Monday, September 3, 2007

...Siapakah yang dituduh merogol??

Pengumuman: Blog penarik beca sudah di jangkiti virus according to Bakaq. He advised us to avoid it for the time being. He had opened a new blog Tak Nak Lah as a replacement.

????


Seorang kenalan baru pulang dari Jakarta beberapa hari lalu. Kata beliau sekarang amat kecoh tentang 2 kejadian terhadap rakyat Indonesia di Malaysia. Yang pertama tentang kes pengadil karate yang telah di belasah oleh 4 anggota Polis Malaysia Berita lanjut kes ini boleh baca sini.

Kes kedua lebih menggemparkan sehingga mungkin boleh membahayakan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia khususnya di Pulau Jawa dan boleh menjadi ketegangan antara Indonesia-Malaysia. Malah kerana kes ini, di katakan( ini tidak dapat nak verify) seorang ahli Majlis Perwakilan( macam Ahli Parlimen di sini) telah menyarankan jika kes ini tidak selesai, agar 'di ganyang' rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia( kata kenalan, kenyataan ini di siarkan dalam stesyen TV Metro di sana).

Kes apa kah yang sampai orang awam Indonesia khususnya di Jawa sampai maeah-marah( atau ribut-ribut)?

Kononnya, seorang Menteri Kabinet Malaysia telah merogol salah seorang pembantu rumah beliau.Konon nya kejadian ini berlaku pada Januari 2007 di kediaman Menteri tersebut. Kejadian ini juga diketahui oleh 3 lagi pembantu rumah warga Indon yang lain dan juga oleh isteri Menteri ini. Untuk menutup perkara ini, keempat-empat pembantu rumah telah di hantar pulang ke Jawa( selepas sebulan kejadian) dan kononnya satu penyelesaian telah di buat dengan keluarga mangsa.

Tuduhan ini amatlah berat sekali dan boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan Malaysia( yang memang sedang dipandang sebagai tiada kredibiliti). Sebelum ini telah terdapat andaian ada Menteri terlibat dengan pembunuhan orang Mongolia.

Aku tidak pasti samada tuduhan ini benar atau tidak. Jika benar , siapa kah Menteri yang juga perogol tersebut? Jika tidak benar, mengapa beliau di tuduh melakukan jenayah tersebut? Apakah motif dan untung yang boleh di raih oleh pembantu rumah tersebut?

Aku berharap agar pihak berkuasa menyiasat pertuduhan ini, kerana di Jawa nampaknya api kemarahan sedang membara kerana 'kejadian' ini. Satu kenyataan rasmi mesti di keluarkan agar rakyat Indonesia faham kedudukan sebenar. Juga agar rakyat Malaysia di sana tidak menjadi mangsa keadaan.

Jika benar sebagai yang di tuduh..soalan cepumasnya ialah: Siapakah Menteri tersebut?


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

26 comments:

Unknown said...

Nak kata betoi, tak dak bukti, nak kata tak, pasai apa cerita buleh timboi?

Okay lah, ada kah menteri2 kita memang terkenai pasai kote kawaq? Ya. Adakah media kita bebas untuk melaporkan apa saja? Tidak. Adakah menteri2 terkenal dengan salah guna kuasa? Ya. Adakah kita terkenal dengan cover-up? Ya. Betoi la kot nu?

drzab said...

Salam to TA,
'bila yang jahat di angkat menjadi pemimpin, yang baik dijahatkan...yang diberi amanah dikhianati,yang busuk hati disanjungtinggi....tunggulah saat kehancuran itu....
Nauzubillah..
Harap Pak Lah buat yang terbaik untuk elakkan konfrantasi dengan jiran kita .
Mudah mudahan kemerdekaan dan kedamaian tanahair ini berkekalan...

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Dak ok. Aku baru start update balik Malaysiakita (English) ni...

