Perbuatan sebagai punca rosak aqidah.
Kadangkala manusia tidak berkata-kata pun.Tetapi dia membuat dengan sesuatu perbuatan,iaitu perbuatan yang mencemarkan ALLAH dan Rasul; seperti perbuatan menyembah,mempersekutukan ALLAH, menenung nasib, mencabut sesuatu untuk mengetahui masa depannya(Tarrot Card atau yang Hindu dok guna burung Nuri di kaki lima), kerana dia percaya ada makhluk lain yang mengetahui perkara yang ghaib(yang hanya dikatahui oleh ALLAH).
( Kita sering membaca dalam akhbar terutamanya harian Metro tentang golongan yang menurun di kuburan lama, di busut2 untuk mendapatkan nombor ekor. Ada yang memuja barangan-barangan lama untuk mendapat ibu duit. Ini adalah perbuatan yg merosakkan aqidah. Juga adakala kita terlihat ada orang Melayu yang berjumpa dengan seseorang yg menggunakan burung yang memagut kad tenungan nasib. yang hairannya, ahli tukang baca kad tu pun tak tahu-tahu ke nasib dia sendiri? Bila kita tanya orang Islam yang membuat hal ini di jawabnya: Taklah..saya saja suka-suka je...)
Perbuatan menghina seperti mencampak al-Quran,memijak-mijak al-Quran seperti yang sering dilakukan oleh bomoh atau tukang sihir(untuk mendapat darjat dalam ilmu sihir mereka).
(Pernah di khabarkan 5-6 tahun lalu di sebuah tempat di Utara Perak, seorang lelaki telah mengoyak-ngoyak naskah Quran dan melemparkan ke tali air di kampung tersebut. Pada malamnya telah terjadi ribut besar sehingga berpuluh2 batang sawit tumbang dan tiang TNB serta telifon tumbang. Yang menakjubkan, kampung bersebelahan tidak apa-apa berlaku. Adik lelaki saya telah pergi untuk melihat sendiri tempat itu( 20 km dari rumah mak) dan menceritakan kepada saya)
Menghina,walaupun tak berkata-kata, seperti menuding jari secara biadab kepada al-Quran dan kepada sunnah; ataupun memperlerkehkan seperti membuat mimik muka ketika orang membaca al-Quran,dengan maksud mempertikaiakan atau menghina Quran. Atau dia mencebik ketika orang menyebut perkataan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,walaupun dia tidak melafazkan dengan apa-apa perkataan.
Perbuatan-perbuatan yang seperti itu adalah perbuatan syirik ataupun perbuatan kufur.Sama juga dengan mereka yang meminta pertolongan para wali.Pergi tawaf kubur umpamanya.
Atau menyembelih untuk selain dari ALLAH SWT.Ada sesetengah tempat masih lagi membayar nazar,walaupun dia tak menyebut apa-apa,tetapi dia sembelih.Bomoh kata: "Kau sembelih ini kalau nak selesaikan masaalah kau.."' Atau sembelih kerana tok keramat sekian-sekian. Sembelih kerana wali sekian-sekian.Sekalipun tidak pernah menyebut nama wali atau tuk keramat itu,tetapi tujuan penyembelihannya adalah kerana tuk keramat atau wali.
Jelas sekali ini adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.
Next: 'Iqtiqad yang merosakan aqidah.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
14 comments:
salam Dr
baru-baru ni jadi isu - ada yang tanam batang pisang di dalam kubur. ini pun satu hal juga.
2. ada kawan tak setujulah Dr, katanya semasa ada kematian, talqinnya dikenakan bayaran yang tinggi. sembahyang jenazah juga dikenakan bayaran tinggi. macam-macam lagilah. ada aku terbaca, masyarakat malaysia terikut dgn cara adat dan budaya hindu yg dibawa masuk dari India. kot ada idea tentang tu Dr?
Afrar:
Ada jugak baca sepintas lalu ttg kes di Baling dan satu lagi di (?)Pasir Mas ttg tanam batang pisang ni. Tak tahu apa sebabnya, tapi jelas khurafat. Kena halusi lagi apa pasal dia buat mcm tu .
