Tuesday, August 26, 2008

Oii munafik!! Nak marah,marah lah.

Munafik- bila berjanji tidak di tepati. Atau lebih tepat lagi berdusta secara terang-terangan.
Si munafik ada di mana-mana saja. Apalagi zaman canggih ini.Hidup kita di kelilingi kemunafikan.
Aku sendiri pernah bersifat munafik rasa-rasanya.

Tapi bagaimana bila pemimpin tinggi negara secara terangan-terangan bersifat munafik?
Seingat aku sudah banyak kali si munafik ini berdusta atas janji-janji yang di keluarkan dari mulutnya sendiri.

Masih ingatkah sewaktu kempen PRU 12 bulan Mac 2008 dulu.Si munafik ini berkata harga petrol/diesel tidak akan di naikkan sehingga hujung tahun ini. Selepas pilihanraya harga bahan bakar ini melonjak sehingga 41 peratus dan si munafik mengeluarkan kenyataan untuk justify kenaikkan,

Terbaru, di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, selepas penamaan calon pilihanraya kecil si munafik berkata:

BN tidak eksploitasi kes liwat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh,

(sila lihat lapuran the STAR 17 ogos di sini)

Tapi apa yang di lihat selama seminggu yang lalu,isu liwat itulah yang menjadi modal utama kempen. Setiap malam di ulang tayang video clip 'sumpah' oleh Saiful baik di Permatang Pauh malahan di kaca TV terutama TV3. Dan pemimpin munafik membiarkan saja ini berlaku walaupun beliau telah berjanji tidak akan menggunakan isu 'liwat' oleh BN.

Kalau itu bukan kemunafikan.....

Sememangnya pilihanraya kecil Permatang Pauh ini kotor.Paling kotor. Lebih kotor dari Ijok.
Dan kita dapat melihat karektor orang-orang yang terlibat dalam pilihanraya ini. Kita lihat bagaimana serangan peribadi di buat tanpa henti dari segenap penjuru untuk mendapat kuasa.Kita lihat bekas penyokong setia kini menggigit sahabat lama. Lihat saja apa yang Ezam dan Nalla buat di Permatang Pauh.

Lebih kotor lagi bila kes mahkamah di bawa ke medan pertempuran politik. Tidakkah ini menghina mahkamah yang memang telah hina ?

Kita lihat bagaimana 'mangsa liwat' mengizinkan dirinya di telanjangi di Permatang Pauh. Setiap hari setiap malam.Tak tahulah apa yang hendak atau dapat di banggakan bila 'aib di jaja kesana ke mari.

Dan kita lihat di Permatang Pauh, sumpah sudah menjadi rendah nilainya di mata manusia. Kita lihat si munafik bersumpah dan mencabar orang lain bersumpah. Di Perak bekas MB,Tajol Rosli jugak bersumpah dan mencabar MB Mohd Nizar turut bersumpah.

Aku sedang menunggu samada Samy Vellu akan turut serta dalam acara sumpah menyumpah ini. Atau mungkin Nalla jugak akan bersumpah pernah 'di lewat' ?Atau Ezam juga mungkin mahu bersumpah atas apa saja alasan terhadap Anwar?

Aku cuma bimbang ramai nanti akan di sumpah menjadi sumpah-sumpah akibat terlalu gemar bersumpah.

23 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum TokAsid

Munafik dan kemunafikan kelihatan sudah lumrah di dalam kehidupan masyarakat kita. Kata-kata dari lidah yang tidak bertulang bagaikan aliran air yang tidak boleh diputarkan kembali. Mereka lupa bahawa kata-kata mereka akan tercatat oleh malaikat juga oleh manusia yang dipimpinnya yang mengharapkan pimpinan yang boleh memberikan kebahagian dunia dan akhirat. Alangkah malangnya jika kita terus mempunyai pemimpin munafik menerajui kepimpinan.

Anonymous said...

Salam Doc.: Orang yang ada sifat munafik, tidak layak menjadi Imam atau pemimpin. Nak kahwinkan anak pun kena bertaubat dahulu dan memperbaharui Syahadah semula. Wallahua'lam.

tokasid said...

Wa'alaikumussalam mamadou:

Saya lihat di Permatang Pauh seolah-olah Islam di campak dari kamus kehidupan.Bagi saya kedua-dua belah pihak bertanggungjawab dalam hal ini.Tapi yang memeluatkan hati ialah bila mainstream media tanpa rasa bersalah terus meng'aibkan orang. Acara 'sumpah laknat' di ulang tayang setiap malam seolah-olah seluruh rakyat Malaysia akan mengundi di Permatang Pauh.

Apa yg saya fahami tentang sumpah-sumpah ini ialah: Jika yang tertuduh merasakan dia tidak di bicarakan secara adil, dia akan meminta dari hakim untuk bersumpah untuk buktikan innocence nya dan dia akan minta yang menuduh utk bersumpah sama.

Tapi apa yg kita lihat kes belum di bicarakan tetapi yang menuduh yang bersumpah laknat.

Saya amat bimbang bila mana insan mempermainkan-mainkan sumpah. Mereka sebenarnya mengundang kedatangan musibah dalam masyarakat yg memang semakin bermusibah.

Ada org kata pada saya, depa tak takut ke kena laknat? Kata saya: Kalau org takut akan laknat ALLAH,tak ada sesiapa akan lakukan dosa-dosa besar.
Tapi kita lihat maksiat dan dosa2 besar semakin merancak di Malysia. Orang sudah tidak takut dosa atau neraka.Apa lagi laknat.....

tokasid said...

