Monday, August 10, 2009

Kemalangan dan ARAK

Salam buat semua.

Pertama:

Jumaat 7 Ogos 2009. Malam. Dari Casa Subang ke Bukit Katil.
Lebuhraya KL Seremban.
Lorong kanan. Kelajuan 100km/jam.
Tiba-tiba 5-6 biji kereta di hadapan menyala lampu brake mereka.
Kaki kanan tekan brake. Meter kelajuan menurun namun kereta 'slide' ke hadapan. Masaalah ABS kah?
Ohh shiitttt.....
Ayahhh!!!!!
Bang Zul!!!!!
Dalam hati Bismillahirahmanirrahim....
Innalillahi wa inna ilahi roji'un.
BOOOMMM!!!!

Alhamdulillah.Semua selamat.
Kereta masuk hospital.Hidung rompong macam kena resdung.

Cerita Hafiz dalam accident tu kat sini

Kedua:

Arak.
Di Shah Alam kecoh habis. Angkara Ronnie Liu.
Dan kemarahan Datuk Hassan Ali.
Di tempat lain tenang. Tak ada kecoh-kecoh. Kerana di tempat lain semua Majlis Tempatan dan ahli politik tak kisah sapa nak mabuk ke nak jadi apa ke.Mungkin.

Malah arak di iklankan di akhbar setiap hari.Tengok STAR. Penuh iklan arak.
Dan iklan judi nombor ekor tengok di Harian Metro atau Metro Ahad.

Dalam Islam arak dan judi HARAM.
Dalam Malaysia ,arak dan judi halal.
Dalam Malaysia dadah HARAM.

Apa beza arak dan dadah dari segi kesan kepada pengguna?
Sama saja.Arak dan dadah mengubah kewarasan seseorang.
Tu yang Islam haramkan arak dan apa-apa yang memabukkan kerana kewarasan di alter.

Tapi di Malaysia arak HALAL dan dadah HARAM.

Aku nak cadangkan.Kepada kerajaan Malaysia. Dan pada Majlis Tempatan.

Beri lesen untuk dadah di jual di convinience store 24jam seluruh negara. Sama macam lesen jual arak.Kita tak boleh nak larang orang nak beli arak.Jadi kita jangan halang orang nak beli dadah.

Ada yang kata orang Islam kena kuatkan iman supaya tak beli arak.
Aku kata orang Malaysia kena kuatkan iman tak beli dadah.

Benarkan iklan dadah di akhbar macam iklan arak dan judi.
Apa pasal tak boleh pulak?

7 comments:

mOEha Aziz said...

salam doc,

seronok dapat kembali ke alam ini... :) great entry... terima kasih atas ingatan yg cukup menginsafkan...

cakapaje said...

Salam Doc,

Alamak! Kang terpaksa tutup semua pusat Serenti dan staf mereka takdak kerja...naya no :)

Tapi betul ke Doc aksiden?

tokasid said...

Wassalam mOEha.

Lama juga kita tak bersua di alam maya ini.

Harap moeha semakin sihat dan di Rahmati ALLAH.

tokasid said...

Shah:

Orang Pusat Serenti boleh kerja di semua store 24jam nanti.Amacam,boleh?

Yes, memang xsiden malam tu.
Alhamdulillah ada kereta lama yg sering sakit dan kapchai untuk di gunakan.

sekacip said...

la..xcident

sekacip said...
This comment has been removed by the author.
tokasid said...

Sekacip:

aa..aa...xsiden