Monday, April 6, 2009

Melayu Mudah Lupa : UMNO= rasuah politik wang

Salam buat semua.

Dah lama aku tak ulas perkembangan politik tanahair.Apa lagi dengan 3 pilihanraya kecil(PRK) di 3 kawasan esok. Satu Parlimen dan 2 DUN. Bukit Gantang di Perak,Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

Dalam seminggu ni kita dah baca dan tonton pelbagai berita dan cerita tentang PRK di 3 kawasan ini. Ada cerita benar.Ada cerita palsu.Ada cerita benar benar benar.Ada berita benar benar palsu.Ada yang plasu palsu benar.

Bila ada 3 PRK ini aku teringat kata-kata Dr M sewaktu menjadi PM dulu.Kata-kata atau frasa yang begitu terkenal sehingga sekarang selain dari "....apa nama...." iaitu : Melayu mudah lupa.

Ramai bijak pandai serta yang pandai pandai buat bijak mengatakan orang Melayu ni ingat sesuatu isu atau kejadian atau perkara penting/hebat hanya untuk 3 bulan sahaja. Tapi aku tak setuju.Bukan tak setuju frasa Melayu mudah lupa.Itu aku setuju.Aku tak setuju bila yang cerdik pandai kata ingatan Melayu setakat 3 bulan sahaja. Itu penghinaan terhadap Melayu sebenarnya. Melayu lebih baik dari itu. 3 bulan adalah terlalu lama.

Aku kata Melayu akan lupa dalam tempoh seminggu sahaja.Awat yang hangpa dok geleng kepala? Hangpa ingat aku pakai taram saja ka? Aku akan buktikan bahawa Melayu akan lupa dalam tempoh seminggu.

Hangpa tunggu malam esok bila keputusan PRK di umumkan. Hangpa akan dapati pengundi Melayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan memilih semula BN/UMNO. Walaupun 2 minggu lalu depa pakat maki hamun BN/UMNO kerana politik wang.Mana calun-calun PAU yang tak kena maki free? Ramai yang kena aku percaya.

Tapi bila pemimpin peminpin yang ramai dok amal amalan rasuah politik ang ini turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, aku percaya ramai pengundi Melayu telah jatuh chenta kat pengamal rasuah politik wang. Jadi maraj Melayu terhadap politik wang hanya seminggu saja.

(Nota: aku percaya bukan UMNO sahaja yang ada masaalah rasuah dan politik wang.Banyak parti politik lain yang dok buat sama)

Satu lagi cerita sensasi ialah kemasukan semula Dr M ke dalam UMNO. Ni pun menarik apa lagi bila kita ingatkan analogi yang Dr M kata 2 minggu lalu.

Hangpa ingat dak semasa Ali Rustam di larang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO? Tak ingat? Hai...baru 2 minggu dah tak ingat? Memang aku dah kata Melayu lupa dalam tempoh seminggu hangpa tak percaya.Okay...masa Ali di disqualifiedkan oleh Lembaga Disiplin UMNO, penyokong-penyokong Ali yang dok mabuk cencalok marah sakan. Bila di tanya pada Dr M tentang reaksi penyokong Ali,Dr M kata orang yang sokong pemimpin rasuah bermakna menyokong gejala rasuah. Itu yang aku faham apa yang Dr M kata.

Lepas tu, beliau tak mahu hadir PAU bila KJ menang sebagai Ketua Pemuda UMNO.Kata Dr M, delegasi Pemuda pilih perasuah sebagai pemimpin jadi dia tak mau hadir.Cuma bila Mahyuddin menang baru dia pi ke PAU.

Tapi aku pun hairan pasai apa Dr M masuk balik dalam UMNO sedangkan KJ masih Ketua Pemuda dan Ali Rustam masih Ketua Perhubungan UMNO Melaka? Adakah Dr M sudah 'menyokong' parti yang mempunyai pesalah rasuah politik wang?

