Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai Isnin ini 1 Oktober 2008. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.
Hakikat Puasa |
Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka." Riwayat Ahmad dan Baihaqi |
Secara umum ada beberapa kategori manusia di bulan Ramadhon:
1-Muslim yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan noda dan dosa. Malah ada jugak yang langsung tidak berpuasa( dengan sengaja). Tanpa segan silu, siang atau malam mereka lakukan maksiat. Apabila ditegur atau di nasihati,pandai pula mereka naik marah.
2-Golongan yang hanya berlapar dan dahaga sahaja kerana mereka telah melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, bercakap kotor dan lucah etc. Puasa mereka mungkin sah, tetapi tidak ada nilai di sisi ALLAH. Ada juga yang jadikan Ramadhon sebagai peluang menjamu selera sehingga membazir( apa lagi kan pasar Ramadhon banyak kat tempat kita). Ada pula yg ambil peluang berjaga malam, tetapi bukan utk baca Quran atau zikir atau bermunajat tetapi menyambung aktiviti melepak di warung hingga waktu Subuh!
3-Golongan yang berpuasa dan menjaga segala larangan dan adab berpuasa. Mereka menjaga perkataan dan perbuatan mereka. Mereka membuat kebajikan seperti bersedekah,membaca al-Quran dan solat malam.
Persediaan menghadapi Ramadhon al-Mubarak:
1-Berazam utk bertaubat dan menyerah diri pada ALLAH serta melahirkan cita2 utk mengimarahkan bulan Ramadhon dgn amalan soleh.
Firman ALLAH dalam Surah Toha ayat 82:
Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.
2-Memanafaatkan Ramadhon sebaik mungkin,mudah-mudahan bermula sehingga berakhir Ramadhon akan menambahkan kebaikan dan kesan mendalam dalam diri kita.
3-Mengambil peluang untuk sucikan diri dan membuat perubahan agar kembali taat dan mengingati ALLAH.
4-Sentiasa mengaungkan Asma al-Husna(nama-nama ALLAH) dan menghayati maksud setiap nama tersebut.
5-memperbanyakan zikrullah seperti membaca al-Quran,bertahmid, bertasbih bertakbir dan seumpamanya.
6- memperbanyakan doa-doa pada waktu yg afdal:
(i)-waktu hampir berbuka puasa
(ii) waktu antara azan dan iqamah
(iii)-Satu pertiga malam terakhir iaitu ketika waktu sahur.
7-Memperbaiki akhlak kita dan sentiasa sabar dengan karenah manusia.
8-Ramadhon adalah bulan keampunan.Celakalah sesiapa yang tidak mendapat keampunan pada Ramadhon.
PUASA: dari segi syarak bermakna~ menahan diri dari segala makanan dan minuman bermula dari terbitnya fajar(Subuh) sehingga tenggelam matahari(maghrib), di sertai dengan niat.
Rukun Puasa:
1-Niat. Seperti semua amalan ibadah puasa mesti disertai dgn niat pada malam harinya(untuk puasa wajib). Niat itu di hati, ianya gerak hati kita hendak melakukan sesuatu amalan. Jumhur ulamak tidak mensyaratkan lafaz niat.
2-Imsak: maknanya menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar(Subuh) hingga tenggelam matahari.
3-Islam,baligh,berakal dan berkemampuan.
Perkara yang membatalkan puasa:
1- Jimak-puasa terbatal dan wajib mengqada' serta di kenakan kiffarah(denda) mengikut turutan(dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra di dalam Sohih Bukhori dan Muslim)
(i)-membebaskan seorang hamba yang beriman( zaman sekarang tiada lagi perhambaan)
(ii)-wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dan tidak boleh di selangselikan. Jika tertinggal maka di lakukan semula selama 2 bulan berturut-turut jugak.
(iii)-Jika tidak mampu berpuasa 2 bulan , hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.
( nota: Kaffarah adalah yg pertama dahulu,kalau tiada hamba maka wajib yang kedua, jika tidak mampu( kerana zakit atau uzur) barulah boleh yang ketiga)
2- mengeluarkan mani dengan sengaja(pada siang hari bulan ramadhon)- puasanya terbatal dan wajib mengqada'kan pada bulan yang lain. Tetapi jika air mani terkeluar di sebabkan mimpi, tidak batal puasanya( kerana itu bukan atas kehendaknya atau perbuatannya).Org itu hanya perlu mandi wajib dan teruskan puasanya.
( suami isteri yang bercumbu atau memeluk isteri tetapi tidak keluar maninya, puasanya tetap sah)
3- Makan dan minum secara sengaja( sedar dan ingat dia sedang berpuasa). tetapi jika tidak sengaja atau terlupa dia puasa( eg tidur petang, bila bangun dia tak ingat dia puasa,lalu makan. Tapi ketika makan dia teringat dia puasa atau ada org lain menegur, dia mesti terus berhenti makan/minum dan teruskan puasa)
4-Muntah dengan sengaja( eg jolok jari dalam mulut sampai muntah). Jika tak sengaja,puasa nya sah dan mesti teruskan puasa.
5- haid dan nifas.
Perkara yang diharuskan ketika puasa.
Ini adalah keringanan yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambaNya.
1-Bersiwak/gosok gigi.
2-Berbuka bagi musafir,orang sakit dan sesiapa yg tidak mampu.
