Friday, September 21, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 13): SYAK

Taiping Lake Garden
foto by tokasid








(Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un di ucapkan kepada keluarga adik Nurin. Ujian DNA pertama mengesahkan mayat yang dijumpai dalam beg sukan adalah adik Nurin. Kita doakan keluarga Nurin akan sabar tabah dan redha dengan ujian berat ini. Kepada kawan yang tahu mengerjakan solat jenazah ghaib, mari kita lakukan selepas jenazah Nurin di kebumikan. Sesuatu yang sudah pasti, Nurin sudah menjadi ahli syurga ALLAH)

4- Syak sebagai punca rosaknya Aqidah.

Punca keempat ialah SYAK~ iaitu meragui tentang kebesaran dan kebenaran ALLAH dan RasulNya. Dia tidak ber'iqtiqad, dia tidak melakukan perbuatan dan tidak mengeluarkan kata-kata, tetapi dia syak tentang kekuasaan dan keagungan ALLAH SWT. Seperti dia syak : Aku tak pasti al-Quran ini benar atau tidak. Aku tidak pasti apa yang Rasul cakap benar atau tidak.Aku tak pasti ALLAH Taala adil atau tidak.

Dia tidak mempunyai keyakinan ALLAH zalim tetapi dia syak terhadap keadilanNya. Dia syak terhadap kebenaran Rasul, sedangkan iman menuntut keyakinan yang mutlak.

Sesiapa yang syak terhadap perkara yang telah diputuskan benar oleh al-Quran dan Sunnah,maka dia terkeluar daripada Islam.Terkeluar dari daerah iman.Sekalipun pada zahirnya kita lihat dia sebagai seorang muslim.




Maka hendaklah seorang muslim atau mukmin itu berhati-hati supaya keempat-empat punca yang membatalkan aqidah ini dapat diselamatkan. Supaya tidak ada satu atau lebih dari punca-punca ini terjejas ,yang akhirnya akan menjejaskan iman dan keyakinan kita( dan keIslaman kita) yang akhirnya menjerumuskan kita ke daerah kufur. (Na'uzubillahi min zalik)

Next; Syirik besar dan syirik kecil




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

4 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Bab syirik memang menakutkan. takut-takut tidak sengaja melakukannya. nauzubillah....

tokasid said...

Salam Wak pinter:

Memang bab syirik ni banyak yg terjebak secara tidak sedar. Sesetengah tu mereka ingatkan apa yg mereka buat di izinkan oleh agama sebab mereka lihat ramai yg membuatnya.

Jadi di sini lah pentingnya mengapa ALLAH dan Nabi saw suruh kita tuntut ilmu, supaya kita tahu batas2 kita.
saya harap wak pinter juga boleh memberi input( I know you have the knowledge)dan huraian jika ada dalam siri ini.
jazakallah khair saudara.

cakapaje said...

This is bukan nak mengutuk ke apa, tapi kalau kita panggil paderi agama lain reramai untuk sesama doakan untuk kita pun....?

Tanya bukan pasal apa, terbaca anak seorang negarawan yang buat multi-faith prayer untuk ayah dia bebaru ni.

tokasid said...

Cakapaje;
When I read her musing in the STAR aku pun tak tahu nak kata apa.

Perkara ni sama macam kerajaan Singapore pernah buat dulu( masa kes2 JI di Singapore,post 9/11. Singapura buat berdoa ramai-ramai di Stadium dan di jemput pelbagai tokoh agama di Singapura dan dilakukan bacaan doa satu persatu sambil di pasangkam lilin. Bagi kaum Muslim hanya satu pertubuhan sahaja yg hadir, yang lain menolak jemputan tersebut).

Saya merasakan si anak ini buat begini kerana membolehkan rakyat dari kalangan agama lain mendoakan kesembuhan bapanya. saya saya merasakan adalah lebih baik di buat berasingan. Tetapi saya tidak hairan kerana keluarga ini merasakan semua agama adalah sama( kenyataan bapanya sewaktu memerintah dahulu). Sedangkan pernyataan ALLAH hanya Islam yg ALLAH redha.

Sikap si anak yang teramat liberal terhadap Islam juga pernah merunsingkan saya. Islam ada manhaj/prosedur tersendiri iaitu mesti mengikut Quran dan hadith. Aqidah mesti mengikut apa yg Nabi saw sampaikan dan di sambung oleh salafus soleh. Amalan ibadah mesti secara 'ittiba iaitu menurut apa yg Nabisaw lakukan.
Berdoa dalam Islam adalah ibadah.

Jika kita hadir di majlis berdoa dgn yg bukan Islam dan kita tidak mengambil bahagian( tolong amin) dan kita tidak redha atau setuju cara mereka lakukan adalah cara yg ALLAH izinkan, tetapi kita hadir sekadar menghormati jemputan, itu okay lah.

Walaubagaimana pun ,InsyaALLAH masaalah ini akan saya kemukakan kepada yg lebih mengetahui.