Kita semua telah dikejutkan dengan berita paling menyayat hati. berita pembunuhan kejam ke atas Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.
Alhamdulillah ramai rakyat yang bersimpati telah memberi takziah kepada keluarga Nurin di sini.
Saya berharap, selain ucapan takziah dan doa yang diiringi, adalah baik juga jika kita dapat lakukan solat janazah(ghaib) untuk Nurin.
Solat ghaib boleh kita lakukan secara bersendirian atau berjamaah. caranya macam solat janazah yang lain juga iaitu 4 takbir.
Solat bermula dengan takbiraturihram dan berakhir dengan salam.
Takbir pertama: baca Al-Fatihah
Takbir kedua: Bacaan Selawat ke atas Nabi saw
Takbir ketiga: Doa
Takbir ke empat: Salam.( boleh juga sedikit doa sebelum salam, seperti yg kita lakukan di Malaysia).
Solat jenazah ghaib boleh dilakukan dalam tempoh 3 hari dari waktu jenazah sudah dimandikan dan di kafankan.( maknanya sampai esok 23 September 2007)
Lihat fatwa ini untuk kesahihan.
Kita melakukan solat ghaib bukan lah kerana sebagai fardhu kifayah (kerana Nurin telah disolatkan) tetapi sebagai mendoakan beliau.
Tidak menjadi kesalahan jika tidak kita lakukan.
Jazakallah khair.
Di bawah ni saya sertakan pendapat Ibn Qayyim dan Ibn Taymiyyah berkenaan solat ghaib, untuk menambah ilmu kita yang saya jumpa di sini.
Solat Mayat Hilang?
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah: "Dan bukanlah dari petunjuk dan sunnah Nabi s.a.w. mengerjakan solat jenazah ke atas setiap mayat yang ghaib.Sesungguhnya telah mati ramai dari kalangan orang Islam dan mayat mereka ghaib, sedangkan Nabi tidak pula mengerjakan solat jenazah untuk mereka, dan yang sahih dari baginda: Bahawa baginda telah mengerjakan solat jenazah untuk Najasyi sepertimana solat untuk mayat..."
Kata Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah: "Sekiranya seseorang mati di suatu negeri dan mayatnya belum disolatkan, hendaklah dikerjakan solat jenazah ghaib untuknya, sepertimana Nabi s.a.w. solat untuk Najasyi, kerana beliau mati di kalangan orang kafir dan mayat beliau belum disolatkan. Sekiranya mayat telah disolatkan selepas kematiannya, tidaklah dikerjakan solat jenazah ghaib untuknya, kerana kewajipan tersebut telah gugur setelah orang Islam mengerjakan solat jenazah untuknya, dan Nabi s.a.w. telah mengerjakan solat ghaib dan meninggalkan solat ghaib, perbuatan baginda yang mengerjakan dan meninggalkan adalah sunnah, apabila baginda mengerjakan sesuatu maka pada keadaan tersebut menjadi sunnah dilakukan, dan apabila baginda meninggalkan sesuatu maka pada keadaan tersebut menjadi sunnah ditinggalkan."
*Solat ghaib untuk Najasyi diriwayatkan dari ramai Sahabat (Abu Hurayrah, Jabir ibn Abdillah, 'Imran ibn Husayn, Jarir ibn Abdillah dll) oleh imam-imam hadith yang enam, Ahmad dan al-Tayalisi.
[Zaad al-Ma'aad fi Hady Khayr al-'Ibaad 1/500-501]
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
4 comments:
salam Dr
semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Salam TA,
Banyak bertambah pengetahuan cetek saya ini. Terima kasih, semoga arwah Nurin mendapat berkat dan hidayah
salam saudara dr tokasid
Terima kasih atas ingatan, semoga Roh nurin dicucuri rahmat..al-fatihah..
Afrar,Elviza dan de_kerinchi:
Ameen Ya Rabbal 'alameen.
Post a Comment