Pengumuman: Blog penarik beca sudah di jangkiti virus according to Bakaq. He advised us to avoid it for the time being. He had opened a new blog Tak Nak Lah as a replacement.????
Seorang kenalan baru pulang dari Jakarta beberapa hari lalu. Kata beliau sekarang amat kecoh tentang 2 kejadian terhadap rakyat Indonesia di Malaysia. Yang pertama tentang kes pengadil karate yang telah di belasah oleh 4 anggota Polis Malaysia Berita lanjut kes ini boleh baca
sini.Kes kedua lebih menggemparkan sehingga mungkin boleh membahayakan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia khususnya di Pulau Jawa dan boleh menjadi ketegangan antara Indonesia-Malaysia. Malah kerana kes ini, di katakan( ini tidak dapat nak verify) seorang ahli Majlis Perwakilan( macam Ahli Parlimen di sini) telah menyarankan jika kes ini tidak selesai, agar 'di ganyang' rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia( kata kenalan, kenyataan ini di siarkan dalam stesyen TV Metro di sana).
Kes apa kah yang sampai orang awam Indonesia khususnya di Jawa sampai maeah-marah( atau ribut-ribut)?
Kononnya, seorang Menteri Kabinet Malaysia telah merogol salah seorang pembantu rumah beliau.Konon nya kejadian ini berlaku pada Januari 2007 di kediaman Menteri tersebut. Kejadian ini juga diketahui oleh 3 lagi pembantu rumah warga Indon yang lain dan juga oleh isteri Menteri ini. Untuk menutup perkara ini, keempat-empat pembantu rumah telah di hantar pulang ke Jawa( selepas sebulan kejadian) dan kononnya satu penyelesaian telah di buat dengan keluarga mangsa.
Tuduhan ini amatlah berat sekali dan boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan Malaysia( yang memang sedang dipandang sebagai tiada kredibiliti). Sebelum ini telah terdapat andaian ada Menteri terlibat dengan pembunuhan orang Mongolia.
Aku tidak pasti samada tuduhan ini benar atau tidak. Jika benar , siapa kah Menteri yang juga perogol tersebut? Jika tidak benar, mengapa beliau di tuduh melakukan jenayah tersebut? Apakah motif dan untung yang boleh di raih oleh pembantu rumah tersebut?
Aku berharap agar pihak berkuasa menyiasat pertuduhan ini, kerana di Jawa nampaknya api kemarahan sedang membara kerana 'kejadian' ini. Satu kenyataan rasmi mesti di keluarkan agar rakyat Indonesia faham kedudukan sebenar. Juga agar rakyat Malaysia di sana tidak menjadi mangsa keadaan.
Jika benar sebagai yang di tuduh..soalan cepumasnya ialah:
Siapakah Menteri tersebut?Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa