(UPDATE: Di sini ada artikel dan gambar structure yang di buat oleh Apple. Kisahnya, gambar yang saya siarkan adalah ketika struktur ini di bina dan di tutupi dengan penutup hitam ketika construction. TQ untuk Accia dan Fauziah kerana memberitahgu ttg struktur Apple di Fifth Avenue)
Salam buat semua.
Dah hampir separuh Ramadhon kita lalui.Semoga ALLAH berikan keizinan agar kita boleh meneruskan ibadah puasa.
Semalam selepas balik Tarawehah dan sambil dok tunggu game Rugby, aku buka kotak e-mail. Dapat satu mail dengan gambar yang membuat aku jadi marah dan beristighfar panjang.
Na'uzubillahi min zalik.
Kata e-mail sahabat ni, gambar ini adalah pembinaan sebuah bar di Midtown Manhattan,New York. Ianya di buat dengan reka bentuk seperti Ka'abah baitullah.
Ini adalah satu penghinaan nyata oleh kafirun terhadap umat Islam dan Islam sendiri.
Dan penghinaan ini mendapat restu bandaraya New York dan kerajaan Amerika sendiri.
Sudah lah Islam digambarkan sebagai pengganas, Nabi Muhammad saw pernah mereka hina dengan membuat lakaran kartun, kini institiusi Kaabah yang menjadi Kiblat umat Islam di replikakan sebagai tempat minuman keras.
Aku nyatakan di sini, aku tidak tahu samada ngambar ini di superimpose atau tidak berlatar belakangkan Manhattan. tetapi sesiapa yang biasa atau masih mempunyai rakan teman di New York, minta tolong suruh di confirmkan benar atau tidak. Aku tak mahu jadi orang fasik yang sebarkan berita palsu. jadi sapa yang ada kemampuan tolong find out. Kalau benar replika Kaabah ini ada di Manhattan, aku rasa nak buat tunjuk perasaan kat Kedutaan USA di Kuala Lumpur.
Tengok lah gambar2 kat sini. Mana tak menggelegak darah dan berhangin satu badan??
Pembinaan Bar dgn rekabentuk Kaabah, di Manhattan
foto dari e-mail
foto dari e-mail
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
18 comments:
Cepat2 ler turun balasan kat dunia pada manusia2 laknat nih. Dunia hampir kiamat betul lah ni. Betul kate mike, hangin satu badan, sabor jer lar.
Salam mior:
Tu ler yang teman idak tahan tu. Sebab naik hangin satu badan.
Teman harap bebenor sesape yang ade kawan dok New York tu gi le nengok betoi ke idak menantang tu kat Manhattan.
Kalau betoi siap kamu Amerika...
salam doc,
i've done some googling on this. try going to http://www.appleinsider.com/articles/06/05/18/apple_fifth_ave_store_will_never_close_photos.html
Accia:
Tq for the link. InsyaALLAH akan pi tengok sat lagi
Salam Doc,
Ini merupakan satu dalam siri provokasi bukan Islam terhadap kita. Sebelum ini mereka keluarkan gambar Rasulullah s.a.w. beberapa kali dalam akhbar di eropah dan beberapa lagi perkara sebelum itu; kesemua perkara ini diketuai bukan sahaja golongan zionis yahudi tapi juga zionis kristian.
Doc, kemukanlah usul untuk kita demo, insyAllah ana akan susuli di Kelana Jaya.
OOT: One of the best way to combat zionism is to boycott those supporting them such as Tesco, Starbucks, McD, and a few others. InsyAllah, I'll put up a poster of it in my blog.
Shah cakapaje:
Aku kena pastikan berita ni genuine dan gambar2 tu memang ada ,bukan guna CGI ka apa ka...kalau ada, aku nak bakar hati Muslim Malaysia ni. Kalau benda ni cuma hoax, kita jugak malu nanti.
So ,if you have contacts yg selalu ke New York boleh bagi tahu depa utk sahkan gambar2 ni.
Kalau nyata benar, memang kena demo di depan kedutaan walaupun PDRM dan FRU akan layan kita lebih teruk dari babi di Alor Gajah. Dan kita kena bersedia sebab mungkin PDRM akan guna peluru hidup terhadap Muslim yang sayangkan Islam.
salam Dr
banyak peristiwa yg menyanyat hati kita. islam diperlakukan spt bahan gurauan. pada saya, kita banyak kelemahan. baik dari segi persaudaraan, ekonomi, politik, ketenteraan, dsb. itu sebabnya negara lain terutama usa, england, peranchis dll pandang kita (negara umat islam) sebelah mata sahaja.
lebih-lebih lagi, negara arab. mereka mementingkan diri sendiri.
macamana org luar nak respect.
doc,
this is no super-impose. not sure what those yanks are up to but knowing there r jews very much amongst them, it wldnt surprise me their only intention is to make a mockery out of the great Islam itself.
aku tak pernah support APPLE pon. the best part is, buat apa beli i-pod bila handphone nowdays boleh store up to as many songs as u wish. mp3 pon boleh dwnload free je, i-tune can kiss my ass.
Salam Pekasam tokasid,
Berdoalah semoga bangunan tu dapat bagi hidayah kat oghang-oghang kapiaq US dan masuk Islam ramai-ramai.
Baguih gak depa buat mcm tu, mesti ramai pakat tanya pasai apa depa buat mcm tu, jawapan depa, nak tiru Kaabah, pastu oghang tanya dan nak tengok Kaabah yang sebenarnya. Mungkin lepaih tu depa bulih dapat hidayah dgn melihat Kaabah yg sebenar dlm TV sebagainya.
