Monday, August 4, 2008

Setelah sebulan tiada.....

Salam to all.

Dah hampir sebulan aku tak dapat berblog.Dan aku merasa bagaikan seorang goblok.
Juga amarah pada awal tempuh itu.

Hati terasa baran setiap kali muka mengadap screen PC.Butang refresh menjadi mangsa.

Begitulah bila penagih blog tidak dapat berblog.Rasa bagai mahu saja PC di hempok ke lantai biar berkecai.Baru padan muka.Tapi bila di fikirkan semula:Padan muka siapa?

Aku betul-betul hairan. Sejak sebulan sambungan streamyx di bumi Hang Tuah dan Hang Li Poh ini talian streamyx lebih lembab dari kura-kura yang bakal mewakili Malaysia di Olimpik Beijing.Sungguh!Bila di akses ke Firefox atau IE tiada masaalah.Tetapi bila cuba membuka helaian-helaian web atau blog atau mail memang mencabar kesabaran. Keadaan begini memang akan memahirkan seseorang yang mahu belajar memaki hamun atau mencarut.

Aku ingat aku sorang yang kena begini. Ternyata tidak. Ramai teman yang mengalami kekuraan streamyx. Pengemar You Tube boleh terlena menanti clip di download. Pelanun-pelanun movies melalui Torrent macam mahu meraung kerana kekuraan ini.

Streamyx bagaikan mogok.Atau mungkin ini satu konspirasi pemberi khidmat? Mungkinkah dalam kocek mereka ada sistem baru yang ingin di perkenalkan ke dalam masyarakat lalu terpaksa mengurakan khidmat streamyx?
Aku masih ingat ketika streamyx di perkenalkan sambutan amat dingin.Tetapi tiba-tiba sistem dial-up menjadi kura-kura.malah menjadi kura-kura yang lumpuh kerana angin ahmar! Kesannya? Streamyx manjadi pilihan utama.

Apakah sekarang jugak begini? Mungkinkah ada sistem baru yang lebih laju mahu di perkenalkan pada kita?

Aku tak tahu samada tulisan ini boleh di publish atau tidak.Aku hanya mencuba.
Bismillahh.

40 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Ah! Di tempat saya pun streamyx seperti kura-kura tempang.

Tapi saya tidak memblog bukan kerana streamyx tapi sebab saya mahu diam dan senyap sekejap.

Anonymous said...

Cari internet cafe doc. U don't have to rely on PC at home. kalau dah kemaruk nak berblog tu...cari je apa yang dapat.
Cyber cafe pun takpe. In fact, i think these places have better broadband links.

Good luck.

bisu said...

Saya guna maxis broadband yang pakai modem kenit tu. Indah khabar dari rupa jugak. disconnected every few minutes (sometimes seconds jer). Tapi apa nak buat, perlukan access online utk buat research. sapa dah try celcom atau digi, boleh beri feedback, mungkin saya perlu ubah dari maxis

lukmanw@gmail.com said...

Salam Doc

Taiping dan Penang juga sama. hendak tak hendak kopitiam yg ada access internet le jawapannya. Kena kopi atau teh secawan duduk lima, enam jam. Berbaloi kalau dibandingkan dgn pusat internet y penuh dgn bebudak sekolah yg main games dan bau masam asap rokok.

Lukman

Anonymous said...

Salam my fren. Aku ingat kau sakit atau kena ISA. Masuk blog; posting lama. Kat Kl pun ada masa streamyx lembab. Kita tunggu WIFI, skarang ni tengah "trial". Apa pun nice to see u back!- ngalompakagogo

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
I terminated streamyx and am now using maxis mobile. cool gadget, no problems thus far.

Unknown said...

Salam Doc.
Saya pun pakai broadband Celcom. Overall OK la, but kalau time dia merangkak tu memang menyakitkan hari, dan jangan tanya berapa lama nak buffer youtube. But tanya kawan-kawan yang pakai Stramyx, OK pulak. Hmm...

Unknown said...

Aku baru dua tiga hari ni dapat access yang baik, kalau tidak memang macam hang kata la, keluaq la segala carutan yang ada dan aku pandai jugak mencarut dalam Melayu, Inggeris, Hokkien dan Tamil.
Strimik ni memang dajai la, nak duit orang tapi takmau bagi service tapi nak buat macam mana kan Malaysia Boleh.

cakapaje said...

Salam Doc,

Saya cadangkan Doc mengepalai kumpulan bloggers untuk membuat komplen. Singgahan pertama komplen itu boleh diajukan kepada www.cfm.org.my . Memula, kita komplen secara individu. Dalam masa yang sama kita kumpulkan tandatangan kesemua bloggers yang mengalami masalah.

Cadangan saya Doc mengetuai perkara ini dibantu oleh Cikgu blog Doc dan Cikgu ramai pengunjung dan mudah menarik perhatian. Saya di belakang akan bantu dalam beberapa hal 'teknikal'. Jika bersetuju, waktu kita jumpa nanti kita bincang lagi perkara ini.

Anonymous said...

terbahak pakcik membaca coloteh anda..

Anonymous said...

Betui kata hang, streamyx ni jalan macam kura, celcom ka, maxis ka sama saja. Tapi masa aku pi tempat kura hari tu, celcom jadi laju pulak.

ud

Anonymous said...

haha.. boleh, bleh baca jer tulisan nih. ada lah sebabnya tuh dia slowkan konnetsyen. ada udang di sebalik biri-biri tuh.. salam perkenalan dari alharamain..

Dalam Dakapan Ibu said...

Laa... ingatkan pi mana... rupanya dok berperang dgn Strimik ... hehehe..

kak ja said...

Salam Doc,
Ingatkan pi umrah ke atau holiday memana yg tak nak diganggu ke.. Rupanya dok bersilat dgn streamyx.. Mungkin teori Doc ttg produk baru tu betoila.. Malaya oh Malaya...

Lily Abdullah said...

Salam Doc

Kata laki saya pekej kami bayaq ni,satu cafe cyber boleh on. Pakej OKU murah la sikit.

Tapi dah jadi siput babi sampai hari ni. Adoii!

Anonymous said...

salam doc

The TM probably thinks that if you were to have a streamyx connection at home that would be for mere fun. I had a worse problem than a connection which behaves like a snail who has lost its shell, the connection went dead for three good days.
It is pelik bin ajaib that the govt does not know the effect of giving an entity to monopolise a certain vital service.

Bergen said...

Are you back on again, doc?

tokasid said...

Wak Pinter:

selepas posting ini, keadaan masih berkura-kura.

Saya seperti dah hilang contact dgn berita2 terkini.

Ni masih dapat sabar lagi....

tokasid said...

Sis galadriel:

Used to go to cc before but the environment doesn't suits me.
So, unfortunately have to tolerate with this kura2 thingy.

tokasid said...

Bisu,

saya ada bertanya2 pada kawan2 yg guna celcom dan maxis.Ada yg okay ada yg tidak.

tokasid said...

Lukman:

memang banyak tempat ada masaalah streamyx sekarang.

Melaka ni kopitiam tak banyak. cybercafe pulak aku tak suka pi pasai suasana di sana.

tokasid said...

Ngaklompakagogo:

Kalau aku kena ISA aku tahu hang akan tahu awal-awal lagi.

tokasid said...

Fauziah:

maybe its about time i go for either celcom or maxis.
kena tgk budget dulu.

tokasid said...

Akmal,
good for you. What upsets me is why suddenly streamyx became a tortoise?

tokasid said...

Che'gu:

memang bila jadi macam ni tiba2 kita jadi pandai mencarut.Dapat A+ lagi.Dak ka?

tokasid said...

Shah:

Thats a good idea.InsyaALLAH over this weekend bro.

tokasid said...

Pakcik anon:

Alhamdulillah pakcik terhibur.

tokasid said...

Ud,

tu lah dianya. Awat tak tau jadi kora no?

tokasid said...

Kamikaten:

Salam perkenalan. Memang ada sesuatu di sebalik biri-biri.
Tapi kalau biri2 nasi mendi tak jadi hal.

tokasid said...

Dalam dakapan ibu:

tu lah...menghilang sebab sakit hati pada kora.

Ni pun dok makan hati lagi....

tokasid said...

Kak ja:

Umrah?Hmm...memang dok berhajat pun nak pi umrah pasai dah lama sangat tak ziarah Nabi SAW di Madinah dan lama sangat tak munajat depan Kaabah.

Masaalah dok bersilat ni saya tak menang sebab saya guna silat pulut.Sesuai utk depan pengantin saja.

tokasid said...

Miraiani WL,

nampaknya kita pengguna ni asyik kena kelentong saja.

tokasid said...

Pak shirzad.

Thats the problem when one entity monopolised a particular service. Kita pengguna ni macam 'sampah' saja.

tokasid said...

Bergen,

Welcome home. Today i get a good connection.Tomorrow ,wallahu'alam.

Anonymous said...

nanya hang kalau macam tu..mujuq kat sini okey plak...

kak ja said...

Salam Doc,
Silat pulut saya tak tau.. Pulut saya tau, esp musim2 degheyan mcm la ni.. Campoq santan skit, pakat pulun makan sampai tak ingat denia...

* Doc, rasanya ari tu Doc bg ph number silaplah.. Anuar kol x dpt, sms pun tak berjwb..
(ja-anuar)

Anonymous said...

Tok Rasid,

Kalau kora dia lambat, tak la sampai sebulan, ni hang jawab pun dah tujuh hari, Ni Arnab tidok ni. .......
Aku hari2 baca blog hang, tapi lani baru respon, pasai hang jadi kora-kora la

Ud

zackzara said...

Doc,

Sama juga hal nya kat Miri ni. Stimix mmg suka buat2 acara kura-kura ni. For few days tak dpt blog n masuk few sites...mcm chipsmore. kejap dpt, kejap tak dpt. bayar mahal tp service.. erm..

de_kerinchi said...

Salam saudara dr Tokasid...

streamyx sekarang amat lembab dimana-mana....

bulan lepas sahaja saya sudah menghubungi tm streamyx hampir 13 kali untuk bantuan teknikal...bulan ni baru 5 kali...sampai telefonis tu dah kenal sapa yang call..hihihi

streamyx saya akan putus dan tidak stabil ..malah tidak boleh di connect, bila tiba waktu puncak pukul lapan malam juga pada hari sabtu dan ahad...

Anonymous said...

Amiable fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.