Di Baling kalau tak silap jenazah di tanam dgn Al-Quran kot. Ni pun perbuatan org kepala mereng. Di Kedah ni kita sedia maklum bila ada kematian akan di bacakan Quran di atas kubur selama seminggu. Di buatkan 'portable pondok' lalu di upah dua org untuk membaca Quran secara bergilir2 tanpa henti, sehingga bila azan pun yg sedang membaca tidak akan berhenti utk solat berjemaah!Kerana takut kalau berhenti baca, malaikat akan datang utk memulakan soal jawab kubur.Malang perbuatan begitu tidak di suruh oleh agama, dan nampak seolah-olah nak delaykan soal kubur.
Al-Quran untuk di baca dan di pelajari dan di ambil sebagai panduan mengendali hidup ini sebagaimana yg ALLAH perintahkan. Bukan untuk di kuburkan Quran bersama jenazah!
2-Tentang kematian dan mengendalikan jenazah.Apa yg aku nak katakan mungkin ramai yg tidak setuju. Tidak menjadi masaalah. Aku cuma sampaikan. Buat masa sekarang, secara am pengendalian jenazah yg orang Melayu Islam buat adalah betul, cuma! Cuma terdapat banyak sangat penambahan-penambahan yg kita buat( ikut sukalah samada nak kata bida'ah atau tidak) dan ada juga yg kita buat sebenarnya dari dulu Rasulullah s.a.w. suruh buat yg berlainan.
a) Ketika org sedang nazak. Kita di galak mentalqinkan dia dgn Kalimah Laa ila ha illallah. Bila sudah di sebut dan dia mengikut bacaan kita, TIDAK perlu lagi di ajar, melainkan dia(yg nazak) mempertuturkan hal2 lain. Kita ajar semula.
Apa yg berlaku sekarang, setiap yg datang akan pergi ke telinga org nazak, dan membisikkan kalimah Tauhid .Kita sedar mereka berniat baik. Tetapi, kita harus ingat org yg nazak terlalu banyak gangguan hati dan fikiran mereka. jangan kita merimaskan mereka jika mereka telah menyebut kalimah tauhid(yg telah di tuturkan). Seeloknya ,jika kita ziarah org yg nazak, kita bertanya dulu pd yg hadir: Sudahkah di ajar kepada dia kalimah tauhid? Kalau sudah di ajar,tak perlu lagi kita ulangi.
b) membaca Quran ketika nazak. Apa yg kita lihat, ramai yg membaca Quran di depan org sakit. Seorang baca Yasin, seorang baca surah lain. Ada yg tajwid betul ada yg hancur lebur. Jika si sakit seorang yg pandai mengaji, bila dia dengar bacaan yg kelam kabut akan bertambah siksa hati jiwa dia yg sedang bertarung dgn maut. Apa yg boleh di lakukan, yg nak baca Quran tu biarlah yg bagus bacaannya. kalau ramai nak baca,baca lah secara bergilir-gilir.
c) Bila nak diturunkan jenazah dari rumah, kita sudah maklum org kita akan berhenti 3 kali utk baca al-Fatihah. Ini tiada Nabi s.a.w. atau para sahabat lakukan. Tapi kita di sini tambah. kata org : Apa salah kita buat. Kita baca Fatihah kan bagus tu?
Kata saya: Membaca Fatihah memang bagus, tetapi mengapa perlu di baca 3 kali dan stop 3 kali bila turunkan jenazah? Apa basisnya? Kalau Nabi s.a.w. ada buat begitu memang patut kita contohi.
d)Bertalqin dan bertahlil di atas kuburan. Pada zaman Nabi s.a.w. dulu, bila Nabi saw selesai kebumikan org mati, baginda akan berdiri( yg lain pun berdiri)dan mendoakan org yg baru dikebumikan serta memberi sedikit tazkirah, kemudia semua pulang. Tiada yg menunggu utk membaca tahlil atau talkin atau baca Quran di kubur.
