Friday, February 2, 2007

LAKSA

Ini bukan satu promosi filem Man Laksa yang diLAKSAnakan oleh Mamat Khalid( adik Dato' Lat).Tapi ini nak kisahkan tentang Laksa yang menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga masa kecik kecik dulu.

Laksa ni ada bermacam-macam nama mengikut lokaliti ianya di buat.
Ada Laksa Utara,Laksa Kedah,Laksa Telok Kechai,Laksa Kola Perlih, Laksa Penang,Laksa Johor,Laksam dan Laksang, Asam Laksa, Laksa Nyonya dan Laksa Serawak.Mungkin ada bermacam-macam lagi yang aku tak pernah dengar dan rasa. Mana tau kalu ada laksa Zimbabwe atau Laksa Angola atau Laksa Mexico atau Laksa Beijing atau laksa Mumbai atau laksa Amerika( nasi goreng Amerika ada kat warung-warung Tom Yam)

Semangkuk Laksa menjamu selera

Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu kami kerap juga dapat makan laksa. Maybe dalam 3 bulan sekali. Dan semua jamuan laksa kami tak pernah kena beli kedai pasai Mak akan masak laksa sendiri. Selalunya Mak masak laksa pada hari tak sekolah. Pagi-pagi lagi Bapak akan kayuh geyghek(basikal) dia pi ikut jalan keretapi yang lalu depan rumah kami untuk ke Merket Taiping( Taiping wet Market). Bila balik dia akan bawa berkilo-kilo ikan kembong( atau orang Kedah panggei ikan temenung), dua tiga kampit laksa,timun, bunga kantan, daun jangguih(gajus) dan salad. Tak lupa juga limau nipis , cabai Melaka(cili padi)dan otak udang .


Penjual Laksa di kaki Bukit Larut(Bukit Maxwell)
Bila bapak bawak balik perkakas nak buat laksa Mak dan adik pompuan akan gelut di dapor. Ikan temenung akan di siang.Laksa akan di rendam supaya lembut sebelum di celoq(celur) dengat ayaq hangat.Ikan yang dah siap siang akan di rebuih supaya senang nak siat isi untuk di buat kuah.Daun-daun perencah( pucuk jangguih,timun dan daun salad) akan di potong haluih-haluih(halus2). Cabai Melaka(cili padi) dan limau nipis di hiris dan potong.
Kami yang lelaki selalunya dok main di luaq. Samada main polis sentri,getah,gambar,gasin(gasing), goli(guli) atau main wau. Masa ni jarang main jauh dari rumah pasai dok tunggu laksa masak. Sekali sekala kami akan masuk dapoq nak tengok laksa dah ready atau dak lagi.

Akan ada lah adik yang jadi tukang report untuk kami bila laksa dah ready.
Selalunya by 12.00 tengahari laksa akan siap mak masak. Dia akan panggei kami untuk siapkan pinggang mangkuk sudu garpu atas hamparan kain sapra.

Kemudian kami akan ramai-ramai dok bersila keliling hamparan sapra( masa tu makan ataih lantai, tak dak meja lagi). Mak akan boh laksa dalam pinggan anak-anak dan cedokkan kuah. Sapa nak tambah boleh boh sendiri. Bila dapat laksa semua anak-anak makan dengan sengap tak bercakap sepatah haram pun sampailah selesai pinggan pertama. Lepaih tu baru la sosek-soksek nak tambah laksa,nak tambah kuah,nak cabai Melaka lebih,nak tambah garam haluih atau nak otak udang.

Ayaq minum selalunya oren atau sirap( ais kena beli kat kedai kat jalan besaq pasai ghumah kami tak dak peti ais lagi waktu tu)

Lepaih aku dok asrama di SAHC, bila time cuti penggai(penggal) Mak akan pasti masak laksa pasai dia tau aku dan adik-adik suka laksa.

Periuk Tanah untuk panaskan kuah Laksa Utara

Tapi bila makin ramai yang masuk sekolah menengah dan pi dok asrama, acara makan laksa ramai-ramai dah jarang. Bila ada yang masuk U lagi jarang pasai cuti semua tak serentak.
Dan aku amat rindu suasana begitu.
Ni laksa yang mem dan maid buat.pakai laksa dari Perlis(lebih halus)

Apa yang membezakan laksa yang bermacam jenis? Yang aku tau ialah kuahnya berbeza-beza. Ada yang buat kuah pakai ikan temenung ada pakai belut dan ada pakai sardin( tak pernah aku dengar orang pakai ikan paus atau jerung untuk buat kuah). Aku paling suka kuah ikan temenung. Belut pernah try masa di SAHC. kami sneak out pi Telok Kechai makan laksa belut.Di Kuala Perlis pun ada .

Di Penang lebih famous Asam Laksa. rasa pedas dan masam sikit. Tapi memang terangkat.

Pernah juga pekena Laksam dan Laksa Johor. bagi aku okay saja. tak berapa sesuai dengan citarasa aku. tapi Laksa sarawak( kat Riverside Kuching) memang best.

Salads for Laksa

Kalau sapa-sapa yang boleh cerita lebih tentang Laksa ni ,di persilakan.

Kuah laksa-ikan kembong/temenung dan bunga kantan


Laksa dan perencah sebelum boh kuah

Laksa Kuah Ikan Kembong (Temenung)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa


2 comments:

Anonymous said...

Salam En. Tokasid,

Cakap pasai laksa memang la seronok. Memang feveret saya juga, tapi mutakhir ni saja try buat seniri.

Dulu masa belajar kat US ada juga try buat pakai ikan sardin dalam tin.

Baru ni saya buat laksa pakai ikan selayang. Suami saya ore kelate, saya ingat tak suka laksa utara, tapi bila saya buat baru ni banyak kali juga dia dok ulang...sedap la tu! Saya pun tambah motivated.

Kuah laksa versi saya, saya campur sikit ikan masin, dan tulang ikan pun saya blend lepas tu tapis.

Susah nak jumpa daun jangguih kat sini, jadi pakai daun selom saja. Weekend baru ni kami beli pokok jangguih kat nursery, dah tanam pun kat depan rumah. Lepas ni boleh makan daun jangguih.

-- nona azizah razali --

tokasid said...

Nona Azizah Razali(NAR): terima kasih noo pasai singgah and komen kat blog saya. La ni pun kalu nak makan laksa kena masak di ghumah pasai di Jebatville laksa tak sedap langsung.

Kalau sudi sila lihat posting2 saya yg lalu. Ada tentang cendol ada tentang satay ada tentang landak masak lemak cabai melaka ada pasai kerabu etc.Once again thank you.