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
adaka menteri kawaq lagutu di malaysia? macam tak caya pula. pasai puak tu dok sembang bab 'hadharah'selalu. taktau pula jika menteri yg bukan hadharah. tapi malaysia la serba boleh.
entah betoi entah tidak, sembang orang politik dulu. depa kata Tun M besa kata kat sup nya matthias chang, ada satu KM yg kepala di atasnya baguih tapi hak satu lagi jeneh kawaq.lebihkurang lagutu la..hak ni kena confirm dgn matthias sendiri la kot.

Bergen said...

What's going on?

tokasid said...

Che'g dan afrar:

Yes, salah satu kelebihan pemimpin kita ialah cover-up. Ada bermacam-macam cara utk cover-up.
kalau boleh di diamkan, maka diamkan sahaja. Jika sudah di kathui tetapi tidak umum, juga diamkan. Jika di ketahui umum, boleh nafikan dan ubah strategi.Katakan bahawa ini semua tidak betul dan bla..bla..bla..
Jika terlalu sensitif sehingga boleh mencemarkan kredibiliti atau stabiliti kerejaan, DIVERT kan attention supaya masaalah asal di ketepikan.We are good at that.
KONONnya, cuma kononnya, kes wak karate yg kena pukul oleh Polis kita tu adalah salah satu cara utk divert attention dari kes yg lebih parah ini.Jadi bila ada mass protest di jakarta, di highlightkan kes wak karate yg kena belasah dalam media kita.

Cuma kita risau, jika anggapan rakyat sana( bahawa Menteri kita rogol pembantu rumah dari Indon) tidak di redakan( siasat,siasat dan siasat)kita bimbang akan keselamatan rakyat kita di sana. Kita mempunyai ramai pelajar dan warga kerja di sana.

Mungkin 'kejadian' ini hanya helah politik musuh Menteri itu, kita pun tak tahu.
Saya tidak yakin, rakyat Indon akan marah hanya kerana jurulatih karate di pukul. mereka sudah maklum bahawa telah ramai rakyat mereka di pukul dan di abuse oleh pihak berkuasa kita dan lajikan-majikan kita. Rasanya marah mereka terhadap perkara yg lebih berat dan besar....

de_kerinchi said...

Salam Dr Tokasid,

Kesian bro bakaq, salah satu blog saya baru dijangkiti minggu lepas, seharian jugalah saya ambil masa untuk pulihkan keadaan...ada satu virus yang menyebabkan blog kita jadi tunggang langgang..heheeh

Kes pukul oleh polis tu memang serius.. jika ia benar berlaku maka tidak hairanlah benda yang sama akan berlaku kepada kita...termasuklah kes pukul semasa soal siasat di balai .....tiada perkara yang mustahil...

Dalam kes ini, sebenarnya kalau tidak ditangani segera akan meletakkan rakyat Malaysia dalam keadaan bahaya...tidak kira samad berada di Indonesia atau di Malaysia... Bayangkan dalam negara ada berjuta pekerja Idonesia..apatah lagi yang ada di Indonesia itu sendiri...

Saya rasa tak selamat di bumi Malaysia yang kini banyak tempat dikuasai rakyat asing.....

Kes menteri tu..setuju dengan drzeze..senang cerita ..ada kuasa ..ada duit...semua boleh jalan...termasuklah kesukaran membuktikan salah laku tersebut..

tokasid said...

drzeze:

Itu lah salah satu sebab musibah bertalu-talu menimpa. Bila di pilih yang yg tidak layak dari segi akhlak dan iman menjadi pemimpin..akan berlaku kemungkaran kerana mereka memerintah menurut nafsu-mafsi masing-masing. Kemungkaran di biarkan berleluasa samada oleh mereka atau oleh rakyat.

You get what you sow. Apa yg telah dipilih itulah yg kita dapat.

Saya amat-amat berharap agar berita ini adalah tidak benar sama sekali.

tokasid said...

Bergen,
You are back from Greece?

Well, there had been some noises about what I wrote, in Jakarta especially. There had been some accusation to a Malaysian minister but so far there was no official report to our Police Force by the so called victim.

I'm just worried if things get out of control, the safety of Malaysians in Indon( esp students) is at risk. We wouldn't not want some 'over semangat' Indon doing foolish things to our ppl there. If we remember what they did not their Chinese Indonesians a few years ago and what happened in Sulawesi, I don't think we want that to our citizens residing there.

If this 'rape' is an issue, I do hope our Foreign Office is doing something to pacify the angers. Maybe, the FO is doing something right now,hopefully.

Anonymous said...

Salam TA,

Errrr, hmmmm... apsal besar semacam jer font you sekarang nih? Saket mata ka? Dah tua ker??? Hik hik hik hik...jgn marah, gurau jer.

Waht a sensational posting you have here. If you have substantial evidence, do keep us posted.

Anonymous said...

Salam TA,
Harap semua ini cuma saseuatu yang tidak benarlah. Terlalu banyak yang telah berlaku yang amat menyayat hati kita. Sudah hilang ke sifat malu kita?

tokasid said...

Elviza:

3-4 hari lalu, tiba2 font jadi terlalu kecil sampai tak boleh baca. dan bila klik utk my blog keluar no 9. Bro Kerp alerted me. So I gerudi sana gerudi sini kat template tu dah terjadi besar pulak. Tadi dah gerudi2 lagi dan kecilkan semula. Sorry sis eh kalau mata you jadi strain..heh3.

About this post, very true its sensational. Apa lagi kalau benar. But I really hope its not. I'm sure FO pun sedar benda ni and hope they are doing something.
What I heard( hearsay tau..), this victim refuse to lodge a report to our police. Do not know why. Heard a delegation( tapi tak tahu siapa untuk pihak siapa met her parents in Indon. Dan tak tahu utk apa perjumpaan tersebut)

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Tu lah sebab bro bakaq buka tak nak Lah. Dia minta saya war2kan takut2 kalau pengunjung penarik beca terkena sampuk virus tu sama.

Ya jugak. Saya cuma terfikir reperkusi di sana, tapi lupa pulak ttg warga mereka yg ada di sini. Harap2 tak ada yg aware dan mula mengamok tak tentu pasal.

Dari segi keselamatan...kalau kita lihat sejak dua menjak ni, begitu banyak musibah timpa menimpa kita dari pelbagai sudut. kenderaan awam tidak selamat( terbaru accident bas kilang di Jasin Melaka), jenayah pelbagai variety makin banyak. nak ke Johor pun saya rasa macam tak selamat saja.

Tapi begitu lah...kalau di lihat dari logik semata-mata tidak akan ada jalan penyelesaian. Cuma akan kita ubati simptom saja,tapi penyakit sebenar merebak memamah jiwa negara.
Pokok pangkalnya, aqidah kita begitu goyah. Agama seolah-olah hanya menjadi ritual tetapi jiwa masing2 kosong dan tiada ketenangan.

Jika kita mahu meneliti sejarah Eropah, itulah yg terjadi. Bila jiwa kosong, utk mengisi kekosongan itu di isikan dgn mengejar kesenangan material dan agama di tolak jauh melainkan sebagai ritual sahaja( see Road to Mecca oleh Muhammad Assad).

Sistem pengajian Agama mesti di robah dan mesti mengikuti Manhaj asal yg berpaksikan Al-Quran dan AsSunnah.

tokasid said...

Pak zabs:

How is your blog? Pagi tadi tgk semua tulisan jadi kecil sangat2 sampai tak boleh baca. 3-4 hari lalu saya kena mcm gitu jugak. dah gerudi2 kat template baru okay.

Sifat malu...satu sifat yg semakin meninggalkan kita. Kita lihat sekeliling terlalu ramai yg tidak malu. Anak muda tanpa malu berkepit ke hulu ke hilir berpeluk-pelukan. yg tua pula memenuhi kelab dangdut.

Pemimpin? Malas nak cakap...almaklum!

Anonymous said...

