Lepas Zohor pergi makan kenduri. Kawan wife aku kahwin hari ni. 2 beradik naik pelamin.
Kebetulan aku kenal dengan mak pengantin dua orang ni. Semasa dok makan tiba2 hujan renyai2 for 5 menit.
On the way back home cuaca makin mendung. kilat mula sabung menyabung di celahan awan hitam.Sebaik sampai rumah...Boommm!! kilat berdentum kuat dan hujan turun dgn lebat.
Aku syok la dok ingat boleh tidur dulu sat sebelum solat Asar.
Rupa-rupanya tak sampai 15 menit hujan, kawasan laman aku dah di naiki air. Kolam ikan pun dah nak membuak air. Apa lagi, kelam kabut la mamat ni cari baldi nak timba air kolam. hujan punya la lebat sampai lepas 15 menit menimba kolam, kena timba sekali lagi.
Dah 5 bulan tak kena macam ni. Hari ni hujan extra lebat.
Alhamdulillah air tak masuk rumah.Kalu tak haru biru jugak aku sekeluarga.
Macamana lah orang Pantai timur dan utara yang dok kena banjir setiap hujung tahun boleh tahan dugaan ini.
Nak cerita lagi melalut pulak jadinya. Aku bagi hangpa tengok gambar rumah akau banjir saja lah ....
next posting nanti
No comments:
Post a Comment