Friday, September 14, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 12) 'Iqtiqad yang merosakan aqidah.


dragonfly
foto by tokasid









(UPDATE: Adab berbuka puasa mengikut Sunnah- penjelasan Dr MAZA Mufti Perlis.)


'Iqtiqad yang merosakan aqidah.

Walaupun tidak mengatakan sesuatu(perkataan) dan tidak membuat sesuatu(perbuatan),tapi dalam hatinya terhimpun satu keyakinan atau 'iqtiqad (yang membawa dia berkeyakinan dalam hati) yang mengandungi nilai menyekutukan ALLAH,menghina atau memperlekehkanNya.Contohnya, dia yakin di dalam hatinya al-Quran ini lapuk dan tidak sesuai lagi zaman sekarang.

Namun dia tidak memberitahu kepada sesiapa pun.Dia tidak pernah menunjuk reaksi pada mukanya.Tetapi dalam hatinya berkata al-Quran bukanlah sumber rujukan yang patut diambil. Ataupun dalam hati dan keyakinannya ~syurga dan neraka itu tidak wujud. Atau dia rasa undang-undang Islam adalah zalim.Ataupun baginya Rasulullah s.a.w. tidak relevan.

Walau tak pernah dilafaz atau ditunjuk perbuatan/reaksinya, ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yang di dalam hati orang ini. Di sisi ALLAH dia telah kafir.


Walaupun ketika mati nanti, dia dimandikan,kafankan dan di solat jenazah secara Islam, dikebumikan di tanah perkuburan Islam; tetapi jika hati,perasaan dan keyakinannya mengandungi 'iqtiqad yang kufur,dia tetap kafir di sisi ALLAH dan akan kekal dalam neraka buat selama-lamanya.


Inilah perkara yang yang sangat bahaya( wal'iyaazu billah atau Na'uzubillahi min zalik).Inilah yang menyebabkan orang-orang munafik sekalipun mereka solat di belakang Nabi s.a.w.,mereka lafazkan kata-kata iman,'iqtiqad mereka ialah 'iqtiqad yang kufur.Mereka kufur di sisi ALLAH SWT.



Kita bimbang ramai orang Islam hari ini, hasil dari serangan pemikiran yang dilakukan oleh sistem jahiliyyah( atau pun dunia barat),atau kempen media barat, sehingga menyebabkan anak-anak generasi baru Islam( atau muncul di kalangan orang Islam) yang tidak berkeyakinan dengan agamanya.Yang menganggap al-Quran sudah lapok dan kisah-kisah dalam al-Quran sebagai mitos.

Cuma,oleh kerana dia sebagai seorang Muslim,dia merasakan tidak wajar perkara ini di beritahu kepada orang lain. Dia diamkan dalam dirinya sahaja. Dia menyembunyikan keyakinan barunya itu.Tidak pernah dia memberitahu kepada yang lain, tidak pernah ditunjuk perbuatan yang dia tidak yakindengan Islam.Hatinya mengandungi makna yang kufur.Dia sebenarnya di sisi ALLAH,telah kufur.


Ini sangat membimbangkan.Maka tidak pelik jika kita mendapati umat ini ramai,tetapi yang kekal imannya disisi ALLAH barangkali sebahagiannya tidak.


( lihat Surah Kahfi ayat 103-106 yang ALLAH describe apa terjadi kepada orang yang rosak 'iqtiqad dan aqidah mereka. Segala amal-amal mereka adalah sia-sia dan akan ditempatkan di Neraka Jahanam ( na'uzubillahi min zalik))


[103]Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?


[104] (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


[105] Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.


[106] (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. )


Next: Syak.....


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
adakalanya manusia mencari sesuatu. dia mencubanya. bertanya dgn tok guru. tapi hatinya masih berbelah bagi. bukan tidak menerima tetapi entah boleh entah tidak. itu yg difikirkan. contohnya
1.adakah Allah swt. jika ya, kenapa tidak membantu aku yg meminta kepadaNya
2.apakah betul ada azab kubur. bagaimana caranya. berapa lama.
dan macam-macam lagi sehingga membuat kajian mengikut akal logik.

demonsinme said...

Assalamualaikum MASTER TA:

Again many thanks for these enlightenment.

Back a few entries ago I posted a question that is still waiting a reply from your esteem self.

Forgive me to have of it again and if it seems as arudenes on my part, but, GOD be my judge, after reading your entries here, I have develope an undying yearning for it.

Again, many tahnks and apologies.

Mior Azhar said...

Salam Tok,
Benda2 yang tak nampak macam ni memang bahaya. Tetapi banyak benda seperti ini sekarang ni orang dah segan nak voice it out. Malah bangga pulak nak question larangan Allah, for example. Moga2 kita tak termasuk dalam golongan begini.
(Btw, meke grad tahun berapa? I was in 3rdRC from 84-87. Are we on the same batch?

tokasid said...

Afrar:
Memang ramai yg celaru fikiran mereka dan selalunya mencari ditempat yg salah dan ada yg nak semua ekspress. Itu yg ramai terjebak dgn ajaran sesat sekarang ini.

Jika seseorang mendapat cara ajaran aqidah yg betul, maka segala kecelaruan dan pertanyaan akan hilang. Segala yg berlaku samada baik atau buruk yg menimpa akan diterima dgn redha.

tokasid said...

Wa'alaikumussalam demonsinme:

I'm sorry I have forgotten about your comment/request in that posting. Will track it back ,insyaALLAH if I have the ability will try to answer/comment on that.
I am a learner myself and am not sure of many things.
But I believe the doa from Surah Toha 16:114( at the end of the ayat): "Rabbi zidni 'ilmaan"( Wahai Tuhanku,tambahilah ilmu ku), will make us understand better.

tokasid said...

Mior:

Perkara 'iqtiqaq ni memang susah nak handle sebab cuma indivudi terbabit sahaja yg tahu. Kita hanya boleh menilai orang melalui apa yg org itu perlakukan sahaja.Apa yg di dalam hati mereka tidak kita ketahui. Oleh sebab itu, amat perlu ilmu-ilmu begini di sebarkan kerana kita tidak tahu target group kita. Mungkin juga ada yg begitu kerana tidak memahami perbuatan hati nya boleh merosakan aqidah nya. Jika kita dapat menyebarkan ilmu begini, dan jika sesiapa yg selama ini mempunyai 'iqtiqad sonsang,kita amat berharap mereka tersedar kesilapan selama ini dan dapat bertaubat dan betulkan keadaan.Kalau yg dah tahu tapi terus jugak dgn 'iqtiqad sonsang, kita berlepas tangan, kerana tanggungjawab menyampaikan sudah di tunaikan.

Teman 2nRC dari 80-83. Kemudian CSH/Ibnu Sina 84-88.
#rdRC memang selalu pergi sebab gi makan kat kantin Sahor. Sahor sebelum tu lama di 2nd RC,memasak utk Pak Usop. Dalam 83 dia dapat buka di 3rd RC. Teman jumpa Sahor about 4 years ago di Sg Petani, dia masih berniaga di 3rd RC lagi.
(YB Batu Pahat tu dulu budak 3rd RC,mungkin mior pernah kenal dia)