Salam TA,
Saya buka macam biasa je blog saya. NTN kata bakaq kata blog saya kecik2 tulisannya. Sekarang tuan baca macamana ok ke? Tuan punya pula bila saya buka, hurufnya,largest font pulak! Kenapa ye?

Mior Azhar said...

Tok Doc:
Betoi ke tidak, that's the big question now? But the thing is bila kepala dah bulkeh tak betoi macam sekarang ni, no wonder lar yang marhaen ni sibk ngan rempit and seribu macam gejala....
Malaysia oh Malaysia...
(any idea who's the Minister? Can't think of anyone becoz depa sepesen sumer)

tokasid said...

Pak zabs:

Saya perasaan 3-4 hari lepas jadi gini. Saya tadi suruh sorang sahabat buka blog saya dan Pak zabs..dia kata kedua2 okay.

Sampai sekarang saya tak dapat baca posting pak kerana teramatlah kecl font nya(macam blog saya kena Sabtu lalu).

Blog orang lain biasa pulak saya baca. Tapi Elviza ada beritahu font saya besar(mcm pak kata).
Tak tahu lah kena virus ke apa ke? Mungkin saya akan cuba tukar template lain ,kalau2 boleh rectify.

tokasid said...

Pak Mior:

We get what we sow.
Kalau 'suara ramai' pilih yg kurang senonoh, kita akan dapat yg kurang senonoh lah, dan akan bercambah kurang senonoh-kurang senonoh baru di kalangan rakyat, kerana secara tidak langsung hanya rakyat yg kurang senonoh akan melilih pemimpin yang kurang senonoh.

Siapa menteri tu ye.......Nak kata tahu, saya memang tak tahu. Nak kata tak tahu... rasa-rasa macam tahu.....

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
First time I'm reading about this and in BIG fonts, too!

tokasid said...

Fauziah:

I normally use Firefox and occasionally uses IE.

In firefox, the font became too small to read so I adjusted the font size. I thot everything okay, but to others the font was too big. When I switch to IE at noon today...wow!! The fonts were huge and irritable to rewad.

I have now downsize the font and back to normal in IE. But in Firefox it is too small. So, have to use IE to blog.

Daphne Ling said...

Salam Doc,
Kes pertama, tak hairan pun...Kes kedua, menteri ke tak menteri, binatang tu (kalau benar) memang patut dihukum teruk...Hmmm, kalau benar kan, mesti menteri atasan...Sampai empat orang pembantu rumah? Ni mesti rumah besar giler! Siapa agaknya ya? Haih...Binatang-binatang dunia moden...Semakin ganas; manusia negara lain, manusia jugak...

tokasid said...

Daphne:

If I get my way, rapist should be amputated( you know where kan...).

I hope the allegation is untrue, but if its true, I don't think the public will know about it. It will not be swept under the carpet only, bit the carpet and the floor will be burned and its ashes thrown to the sea.

Daphne Ling said...

Doc,

You got it wrong lar...Where got burn only? Malaysian style, kena letup habis...Unlike China huh? The fella who set the letup-ing can kena sentence to death! Baru keluar in the papers what...

As for me, I will go with chemical 'amputation'...Let them remove urea-waste properly, but never to enjoy pleasure again to serve as a reminder...

Mat Salo said...

Salaam Dok TA,

Agak sibuk kebelakangan ini Pak Dok. I'm OK, Alhamdulillah, health-wise, cuman masa tidak mengizikan memblog. Apa lagi menepis tuduhan2 yang tidak enak dari warga setempat disini...

Mudah-mudahan cerita ini ada lah khabar angin belaka.

I don't wish to add fuel to an already raging, uncontrollable, fire...

tokasid said...

Daphne:

You can brutal at times. Hah3...

tokasid said...

Mat salo:

Alhamdulillah hang sihat.
Yeah, I heard there some tension over there with the karate case.
It is difficult for anyone(Malaysian living there) to expalin or cool things down over there. Becoz they have heard lots of abuses and inappropriate actions against their countrymen in Malaysia.

You and your team take care. kalau balik Malaysia , do contact me.