Kita sekarang ,siap hamparkan tikar dan duduk bersila( kadangkala atas kubur org lain( perbuatan ini lagi di larang)) lalu bertalkin dan bertahlil.
e) Kenduri arwah: ini sesuatu yg amat popular di sini sehingga ada yg anggap kalau tak buat kenduri arwah seolah-olah kita tak kasihan kepada arwah! Ada yg terpaksa berhutang semata-mata nak buat kenduri arwah, sebab kalau makan yg ringkas(meehoon goreng saja),bimbang malam seterusnya org masjid tak mahu datang( dan hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita, sad to say). Dan kita yg hadir berkenduri arwah selalunya lupa satu perkara penting. jika arwah mempunyai anak kecil, ada kemungkinan makanan yg kita makan itu sebenarnya harta anak yatim!
Yang saya tahu, pesanan Nabi saw ketika ada kematian keluarga Abbas, baginda menyuruh para sahabat membawa makanan kepada ahli keluarga Abbas yg sedang dalam kesedihan. Kita buat yg terbalik. keluarga yg dalam kesedihan kena sediakan makanan untuk kita! Patutkah begitu? Alangkah baik, jika ada sahabat atau jiran meninggal, kita berpakat membantu mereka. Kita belikan makanan utk ahli keluarga mereka . kalau kita nak beri tetamu makan, kita berpakat sediakan minuman dan jaudah. Kita legakan sedikit kesedihan keluarga arwah.
Banyak lagi kalau nak di ceritakan kepelikan-kepelikan amalan kita di sini yg agak menyimpang dari apa yg Nabi saw mahukan. Mungkin kena buat entri lain kot.
Wallahu'alam.
salam Tokasid,
Terima kasih dah dapat baca dengan baik blog tuan. Terima kasih lagi kerana kongsi ilmu ini. Kalau lawat blog lain saya tak baca sangat komen komen yang lain, tapi di sini saya akan baca komen2 tuan yang kadang kala lebih terperinci lagi. Jazakallah Doktor(Perubatan/Agama).
doc,
mungkin ni lari dari topic sikit tapi kira alhamdulillah jugak la sbb baru2 ni pihak berkuasa mengharamkan permainan tikam di kedai2 runcit. yg jadi target permainan ni rata2 budak sekolah. tapi yang menghairankan, kenapa baru sekarang? masa saya budak2 dulu tikam ni dah ada. dan takleh buat apa dah sebab dulu saya pon ada lah menikam gak sikit2..haha..
apa cite doc? lama 'menghilang'? hihi..
Pak zabs:
Alhamdulillah kerana dah boleh baca.
Pak zabs, saya cuma doktor perubatan. Hal-hal ilmu agama saya hanya seorang pelajar di peringkat tadika lagi. Cuma saya suka nak cari apa yg kita buat selama ini ada sandaran dalil atau tidak.
Bukan apa pak zabs, ramai sangat orang kita bila buat sesuatu mereka sandarkan kpd Imam AsSyafie'. Sikit-sikit sebab kita ni mazhab Syafie'. Jadi saya cuba cari sana sikit sini sikit, dapat lah. Rupa-rupanya Imam Syafie' sendiri telah dgn jelas melarang kita dari membuat kenduri arwah! Its true. Kalau tak silap saya ada dalam kitab al-Risalah atau Majmuk yg Imam Syafie karangkan.
Mungkin orang kita ikut Imam Syafie bin Tok Awang kot( imam kat kampung) dan bukan Imam Muhammad bin Idris As-Syafie', imam mazhab kita.
salam Dr
t.k di atas penjelasan.
2.blog lebih menarik. alhamdulillah.
Salam kerp:
Tikam-tikam ni sejak zaman saya sekolah rendah lagi dah ada. Siap apek yg jual tidbits depat gate sekolah panggil budak2 tikam. Ada di lekatkan pistol air, mainan askar, buih tiup belon etc. Masa tu tikam sekali cabut 5 sen( which is big in the early 70's).
Masa saya darjah 5 saya jadi tokey tikam. Masa tu banyak majalah Bambino( the first Malay komik book, before Gila-Gila) kat rumah dan ramai kawan2 dtg baca. Ada yg mintak. So, saya buat tikam lah. Sudah tentu taukeh mana mau rugikan?