Wassalam pak zabs:

Memang benar pak. Tapi yg munafik beginilah yang di gemari dan di hormati ramai dan di angkat setinggi langit.

Yang bertakwa sering di cemuh dan dikatakan kolot serta ketinggalan zaman dan jumud.

Jadi jika ramai munafik memerintah apa yg hendak kita hairankan kehidupan negara tiada barakah? Apa yg nak di herankan bila masaalah sosial bercendawan?

Mior Azhar said...

Salam Doc,
Masalah betul ler deme deme ni ye yeop? Tak faham-faham lagi that they are no longer relevant and still... masih nak menjadi munafik... Macam ni kalau memang tak boleh nak ubat lagi lar ...

Kerp (Ph.D) said...

ameno dimakan dek sumpah...muahahaha...

si ariff even lost in his own state seat...technically, he's a rep for the minority...

ummisara said...

Doc, pada depa...MATLAMAT MENGHALAKAN CARA...tapi Allah S.w.t Maha Mengetahui...semalam baru sikit saja ditunjukkanNYA...

TAHNIAH kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Terima kasih penduduk Permatang Pauh...terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab. Anda semua adalah wira!!!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc.

Agaknya kalau ditanya mereka, mereka pun tak tahu agaknya makna munafik itu. Yang mereka tahu sumpah...sumpah...sumpah... Sikit-sikit sumpah. Sikit-sikit sumpah.

Unknown said...

Lepas ni UMNO akan bawak orang sumpah laknat yang Anwar guna ilmu hitam pulak kot. Ya, la. Dah guna liwat sebanyak 2 kali tapi tak makan. Lani kena guna benda lain pulak la. Samy Velu akan sumpah laknat, memang dia laknat pun, yang dia yang bawak UMNO jumpa bomoh power.

cakapaje said...

Salam Doc,

Hmm...bila bala Allah turunkan di bumi Malaysia ini, tiada yang terlepas darinya - bagi si munafik, ianya satu balasan ke atas mereka; bagi yang beriman, ianya juga sebagai balasan keatas kalalaian mereka dalam menangani perkara sebegini, dan dalam masa yang sama, satu rahmat dari Allah. Yang pasti, ramai yang akan menitis air mata tak terhingga.

Anonymous said...

Salam Tok-acid; sesumpah kan boleh bertukar warna.? Nampaknya mereka yg bersumpah ni ikut suka je. Sedap mulut! Macam mana nak percaya? Panas! panas! macam kena "acid" He he!!- ngalompak-agogo

Mat Salo said...

Bro'.. What's more worrying after these sumpah laknat episode is the gov't clampdown on free expression. MT pon dah kena sita.

Ini malapetaka-cum-musibah nih jangan main-main sebab secara umum semua pon bersalah. Semua bisa berlaku atas kehendak NYA. Kita innocent bystander pon kena calit jugak.

Tu laa orang politukus meno.. kalau betul Si Nomor Dua main bomoh hindu.. Nau'uzubillah... ada bala yang turun nanti. Sudah laa tu, dari rep Pahang dulu kes Mona Fandey ke bomoh numero uno Hornbill ... bila lagi kita nak buang penganut2 syirik ini?

Salaam.

tokasid said...

Pak mior:

Bila matlamat menghalalkan cara ini lah jadinya.

Dan mereka melakukan secara terang-terangan.

tokasid said...

Ahmad Kerpovmovic:

Itulah kalau sumpah di permain-mainkan...makan diri le...

Mamat Arif tu mesti rasa syukur masa dia bertanding DUN dulu Anwar belum boleh bertanding.Kalau tak harus tak jadi YB...

tokasid said...

Min:

Permatang Pauh folks are not stupid. For the last 10 years they never gave their seat to UMNO anymore. In fact they knew better than most of us.

tokasid said...

Wak Pinter:

Mungkin jugak.Mungkin bagi mereka Munafik tu cantuman 2 nama: Munah dan Afiq.

tokasid said...

Che'gu:

Aku rasa amalan sumpah akan di teruskan terutama dalam pemilihan UMNO nanti.

Aku nak tanya hang...Samy Vellu sakit ka? Dia tak pi langsung ke Permatang Pauh.

tokasid said...

Shah:

Aku yang aku risaukan. Banyak hal2 yang mengundang musibah sedang di lakukan di bumi Malaysia ini.
Semoga ALLAH lindungi kita semua.

tokasid said...

Ngaklompak agogo:

Ko ingat tak Culture Club? Lagu Chameleon yang kawan kau Boy George nyanyi tu?

Lagu itu aku tujukan khas kepada Mamat Munafik dengan ucapan: When is your next sumpah?

tokasid said...

Pak MS:

By blocking MT it just showed their might be some truth which hit their darkest spot, from waht RPK wrote.

tajudin said...

setuju artikel ini

Anonymous said...

Munafik ni sudah menjadi budaya manusia akhir zaman, ini pun dah di sebut oleh nabi kita perangai manusia di akhir zaman, org2 seperti ini akan di sanjung dan di puja justeru pulak di angkat menjadi pemimpin, sememangnya kita mengundang bala ALLAH. Yg FIRTS kita nampak apabila najib antaupun najis razak di baiah menjadi perdana menteri, memang mencari bala lah kita. Tunggu dan lihat sajalah nanti.

Anonymous said...

kata kan sajalah yg manusia yag bernama najib@ najis tun razak ni kah yg di katakan tergolong di dalam golongan mu...... ni. Eeeee takutnya aku kerna si bangsat inilah yg bakal jadi P..I Mak nak hancur dunia malaysia. Percayalah...