Thursday, November 23, 2006

Bahana Reyang Dot


(Che Rem Pit sedang dirawat di ICU HKL)
Zoo Negara 23 hb November 2006: Cemas dan sayu. Itu lah perasaan Dart Ten Pekdah seekor orang utan betina di Zoo Negara sejak pagi tadi. Anak Dart Ten yang baru berusia 3 bulan bernama Che Rem Pit( tiada tali persaudaraan dengan Brad Pitt atau rabuan Pit atau Mat Pit) telah di masukkan ke ICU HKL pada jam 6 pagi tadi kerana tercekik buah reyang dot( keriang). X-ray menunjukkan buah reyang dot telah tersangkut di saluran pernafasan Che Rem Pit. Pakar-pakar perubatan dan doktor vetenari sedang berusaha hendak mengeluarkan buah tersebut.

Che Rem Pit di temui dalam keadaan sesak nafas dan hampir pengsan oleh petugas Zoo Negara pada jam 5 pagi tadi ketika petugas hendak melepaskan hajat di tepi kandang Dart Ten dan Che Rem Pit. Dart Ten pada waktu itu sedang cuba membuat Hemlich manouvere dan CPR ke atas Che Rem Pit.

Di percayai Che Rem Pit telah memakan sekilo buah reyang dot yang di seludup oleh pelawat zoo semalam. Pelawat tersebut yang dipercayai datang dari Kg Gunung Keriang di Alor Star Kedah. Che Rem Pit yang sebelum ini amat gemar kepada buah anggur telah menyagka reyang dot adalah anggur Malaysia dan memakan dengan lahap dan di percayai telah tersedak dan tercekik buah reyang dot tersebut.

Keadaan Che Rem Pit masih kritikal dan tidak stabil( lihat gambar di atas). Saudara mara dart Ten di Sabah telah diberitahu. Begitu juga bapa saudaranya seorang bintang Holiwud Mr King Kong di jangka tiba di KLIA petang esok.

Dart Ten Pekdah meminta rakyat Malaysia mendoakan anaknya dapat di selamatkan oleh team doktor dan doktor veternari. Dart Ten juga mengalu-alukan sebarang bentuk derma samada melalui sms atau e-cash dari orang ramai.

Dalam perkembangan lain, seorang suspek telah ditahan untuk siasatan berhubung kejadian ini. Sehingga kini identiti suspek belum di war warkan kepada media.
(Dart Ten Pekdah cemas dan sayu)
Usaha mengutip derma kilat dalam keadaan banjir kilat untuk Tabung Selamatkan Che Rem Pit sedang di usahakan oleh Geng Putera Kerih dan Puteri Kerih. Cuma orang ramai berharap Geng Putera dan Puteri Kerih tidak hanya melakukan untuk mendapat publisiti percuma atau mencilok haasil kutipan tersebut.
Timbul Singh Waluit menulis untuk Utusan Hairan.

No comments: