai muntah). Jika tak sengaja,puasa nya sah dan mesti teruskan puasa.
5- haid dan nifas.
Perkara yang diharuskan ketika puasa.
Ini adalah keringanan yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambaNya.
1-Bersiwak/gosok gigi.
2-Berbuka bagi musafir,orang sakit dan sesiapa yg tidak mampu.
3-berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung, tetapi hanya sekadar menghilangkan debu dan kotoran dalam mulut dan hidung.
4- Merasa makanan(taste..not eat)- selagi hadnya tidak sampai ke halkum.begitu juga masaalah berkaitan ubat gigi.
5- Mandi dan basuh kepala utk menghilangkan kepanasan dan dahaga.( hadith riwayat Abu Daud)
6- memasukkan ubat ke telinga atau mata.
Sunnah dan Adab berpuasa:
1- Berdoa ketika melihat anak bulan.
2- Sahur
3- Melewatkan sahur
4-Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan jahil
5-Tidak membalas cercaan atau makian.
6- Tidak di benarkan berbohong( riwayat al-Bukhori)
7-Bersedekah. Nabi s.a.w. banyak bersedekah pada bulan Ramadhon.(hadith riwayat Bukhori)
8- membaca al-quran. Dalam hadith riwayat Bukhori: Jibril a.s. menemui Nabi saw setiap malam di bulan Ramadhon dan Nabi saw memperdengarkan bacaan Quran kepada Jibril a.s.
9-Melakukan Umrah(jika mampu)
10-Menyegerakan berbuka puasa.
11-Memperbanyakan doa sebelum berbuka
12- Berbuka puasa dengan Rutab, tamar atau Air( ikut turutan itu,mana yg ada): ini yang sering Nabi saw lakukan.
13- Segera mengerjakan solat Maghrib.
14- Berbuka secara sederhana( ini yang ramai kita tak boleh buat)
15-Menjamu orang yang berbuka puasa.
16-Mengerjakan solat tarawih.
17-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar.
18-Beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhon.
Tentang fadhilat berpuasa boleh baca apa yang telah di blog oleh
Pak Mior.And some nice artwork tentang fadhilat Romadhon di
sini.Semoga Ramadhon tahun ini akan memberi perubahan yang baik kepada kita semua. dan semoga ALLAH menerima puasa kita dan Mengampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Ya Rabb.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa