Asalamu'alaikum to all,
Pada hari Sabtu ini 10 Muharram 1429(bersamaan 19 Januari 2008) ialah Hari 'Aashuraa' .
Kita umat Islam di anjurkan melakukan puasa sunat Asshuraa pada hari tersebut.
Pengenalan :
Ia hari kesepuluh dari bulan Muharram setiap tahun.
Sempena :
Mensyukuri Allah Ta'ala yang telah menyelamatkan Nabi Muusa
'alayhissalam dan kaumnya daripada Fir'aun Mesir pada zamannya.
(berdasar hadith riwayat Bukhori)
Kelebihannya:
Nabi sallAllah 'alayhi wa sallam bersabda :
Aku berharap agar Allah mengampunkan dosa pada tahun yang sebelumnya
bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut.
[Riwayat Muslim]
Martabat-martabat puasa 'Aashuraa':
Yang paling sempurna: Berpuasa juga hari sebelum dan selepasnya(9,10 dan 11 Muharram)
Kedua: Berpuasa hari ke-9 dan 10 sahaja( hadith riwayat Muslim dan di syarah oleh An-Nawawi , serta riwayat Bukhori di syarah oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari))
Ketiga: Berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja
Antara Bid'ah Hari 'Aashuraa':
Buat bubur 'Aashuraa' dengan kefahaman dan dasar yang salah.
Penjelasan lanjut sila pi kat sini.
Penerangan Dr MAZA di sini.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
16 comments:
Salam Tok,
Thanks for the reminder... nasib baik..kalau tak mesti terlupa nya. but it is good to puasa sekali on Firday right?
Salam Doc.,
Peringatan yang tepat pada masanya. Seperti Mior, dah terlupa, baik teringat semula.
salam to TA,
Thanks for the reminder...yang dok teringat nak buat bubuq sora.
macam macam peristiwa yang terjadi pada 10 Muharram ni kan...termasuk lah dijangka kiamat berlaku pada Jumaat 10 Muharram ..
Pak Mior:
Teman pun sebenornya terlupe jugak yob. Ada sahabat e-mel ke teman, itu yang teman cari link sana sini tu.
Boleh puasa hari Jumaat provided hari Sabtu kita puasa jugak.
Kalau nak lagi cantik, esok puasa hari Khamis. Jumaat,Sabtu dan Ahad buat puasa Aashuraa pulak.
Pak Zabs:
Seperti yg saya bagitau Mior, saya pun lupa jugak.Bila dah ada yg pesan pada saya, elok jugak pesan pada kawan2 lain,mana tau kalau2 ada yg nak posa sunat.
Mama drzeze:
Kalau ikut hadith soheh, puasa 10,Muharram adalah kerana mensyukuri sempena ALLAH selamatkan nabi Musa as sertai kaumnya dari Fir'aun laknatullahi ajma'in.
pasai bila kiamat tu cek tak jumpa dalil soheh dan itu adalah urusan ALLAH Azza Wa Jalla semata-mata.
Salam doc
InsyaAllah. Mari kita sama-sama merebut keberkatan 10 Muharram itu nanti.
Bila 10 Muharram, teringat pula pada bubur Aashuraa. Hmmmm..
Salam Doc,
Thanks for the reminder :)
Salam Mamat..
Makasih atas peringatan itu..
salam doc,
a'a, surat dari sekolah anak-anak dah sampai semalam untuk menjemput ibubapa buat bubur minggu depan.
Shah CA and mamat mokk:
Sama-sama. Org yg mengingatkan tidak lah lebih dari org yg di peingatkan. LOL!
Wak Pinter:
Ganjaran puasa 10 Muharram amat besar jika ibadah itu ALLAH terima. Pengampunan dosa2 setahun yg lalu.
Yg tu saya memang banyak.
Bubur Aashuraa.....cara org melayu sambut hari Aashuraa. Lebih ramai yg makan bubur Aashuraa dari yg puasa sunat Aashuraa....saya termasuk jugak dalam golongan itu.
So kali ni nak puasa pulak.
Accia E:
Sekolah bagi surat jemputan?? Hebat sekolah tu. Ini petanda sekolah dah mula ajar anak-anak kita dgn acara makan utk sambut Hari Aashuraa.
Dan adat ini akan berterusan dalam jiwa kesumat Melayu.
Saya teringat masa kecik2, org2 tua kata bubur Aashuraa ni ikut cara Nabi Noh as masa atas kapal.Sejak bila ALLAH utuskan Nabi Nuh as utk jadi chef gamak nya?Takat kita ada chef Wan dan chef Ismail cukup lah.
salam saudara dr. tokasid...
Terima kasih atas ingatan...semoga saudara dilimpahi rahmat Allah s.w.t....
sama-sama kita menjalankan ibadah dan menegakkan syiar islam....
nak cakap terima kasih atas informasi tersebut will only put yours truly to shame. so, like the rest, thanks for the reminder. hehe...
seriously doc, aku tak tau sebelom ni. so dengan penuh kemaluan, i made the confession.
As always, appreciate the reminder. The eve of Asyura is a significant event for me.
Eh bro' sorry if off topic. I need you to check out this link pronto!
http://www.prworldwidelive.com/2006/TOTOWebsite.htm
Post a Comment