Atau Dr M juga mudah lupa dalam tempuh seminggu!

8 comments:

ProUMNO said...

sila layari http://proumno.blogspot.com/ untuk kembangkan minda anda..

slyderrose said...

mahathir ini kekadang macam tak tahu apa dia buat. Dia syok sangat najib jadi pm sampai dia lupa apa dia cakap pasai umno. Rindu betul kat umno, rindu betul dia nak berceramah politik menghentam Anwar dan PR. Dia ini memang mudah lupa. Agaknya sebab faktor umor jugak kot?

naked gun said...

kalau ada yg undi BN lg memang depa ni bebal dan benar benar bodoh

tokasid said...

Pro UMNO:

Minda saya sudah pun berkembang,Alhamdulillah.
Bagi saya mudah sahaja.Lihat perlakuan pemimpin sesuatu parti kita boleh mengagak arah tuju parti tersebut.Tidak guna dasar yang molek tetapi jika perlakuan pemimpin menjijikkan. Tidak guna melaungkan benci rasuah atau politik wang sedangkan hakikatnya ianya berleluasa.Jika perwakilan jujur dengan hendak meningkatkan kehidupan Melayu atau menegakkan Islam mengapa perlakuan dan tingkah laku pemimpin bertentangan dengan dasar tersebut?

Membenci rasuah dan politik wang bukan sekadar melaung di dewan tetapi mesti di terjemahkan dgn menolak pemimpin kotor.

Jika kita bertanya pada perwakilan dan jika mereka mahu jujur dengan jawaban mereka kita akan dapati ramai calun2 menghulur wang terutamanya 2 hari sebelum pemilihan.Saya bukan ahli UMNO tetapi ramai kenalan dan sahabat dan saudara yang menjadi perwakilan.

Penentangan saya adalah atas dasar prinsip bukan membabi buta seperti yg saydara andaikan.
Terima kasih,

tokasid said...

slyderrose:

Mungkin jugak. Tapi saya rasa Dr M memang amat sayangkan UMNO cuma dia amat tidak setuju cara Paklah atau cara Paklah telah make him disappointed tu yg dia keluar dari UMNO last May.And kita mesti faham,Anwar adalah seteru nombor satu Dr M hingga akhir hayat.Mungkin PakLah akan menjadi seteru nombor dua.

Perlu juga kita ingatkan, rasuah dan politik wang telah bermula dengan hebat sejak zaman Dr M lagi.

tokasid said...

naked gun:

Pengundi Melayu ni boleh di kategorikan dalam beberapa kumpulan.
Pertama yang totok. Samada totok UMNO,totok PAS atau totok PKR atau totok DAP.Jenis ni, pihak lawan buat lah kempen macamana pun tak akan berubah hati.Walau pun parti yang dia sokong penuh dengan laibiliti atau kelemahan. Bagi puak sebegini,pihak lawan tak pernah betul.

Yang kedua apa yg di katakan pengundi atas pagar. Ini pula ada kategorinya.Ada yg lalang iaitu ikut kempen mana yg dia rasa suka tanpa mahu menilai secara kritis atau melihat sejarah parti2 yg bertanding atau melihat keperibadian calun. Jenis ni jugak senang di pengaruhi oleh janji atau sogokan wang.

Satu lagi yang jenis kritis.Mereka dapatkan info dari kedua2 pihak yg bertanding dan buat rumusan mana yg lebih baik untuk kawasan,negeri,negara dan masyarakatsecara umum.

Tetapi majoriti pengundi kita adalah jenis lalang.

cakapaje said...

Salam Doc,

Ni, Proapokonamobondotu, dia dok bawah tempurung abeh nak suruh Doc kombangkan minda? Isk isk isk, guano ado oghe camtu.

Anonymous said...

melayu tak pernah lupa

yg buat2 lupa mamakthir jer .. hehehe

almaklumla nak kasi anak dia dapat pangkat ..