Masa darjah 6, ada kawan berpakat, kami beli tikam di pekan Taiping( sekeping RM6/=). Kalau habis di tikam kita akan dapat RM10/=. Bila mak bapak kami tahu, kami semua di'tikam' dgn rotan da...
Kecik2 dah jadi tokey judi.
Tikam-tikam ni masuk bab JUDI which is haram mcm main ekor jugak lah.Cuma jika seorang Muslim berkata bahawa judi itu tidak haram...ini boleh membawa kepada murtad.
Blog saya dah sihat selepas dia buat magic show utk hilang bila di baca dgn Internet Explorer. Tapi dah sembuh dah.
Wah doc…hebat jugak masa mecik2 dulu. .pernah jadi toowkey judi lagi..hahaha..
Tu lah. insyaAllah mmg sentiasa ingat yg judi tu haram. Dulu masa sekali tu dok tgh seronok main nombor ekor, mmg tau haram tp nak duit senang punya pasal, main jugak. Alhamdulillah sedar tak lama tu, tak kemana pon tp duit ttp abis.
Salam Tokasid
Recently at a funeral of a relative, some elders had asked why the Fatihah was not recited three times when the jenazah was taken out of the house into the kereta jenazah to be brought to the masjid for the sembahyang jenazah. They blamed the younger generation for not going according to the ritual. I did find it odd at first because for the longest time, I had seen it done.
You’ve answered my question especially those relating to the talkin recital (not for the dead, but a reminder to the living about our responsibilities to the religion) and the kenduri arwahs (3 to seven days, 40th day and 100th day).
Am I right to say its more of a Malay ritual, not so much of it being Islamic?
TA...Alhamdulillah, dah dapat baca blog TA balik semula...mulanya suspen juga saya kot2 ada virus yg attack PC saya ni...
Alhamdulillah juga, topik kali ini membuka byk laluan ilmu dan peringatan buat saya dan pembaca yang lain...
Terpanggil juga utk berkongsi ilmu...semasa di Medinah tempohari...mutawwif ada memberi sedikit penjelasan tentang adab melawat kubur...iyelah org2 kita ada yg berpendapat melawat kubur terutamanya bagi kaum perempuan adalah dilarang...mengikut mutawwif..memang masa zaman Nabi Muhammad SAW ianya dilarang...tetapi Nabi kemudiannya menggalakkan orang utk melawat kubut kerana kubur memberi peringatan kepada kita tentang alam kekal yang bakal kita diami...tentang kematian yg pastinya datang...
Adab melawat kubur yg selalu kita lihat di sini ialah membawa se-jug air dan membaca yassin...mungkin (sila betulkan saya) jika masih bertata susila (tidak duduk di atas kubur lain, etc) itu baik...tapi kita lupa utk memberi salam apabila sampai/lalu di kubur dan berdoa dgn mengadap kiblat bagi mereka yg sudah dikebumikan supaya diberi pengampunan dan diletakkan bersama org2 yang beriman...itu yg menjadi salahnya...kita lupa sedangkan itu yg perlu kita lakukan sebagai tanda hormat kepada mereka yg disemadikan di kubur...
Saya sebenarnya menunggu2 entri TA setiap pagi Jumaat...saya temui byk ilmu di sini...Syukran Jazilan...Jazakallah khairan ya akhiii...
Kerp:
Tu lah...unsangkarable boleh jadi tokey tikam. Mujur tak jadi tokey kasino kat Genting.
Fauziah:
What we see, is a mixture of Islamic rituals and adat Nusantara mixed together. Unfortunately,with time most ppl are not aware which is which and most ASSUMED that everything we did is purely religious.
When young ppl, started to ask why do this and that, they wanted to know if the Prophet saw and his sahabah ever did these rituals. When they found the answers which is which, they are faced with resistance by the older generations.
For me its simple: What our Nabi saw did, gerenti sudah ALLAH approved dan berpahala.
What we think is the right thing, but unfortunately no dalil to it, who is going to approve it? Who is going to give the pahala?
We might think what we did is good but without Nabi saw 's approval, it might be rejected!
