Thursday, November 23, 2006

Mat Rempit part 1


( Mat-mat rempit Indon di Jawa Tengah merempit beramai-ramai guna lori satu tan selepas sepeda di rampas polisi)

Mat Rempit! itu lah label yang di berikan kepada mat-mat motor( kebanyakkan kapcai beb) yang suka-suka dok racing ramai-ramai tiap malam ,apalagi malam minggu. Depa ni macam dah tak kerja bodo lain nak buat. Tapi depa memang berani. Berani nak mampuih free.
Mana-mana bandar atau pekan atau kampung atau felda gerenti ada geng mat rempit ni. Cuma cara depa dressing atau bercakap atau style depa ada lain sikit,ikut di mana depa berada. Tapi falsampah depa lebihkurang sama saja: Sapa paling terer race dan sapa cepat gol atau sapa dapat cilok dari roadblock polis.

(Dua mat rempit di Telaga Maih Highway cuba mencilok JPJ dan Polis trafik buat sekatan. Kedua-dua mat rempit ini akhirnya tertangkap setelah kapcai termasuk tali air bila tergelincir tahi kerbau)

Aku pun tak tahu macamana istilah Mat Rempit mula timbul dan apa maksud rempit yang sebenarnya. Kamus Englis, Mandarin,Parsi dan Urdu tiada maknanya. Kamus Arab dan Tibet pun tak ada istilah Rempit.

Jadi sesiapa yang tahu maksud atau asal usul istilah ini bolehlah cuba terangkan.

....bersambung bila ada masa.

(Di Korea Selatan, ada kelas khusus untuk mengajar Mat Rempit cara-cara merempit dengan selamat. Di atas adalah salah satu model untuk pelajar "L" rempit)

2 comments:

Anonymous said...

rempit
from english term = "remp-it" bermaksud rempuh ia..

tokasid said...

Mungkin bila dah rempuh bila jatuh tersepit celah longkang ka,celah tayar lori ka, celah stimrol ka..
Anyway TQ for the info