Kena pikiaq positif, jgn negatif mintak doa turun bala kat kapiaq. Depa pun umat Nabi Muhammad jugak cuma takdak hidayah ja.
Nabi tak pernah doa untuk oghang kapiaq kena bala walaupun Nabi sendiri kena maki hamun dgn penduduk Taif ketika cuba berdakwah di situ.
Bulan puasa ni bulan berkat, doakan hidayah untuk depa.
Salam saudara Dr. tokasid,
Kalau gambar itu dapat disahkan benar nya memang ini salah satu cara mereka untuk menghina dan menekan islam.
Pokok pangkal nya kerana kebanyakan negara islam ini tidak bersatu menyebabkan kita mudah diinjak-injak oleh bangsa kafirun.
Salam Tokasid
From what I know of the so-called structure, it is actually made of glass and called the Apple Cube. It is located in front of the Apple Headquarters on Fifth Avenue.
When it was built, it had black covering over it and as such resembled the Kaabah.
There was an uproar among the Muslim community in the US but when they finally saw the structure, it died down.
The pictures are real but they are also old. You can check out the Apple website for the latest.
Afrar:
Bila orang kafir memperlakukan Islam dan kaum Muslimin begini, tidak menghairankan kita walau ia menimbulkan kemarahan kepada kita.
Yang menghairankan ialah bila ada di kalangan umat Islam sendiri yang melekehkan Islam dengan tindak-tanduk atau perbuatan yang unIslamic secara terang-terangan untuk di lihat dan di scrutinised oleh semua pihak. Ini lebih menghina.
Afrar tentu faham maksud saya kan.
Kerp:
dari info yang Accia dan Fauziah beri aku dapat ke page yg ada structure Apple tu. Dan aku dah update dan link ke page appleinsider.
Kah3 marah betoi hang kat Apple.
Aku tak ada Apple product lagi, tapi what I heard from its users and aku pernah try kat Low Yat, memang Apple product i-pod tu very good quality.
Matsalo guna i-pod dgn Senheiser headphone, lagi la kaw dengar.
Aku guna MP4 ntah Taiwan ka China punya kot, pun sedap dengar dan gambar pun okay kualiti. Yg aku amek sebab boleh voice recording sama( jadi mp3 dah anak aku takeover lah).
Kalau sapa suka dengar yang sound best, memang Apple is the product.
Tapi kalau tak kisah, janji lagu sedap dan boleh dengar nak hangguk kepala, apa brand pun boleh asalkan boleh download banyak files kira okay la.
Maknesia pekasam:
Bro, memang kat USA Islam is the fastest growing religion, esp after the 9/11 incident!
The Muslim community there is close knitted and supportive of each other.
Adik aku very active kat Sacremento, dok help out kat Islamic Centre di sana.
Memang hang betoi, Nabi saw tak pernah doakan agar musuh Baginda( puak kafir musyrikin) untuk kehancuran. Doakan agar depa ALLAH beri hidayah Islam.
Saudara de_kerinchi:
memang benar, sejak perpecahan sistem kekhalifah Islam Uthmainiyyah, sehingga kini, umat Islam tidak bersatu( dalam politik) untuk menjadi umat yg kuat dari segi politik,ekonomi mahupun ketenteraan.
Dengan mengadapatsi semula fahaman kebangsaan masing-masing dalam kehidupan dan politik,kesatuan yang ada seperti zaman kekhalifahan( esp Khalifah al-Rasyideen) sukar di bina semula, kerana masing2 pemerintah lebih mementingkan negara dan kuasa sendiri daripada kesatuan umat Islam sejagat.
Sebab itu bagi saya OIC gagal berfungsi. Pemerintah2 Islam kebanyakkannya hanya mengisi kerusi OIC yang ada. Mereka jadi bacul dan memondankan diri kerana bimbang politik kebangsaan mereka akan musnah.
Untuk mendapat kesatuan semula, umat Islam melalui pemerintah masing-masing mesti bersatu atas aqidah yang sama dan dengan keyakinan hanya persatuan dan kerjasama berdasar aqidah Islamiyyah, al-Quran dan AsSunnah akan memperteguhkan kekuatan Islam sejagat.
Wallahu'alam.
Fauziah:
TQ for the explaination. I have updated and linked that particular article about the cubic glass structure.
I hope it is the same structure and there is no other structure that intended to make a mockery of the Kaabah.
TQ sis.
Hi Doc,
Just a satu cent punya statement, if you don't mind...
Not trying to berpihak to anyone ok?
You know, it is possible the people in the States have never even heard of the Kaabah, much less seen it...
Tau ler, depa ni, negara sendiri pun tak kenal...
I remember this question in a video on YouTube a while back:
Host asks Americans: Name a country that starts with the letter 'U'...
Ala...They dunno...
Some said: Yugoslavia...
Some said: Utah
Nobody thought of USA...*Tersengih*
And Yugoslavia doesnt start with a 'U', while Utah ain't a country!
My point is, they can be quite ignorant...
Maybe somebody should tell them about the similar design and how it is an insult to Islam...
PS: By the way, I saw Adrian yesterday! He's walking on his own! Pic on my blog...
contohi Rasulullah SAW yg sntiasa bsabar dlm menyebarkan ajaran Islam...tiada tunjuk perasaan...tiada paksaan dan tiada hina mghina...apatah lg mengutuk org2 kafir...malahan baginda hanya berdoa semoga mereka diberi hidayah oleh Allah SWT...kita serahkan semua kpd Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Post a Comment