Amal ibadah is not by doing it using our akal. Amal ibadat is all about what ALLAH and Nabi saw wanted us to do and HOW to do it.
Posted by raden Galoh:
TA...Alhamdulillah, dah dapat baca blog TA balik semula...mulanya suspen juga saya kot2 ada virus yg attack PC saya ni...
Alhamdulillah juga, topik kali ini membuka byk laluan ilmu dan peringatan buat saya dan pembaca yang lain...
Terpanggil juga utk berkongsi ilmu...semasa di Medinah tempohari...mutawwif ada memberi sedikit penjelasan tentang adab melawat kubur...iyelah org2 kita ada yg berpendapat melawat kubur terutamanya bagi kaum perempuan adalah dilarang...mengikut mutawwif..memang masa zaman Nabi Muhammad SAW ianya dilarang...tetapi Nabi kemudiannya menggalakkan orang utk melawat kubut kerana kubur memberi peringatan kepada kita tentang alam kekal yang bakal kita diami...tentang kematian yg pastinya datang...
Adab melawat kubur yg selalu kita lihat di sini ialah membawa se-jug air dan membaca yassin...mungkin (sila betulkan saya) jika masih bertata susila (tidak duduk di atas kubur lain, etc) itu baik...tapi kita lupa utk memberi salam apabila sampai/lalu di kubur dan berdoa dgn mengadap kiblat bagi mereka yg sudah dikebumikan supaya diberi pengampunan dan diletakkan bersama org2 yang beriman...itu yg menjadi salahnya...kita lupa sedangkan itu yg perlu kita lakukan sebagai tanda hormat kepada mereka yg disemadikan di kubur...
Saya sebenarnya menunggu2 entri TA setiap pagi Jumaat...saya temui byk ilmu di sini...Syukran Jazilan...Jazakallah khairan ya akhiii...
Salam Raden:
Memang pada mulanya Nabi saw melarang wanita utk ke perkuburan, kerana pada waktu itu menjadi adat orang Arab Jahiliyyah utk meratap-ratap bila ada kematian sehingga ke kawasan perkuburan.
Selain itu adakala tanah perkuburan mereka adakan jamuan makan-makan.
Apabila orang ramai semakin memahami ttg Islam, baru Nabi saw mengizinkan semula.
Adab menziarahi kubur ialah
1- Memberi salam kepada ahli kubur
2- berdoa(menghadap kiblat) agar di ampunkan doa kita dan yg telah mati, agar di jauhkan kita dan mereka dari azab kubur/fitnah kubur dan di luaskan kubur bagi mereka.
3- Tidak melakukan maksiat
4- Tidak berjamuan makan( macam segelintir kita lakukan ketika ziarah kubur di pagi Raya)
5- Tidak memijak atau duduk di atas kubur
6- Kita yg menziarahi bermuhasabbah diri bahawa kita bakal menjadi ahli kubur. Sudahkah kita bersedia?
Tentang membawa air dan menjiruskan ke atas tanah kubur , hanya lah adat orang Melayu. Ianya bukan ada sebarang dalil dan ianya tidak memberi sebarang menafaat kepada si mati. Begitu juga selepas pengkebumian, di letakkan sekaki payung di atas kubur, tiada ada menafaat lansung. Lebih elok kita yg hidup ambil boleh digunakan utk berpayung.
Yang lebih parah di sesetangah tempat kita,ada yang melakukan pemujaan di kubur2 yg di anggap keramat dan wali. Ada yg membuat nazar di kuburan2 ini. Ini jelas syirik.
Dulu-dulu, ada berlaku di beberapa negara Islam, perbuatan org Islam yg bertawaf di kubur para sahabat dan wali. Ini adalah perbuatan khurafat yang amat nyata. Sebab itu kita dapati, pada awal kerajaan Ibnu saud( di Saudi) di hapuskan banyak tempat2 yg berlaku mukjizat Nabi saw atau tempat2 bersejarah( seperti rumah Nabi saw di lahirkan etc) kerana Kerajaan uthmaniah Turki telah membiarkan amalan-amalan bida'ah dan khurafat berleluasa.
Wallahu'alam.
Post a Comment