3-berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung, tetapi hanya sekadar menghilangkan debu dan kotoran dalam mulut dan hidung.
4- Merasa makanan(taste..not eat)- selagi hadnya tidak sampai ke halkum.begitu juga masaalah berkaitan ubat gigi.
5- Mandi dan basuh kepala utk menghilangkan kepanasan dan dahaga.( hadith riwayat Abu Daud)
6- memasukkan ubat ke telinga atau mata.
Sunnah dan Adab berpuasa:
1- Berdoa ketika melihat anak bulan.
2- Sahur
3- Melewatkan sahur
4-Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan jahil
5-Tidak membalas cercaan atau makian.
6- Tidak di benarkan berbohong( riwayat al-Bukhori)
7-Bersedekah. Nabi s.a.w. banyak bersedekah pada bulan Ramadhon.(hadith riwayat Bukhori)
8- membaca al-quran. Dalam hadith riwayat Bukhori: Jibril a.s. menemui Nabi saw setiap malam di bulan Ramadhon dan Nabi saw memperdengarkan bacaan Quran kepada Jibril a.s.
9-Melakukan Umrah(jika mampu)
10-Menyegerakan berbuka puasa.
11-Memperbanyakan doa sebelum berbuka
12- Berbuka puasa dengan Rutab, tamar atau Air( ikut turutan itu,mana yg ada): ini yang sering Nabi saw lakukan.
13- Segera mengerjakan solat Maghrib.
14- Berbuka secara sederhana( ini yang ramai kita tak boleh buat)
15-Menjamu orang yang berbuka puasa.
16-Mengerjakan solat tarawih.
17-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar.
18-Beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhon.
Tentang fadhilat berpuasa boleh baca apa yang telah di blog oleh Pak Mior.
And some nice artwork tentang fadhilat Romadhon di sini.
Beberapa link tentang puasa (boleh baca ketika menunggu iftar atau menunggu sahur atau selepas berterawih:
1-E-book tentang kemusykilan puasa Ramadhon dan berkaitan puasa.
2-Berhati-hati hadith palsu tentang fadhilat solat Terawih.
3-KEUTAMAAN DI BULAN RAMADHAN
4--KEUTAMAAN IBADAH PUASA
5--FADHILAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
6-SAHUR UNTUK BERPUASA
7-Adab-adab berbuka puasa menurut Sunnah Rasulullah S.A.W.( SS Mufti Perlis)
8-ANCAMAN BAGI ORANG YANG MEMBATALKAN PUASA RAMADHAN DENGAN SENGAJA
9-PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DIJAUHI OLEH ORANG YANG BERPUASA
10-Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa
11-Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang berpuasa
12-Perkara-Perkara yang membatalkan Puasa
13-Sunnah-Sunnah Di Dalam Berbuka Puasa
14-Mengqadha’kan Puasa
Semoga Ramadhon tahun ini akan memberi perubahan yang baik kepada kita semua. dan semoga ALLAH menerima puasa kita dan Mengampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Ya Rabb.
19 comments:
Terima kasih kerana memgingati, Doc.
Dan jua salaam Ramadhan untuk Doc sekeluarga...
First day lebaran nanti dimana, Pak?
Salam Tokasid
A good reminder to all. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga ibadah kita diterima. Amin.
Salam Doc,
Benar kata bro MS: terima kasih kerana mengingati.
Selamat Hari Malaysia dan Menyambut Ramadhan al-Mubarak!
artikel yang sangat baik & berfaedah.
semoga tuan & keluarga sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t
Salam Mamat.
Selamat menyambut Hari Merdeka Dan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al Mubarak...
Masa berlalu dgn begitu cepat..semuga kita semua mendapat RahmatNya di bulan Ramadhan ini..amin
Salam Doc,
Terima kasih atas peringatan semoga kita sama sama dapat melaksanakan ibadah puasa dengan istiqamah serta mendapat keberkatan dan keredaan Allah.
peringatan penting yang sangat baik
tuan dr.
Ada dok cerita pasai hang kat kantin Sahur dengan Sahur di 3rd college hari tu.
Selamat berpuasa untk hang sekeluarga, kirim salam kat mertua hang,
ud,
p/s. Masih teringat makan buah pelam yang pak mertua hang bawak dulu
Laman Blog Negeri Kedah http://www.kedahdaily.info/
salam dr tokasid..
selamat menjalankan ibadah puasa....
Selamat Berpuasa kepada Doc and family semoga bulan yang mulia ini akan membawa cahaya kepada mereka yang memerlukan cahaya. Semoga mereka akan insaf akan kebesaran Allah SWT.
Salam Tokasid,
TQ for the article.
Selamat berpuasa to you & your family! Semoga segala amalan kita diterima Allah.
Sila ke blog saya untuk menerima award.
Salam Ramadhan to Tokasid dan keluarga...selamat beribadat dan menyambut lebaran..tak balik Tepeng ka?jemput la mai umah ...
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga...
semoga diberkati Allah s.w.t
Happy Hari Raya to you and family Doc! May you all have a blessed Raya...=)
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Selamat menyambut Aidilfitri bro
Ud
Doc,
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Semoga kemenagan tahun ini akan membeawa kemenagan-kemenagan sterusnya dia tahun-tahun mendatang.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
lama tak update TA,harap sihat di bulan mulia ini..take care.
Post a Comment